Monday, October 20, 2008

ANTARA 2 GAMBAR - Lihatlah betapa berbezanya.


Di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 18 Oktober 2008, gambar yang disiarkan seolah-olah berlaku tampar-menampar atau pun tumbuk menumbuk sesuai dengan tajuk besarnya MESYUARAT KECOH. Cuba perhatikan gambar di bawah. Lihatlah perbezaannya.


Gambar penuh menunjukkan Sdr. Mohamad bin Che'I, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Rantau Panjang terlepas mikrofon daripada tangannya setelah dirampas oleh seseorang. Sebenarnya bukan parang, kapak, kayu atau M16 yang menjadi perebutan, cuma sekadar mikrofon. Itulah senjata yang mahu digunakan untuk menyatakan pendapat dan pandangan supaya UMNO gah di persada hati ahli-ahlinya. Kalau ini pun dihalang bayangkan apa akan terjadi kepada parti keramat ini pada masa akan datang.

0 comments: