Tan Sri Annuar Musa memang hebat. Semenjak dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan banyak kejayaan telah dicapai. Dalam PRU 12 yang lalu kalau tidak kerana To Wa mesti Kelantan kalah lagi teruk. Zaman To Wa ni, kalau kalah pun masih dapat " satu undi untuk Kelantan ". Kalau orang lain mungkin satu undi pun tak dapat.
Mutakkhir ini kalut dibincangkan pasal mesyuarat cawangan dan bahagian di seluruh negeri Kelantan. Keadaaan nampaknya masih terkawal. Tak ada yang patah tangan, pecah kepala, atau masuk ICU. Kira ok lah tu. Kecoh sikit-sikit tu memang dah adat bertanding. Tak jadi hal lah.
Banyak pergolakan berlaku di bahagian-bahagian dalam negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Rantau Panjang paling top. Lepas tu Kubang Kerian, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Pasir Putih, Kota Bharu, Pasir Mas dan lain-lain. Ketereh rilek je. To Wa awal-awal dah menang tak bertanding. Betul dah tu kalau tawarkan diri untuk Naib Presiden UMNO Malaysia. Tapi saya rasa patut sikit atas To Wa. Timbalan Presiden pun kira layak juga. Datuk Jazlan pun minat dengan post ni. Takkan To Wa tak berani pula ?
Cuma hati jadi terkedu bila tiba-tiba To Wa tarik diri. Kesian kat Dali Hussin yang dah isytihar awal-awal lagi menyokong To Wa semasa majlis hari raya bersama Datuk Mukhriz di Restoran New Horizon Garden sehari sebelum To Wa dapat pencalonan pertama di Machang keesokannya.
Pemuda di Kelantan ni memang setia dengan To Wa. Tengoklah Dali, Anuar Safian dan Ustaz Pendi. Bukan main bermati-matian mereka ini berjuang demi agama, bangsa dan negara. Keikhlasan perjuangan mereka semua pemuda kat Kelantan nampak. Ada yang pandai berceramah berdegar-degar. Radio pun siar 2-3 kali sehari. Kira " besoho " jugalah tu. Tengoklah di bahagian mereka ni, pemudanya bukan main hebat. Di Rantau Panjang sendiri kemasyhuran terserlah apabila mencipta rekod apabila ada 190 bantahan mesyuarat cawangan pemuda. Kecoh pun sikit aje. LFS saja yang datang berkawal. Bukannya Pasukan Gerak Khas atau Komando. Mesyuarat dah berjalan dan diterima tanpa boleh dipersoalkan lagi.
Di Kubang Kerian, kita tengok bongkok belakang Si Budin dek dikerjakan oleh Si Anuar Sapian tu. Apa nak buat Din, dah ditakdirkan macam tu nak buat apa. Demonstrasi " Anti Bukuh " tu kira best juga. Tapi apa kesudahannya. Perhubungan cakap apa ? Kesian Din.
Kita semua mengharapkan semoga To Wa ni kekal jadi Pengerusi Perhubungan sampai bila-bila. Banyak lagi yang nak dibuatnya. Tak baguslah kalau selepas Mac 2009 nanti, To Wa digantikan dengan orang lain. Tak bestlah macam tu. Lagi pun Kelantan ni belum hancur lagi jadi macam debu yang berterbangan. Baru setakat retak-retak, serpih atau sumbing sikit-sikit.
Orang PAS pun kecewa kalau ada orang lain ganti To Wa. Tak cerialah Perhubungan UMNO Kelantan. Mari kita laungkan "HIDUP TO WA". Satu undi untuk Kelantan. Yang selebihnya tu bagi kat sapa-sapa pun. Apa nak dikisahkan.................. asalkan To Wa kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment