Dalam Sinar Harian 19 Oktober 2008, Brother KJ ada menyatakan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu dibawa untuk menimbulkan kekacauan di persidangan pemuda di seluruh negara. Saya amat-amat bersetuju dengan kenyataan ini lebih-lebih lagi perkara ini terjadi di depan mata saya di Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang.
Saya menemui beberapa orang kenalan yang sememangnya terkenal di Rantau Panjang ini sebagai " kaki gedebe ". Mereka ini datang secara berkumpulan 4 hingga 5 orang. Ada juga yang ada kaitan dengan kes tampar-menampar Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) dalam pilihanraya baru-baru ini.
Paling mengejutkan saya lagi ialah ada dikalangan mereka ini memakai pas " AJK KESELAMATAN " dan bertugas mengawal pintu pagar dan kaunter pendaftaran perwakilan. Selebihnya terlibat dengan rondaan dan bertugas sebagai pemerhati di lokasi-lokasi yang kononnya berisiko tinggi terjadinya kekecohan.
Persoalan yang timbul sekarang ialah siapa yang membawa mereka ke Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang ini ? Kalaulah dibawa oleh pihak yang hendak berlawan, bagaimana mereka ini boleh diberikan kuasa untuk mengawal pintu pagar dan dilantik menjadi petugas keselamatan? Sudah tentu perkara ini di bawah arahan orang-orang yang berkuasa mengendalikan persidangan.
Semua orang sedar perkara yang sebenarnya berlaku. Puak-puak yang dituduh sebenarnya tidak terlibat langsung dalam perkara ini. Bantahan yang berlaku di dalam dewan sebenarnya bukan kekecohan tetapi lebih kepada tuntutan supaya demokrasi dalam parti jangan diketepikan.
Ada kedenganran suara-suara yang berteriak " Jangan timbulkan apa-apa kekacauan. Kita hanya mahukan persidangan ini ditangguhkan sahaja ".
Mereka bertindak secara betul, cuma ada halangan dengan mencabut wayar microfon sewaktu perwakilan sedang melahirkan pandangan dan pendapat. Inilah punca perebutan satu lagi microfon tanpa wayar yang terdapat di atas meja Pengerusi Tetap Persidangan.
Itu saja kisahnya......bukan sebagaimana yang di gambarkan melalui muka hadapan Sinar Harian bertarikh 18 Oktober 2008. Gambar sebenar kejadian boleh dilihat melalui laman http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/10/17/9301/.
Maka benarlah apa yang telah disebutkan oleh Brother KJ tentang perkara ini. Begitu juga dengan pandangan Hamid Albar. Beliau menganggapkan apa yang berlaku adalah perkara biasa saja dalam persidangan UMNO kerana bukan ada kes pukul-memukul sehingga melibatkan kecederaan dan luka parah. Kalaulah ada perkara sepert ini sudah tentu pihak berkuasa akan bertindak membuat laporan lengkap dan menahan individu-individu yang berkenaan.
Biasalah...bila ada pertandingan merebut jawatan maka perkara-perkara sebegini tidak mustahil untuk berlaku.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment