Sunday, October 19, 2008

KPPM DAN PPM KENA PECAT?

Ada khabar angin tersebar bahawa perubahan pucuk pimpinan dalam UMNO Bahagian Rantau Panjang nanti bakal merubah juga kedudukan PPM dan KPPM dalam Parlimen Rantau Panjang. Kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan lagi kerana Persidangan UMNO Bahagian yang dijangka diadakan pada 01 November, belum lagi berjalan.



Namun begitu berita ini mungkin hanya cakap-cakap ahli di peringkat bawahan yang terlalu emosional dalam kes-kes pertandingan di peringkat bahagian. Tetapi siapa boleh nafikan perkara ini tidak akan berlaku?



Dalam politik seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Mahu tidak mahu kita kena tunggu dulu. Pastinya jawapan akan kita perolehi selepas ini. Ianya antara dua samada kekal ataupun dipecat. Itulah sahaja pilihan yang ada.

0 comments: