Tuesday, October 21, 2008

KEPUTUSAN RAYUAN 30 OKTOBER 2008 ?

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Keputusan rayuan ahli UMNO Bahagian Kota Tinggi, Daeng A. Malek Abdul Rahman terhadap hukuman penggantungan keahlian selama satu penggal oleh Lembaga Disiplin UMNO dijangka diketahui pada 30 Oktober ini.

Ketua UMNO Cawangan Kampung Sungai Gembut, Fadzil Mohd. Ali berkata, beliau diberitahu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam semalam membuat keputusan untuk menangguhkan keputusan rayuan itu.

Fadzil memberitahu, semua penyokong Daeng Malek akur dengan keputusan itu.
“Sebagai tanda komitmen dan setia kepada parti, kita tetap hadir pada mesyuarat UMNO Bahagian Kota Tinggi, Isnin depan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, Daeng Malek bersama tiga ahli lain yang juga digantung keahlian akan turut hadir pada mesyuarat itu.

0 comments: