Thursday, October 23, 2008

Gua Musang gandingkan Khir Toyo, Reezal

GUA MUSANG 23 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pada pemilihan Mac depan.

Pada mesyuarat perwakilan Bahagian Gua Musang yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang di sini hari ini, Mohamad Khir memperoleh 79 undi. Dua lagi saingannya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memperoleh 58 undi, manakala Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memperoleh dua undi.

Sementara itu 186 perwakilan daripada 78 cawangan berkenaan sebulat suara memilih Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.

Pengundian dijalankan sebanyak dua kali setelah beberapa perwakilan membuat bantahan kerana terdapat beberapa perwakilan yang mengangkat tangan lebih daripada sekali. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin yang menang tanpa bertanding jawatan itu berkata, pemilihan kali ini menunjukkan bahawa semangat demokrasi terus subur dalam bahagian itu apabila perwakilan telah memilih tiga nama besar.

0 comments: