Wednesday, October 29, 2008

TAKLIMAT SEBELUM PERSIDANGAN BAHAGIAN

Syabas diucapkan kepada YB Dato Norzahidi Omar, diatas kesediaannya memikul tanggungjawab sebagai wakil Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memberikan taklimat pra persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Bekas ADUN Gual Periok, Tuan Haji Abdul Rahman Awang menyifatkan kesediaan YB Dato Norzahidi sebagai membuktikan bahawa masih ada tokoh-tokoh politik di Kelantan yang bersedia untuk menyelesaikan segala kemelut dalaman parti. Taklimat itu disifatkan berjaya kerana sebahagian masalah yang wujud di peringkat cawangan nampaknya berjaya diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya. " Inilah pemimpin yang jelas ada niat dan hasrat yang besar supaya UMNO betul-betul pulih dan kuat di Kelantan. " katanya.

Namun begitu dalam suasana yang mesra itu, masih kedapatan insan-insan yang bernafsu besar mempertikaikan nama-nama beberapa orang yang disenarai pendekkan untuk bertanding sebagai AJK UMNO Bahagian dan Perwakilan G7.

Arifin bin Din, dalam sesi pertanyaan telah bangun dan menjelaskan kepada YB Dato Norzahidi dan para perwakilan bahawa Azmin bin Che Mat yang merupakan salah seorang ahli UMNO Cawangan Kedai Lama tidak layak untuk bertanding kerana tidak membayar yuran.

Semua orang tertanya-tanya kenapa Arifin bin Din yang mempersoalkannya sedangkan Ketua UMNO Cawangan Kedai Lama Saudara Shaari bin Zakaria sendiri membisu tanpa berkata apa-apa.

Apakah perkaitan diantara tak bayar yurannya Azmin Che Mat dengan Arifin Din?Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Arifin Din dan Ustaz Afandi begitu bersungguh-sungguh melobi Saudara Azmin Che Mat agar berpolitik secara aktif bersama pasukannya. Hasrat itu ditolak oleh Azmin Che Mat. Persoalan ini kekal dalam kepala para perwakilan yang hadir untuk taklimat di dewan KKTM Pasir Mas yang telah dibina oleh seorang kontraktor yang bernama Azmin bin Che Mat.

0 comments: