Jenuh dinafikan bahawa Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang bakal dibatalkan. Mana mungkin. Persidangan itu berjalan juga walaupun ada dilaporkan berlaku kekecohan. Yang menimbulkan kekecohan pun bukannya dari jenis yang tak ada akal. Itu hak mereka untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka. Biarkan mereka dengan kerenah mereka yang tidak akan disokong oleh sesiapa pun. Laporan pemerhati yang didatangkan khas daripada Pasir Putih pun mengatakan segalanya ok. Apa lagi nak dipertikaikan? Lagi pun bukannya ada kecederaan parah atau luka-luka. Tak payah batalkanlah, terima saja.
Inilah persoalannya yang sedang berlegar dalam kotak fikiran ahli-ahli UMNO. Kalaulah sampai peringkat begini pun persidangan masih boleh diiktiraf, ada kemungkinan pada penggal-penggal yang akan datang kekecohan akan dipertingkatkan lagi semata-mata untuk memenuhi kehendak ahli akar umbi supaya ketelusan perlu ada dalam proses pemilihan pemimpin. Bantah mulut tak pakai, cabut wayar mikrofon, rebut mikrofon, bawa masuk pasukan LFS, buat pengundian dalam suasana kelam kabut, panggil perwakilan keluar mengundi mengikut cawangan-cawangan yang pro mereka dulu dan lepas tu diterima sebagai mesyuarat yang sah.
Perkara ini wajar direnungkan. Jangan sampai selepas ini bantahan hingga keperingkat bahaya dan mengancam baru nak dibatalkan. Berikanlah hak kepada ahli. Mereka mahukan ketelusan dan pemimpin yang beramanah bukannya pemimpin yang licik membungkus mesyuarat cawangan dan licin bagikan " belut ".
Friday, October 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment