Timbul pelbagai pandangan dan ulasan berkaitan kekecohan yang konon-kononnya dilaporkan oleh seluruh akhbar dan media di sana sini termasuklah blog-blog yang ada di negara kita. Tetapi komen dan pendapat ahli-ahli UMNO yang bersidang di kedai-kedai kopi dalam Parlimen P23-Rantau Panjang haruslah diberi keutamaan untuk dipertimbangkan.
Mereka ini sedikit sebanyak telah tahu mukaddimah perkara yang dianggap kontroversi ini. Beberapa hujjah dikemukakan dan elok juga jika diambil kira oleh Majlis Tertinggi UMNO demi menjaga maruah dan kredebiliti parti keramat ini.
Saya utarakan di sini pandangan-pandangan yang mahukan Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang ini dibatalkan atas alasan-alasan berikut :
1. Pengundian yang dijalankan dengan kawalan FRU di dalam dewan persidangan merubah sifat UMNO sebagai sebuah parti yang tulus dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu di negara ini. Keadaan ini seolah-olah menyamai gerakan Fatah dan Hamas di Palestine yang terpaksa meneruskan dasar memilih pemimpin dalam suasana tegang dan diawasi dengan senjata api.
2. Bantahan yang dikemukakan tidak sedikit pun bersifat mencetuskan ketegangan, hanya sekadar keinginan ahli peringkat akar umbi pemuda yang mahukan keadilan dan hak sebagaiman yang terdapat dalam perlembagaan parti.
3. Urusan undi-mengundi yang telah dijalankan secara agak lewat dan dalam suasana yang tidak kondusif memaksa para perwakilan membuat keputusan secara tidak tenang dan lebih memihak kepada pihak kerajaan dalam parti. Pengundian yang terus dijalankan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.00 tengahari dan berlarutan hingga jam 2.00 petang, jelas mencemarkan nama baik parti UMNO itu sendiri. Waktu-waktu sebegini terutamanya pada hari Jumaaat, pemuda-pemuda UMNO Islam ini seharusnya berada dalam saf-saf sembahyang di masjid.
4. Pengundian 10 orang perwakilan pemuda ke Persidangan Bahagian yang dijalankan secara berakit diantara Kumpulan A dan Kumpulan B adalah bercanggah dengan apa yang telah diputuskan dalam tataetika sewaktu persidangan.
5. Pengundian AJK Pemuda UMNO Malaysia tidak termasuk Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda yang dibuat secara "lump-sum" juga ada asasnya untuk dipertikaikan.
6. Corak Timbalan Pengerusi Tetap mengendalikan mesyuarat secara "koboi" juga bagaikan dirancang seolah-olah mahu menafikan sebarang ruang kepada pencalonan-pencalonan lain dianggap tidak bersifat demokrasi.
Berpandukan 6 faktor diatas maka sudah sewajarnya Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang bertarikh - Jumaat 17 Oktober dicadangkan di batalkan dan dibuat semula di luar kawasan dengan dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Tertinggi UMNO bukannya Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan yang terus-menerus dipertikaikan kewibawaannya hingga ke hari ini.

0 comments:
Post a Comment