Wednesday, October 22, 2008

Kelantan terima 800 aduan

KOTA BHARU 22 Okt. – Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan UMNO Kelantan sehingga kini menerima hampir 800 aduan berhubung perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dari tiga sayap parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa berkata, aduan daripada cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri kali ini adalah yang terbanyak diterima berbanding proses pemilihan sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, badan perhubungan tersebut berdepan dengan tugas paling berat untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dalam menyelesaikan aduan berkenaan.
‘‘Sudah dua bulan pihak jawatankuasa bekerja keras mendengar dan menyelesaikan aduan setiap hari.

‘‘Hari ini tiga kumpulan dari jawatankuasa ini dihantar ke Bahagian UMNO Kuala Krai untuk menyelesaikan kes aduan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ini termasuk berkaitan mesyuarat tidak mengikut peraturan seperti tidak cukup korum, pembatalan pencalonan dan pembatalan mesyuarat.

0 comments: