Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Urusetia Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan meneliti secara terperinci setiap bantahan dan rayuan yang diterima daripada pelbagai peringkat Pemuda UMNO berhubung perjalanan mesyuarat tahunan pewakilan di kawasan masing-masing.
Setiausahanya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pihaknya akan melakukan penelitian dan pemprosesan semua bantahan dan rayuan berkenaan dengan telus dan amanah.
"Penelitian dan keputusan kita kelak akan dilaksanakan dengan kerjasama Badan Perhubungan UMNO negeri dan badan Perhubungan Pemuda negeri. Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Ibu Pejabat UMNO.
"Kita berharap semua pihak bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi dan tunggulah keputusan yang akan diputuskan kelak dengan hati terbuka", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Sehingga hari ini, 72 Pemuda bahagian telah selesai mengadakan mesyuarat masing-masing dan Urusetia Pemuda UMNO telah menerima 50 aduan.
Beliau seterusna berkata dengan kerjasama semua, pihaknya yakin pemprosesan dan keputusan berkenaan dapat dilaksana secepat mungkin demi kepentingan parti.
"Setiap proses penelitian dan keputusan dilaksanakan berdasarkan Perlembagaan UMNO, peraturan dan tataetika UMNO yang sedia ada", ujarnya.
Monday, October 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment