Sunday, October 19, 2008

DUA CALON LAYAK UNTUK JAWATAN TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN RANTAU PANJANG ?

Siapa tak kenal Che Hanapiah Che Tengah. Kalau di Rantau Panjang namanya sebaris dengan nama-nama besar dalam kepimpinan UMNO Bahagian Rantau Panjang walaupun beliau hanyalah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Rantau Panjang.


Namun begitu kalau dilihat semasa di era pemuda dahulu, beliau adalah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang. Sesetengah orang berpendapat dia adalah lebih hebat daripada ketuanya sendiri pada masa itu kerana kepetahannya berhujjah dan berceramah dikhalayak ramai. Selain dilihat sebagai berani, beliau juga dikenali dengan gelaran " Doktor Hanapiah ". Gelaran itu tentu ada sebabnya. Realitinya dia dicemburui oleh rakan-rakan.


Paling mengejutkan ialah kelayakannya bertanding sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang selepas menerima 31 pencalonan. Pelbagai tanggapan buruk telah dilemparkan kepadanya. Apakah salahnya jika dia dicalonkan? Mengapa ada sesetengah individu cuba untuk menafikan keinginan dan kehendak ahli UMNO di peringkat cawangan yang telah mencalonkannya?


Ada juga khabar-khabar radio buruk yang mengatakan bahawa Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan membatalkan pencalonan Che Hanapiah ini atas beberapa alasan yang saya rasa sukar untuk diterima oleh ahli-ahli UMNO di Rantau Panjang ini. Tidakkah pertandingan dalam perebutan jawatan ini lebih menyuburkan proses demokrasi dalam parti?


Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang dijangka akan diadakan pada 1 November 2008 nanti menemukan dua nama besar kepimpinan pemuda suatu masa dahulu iaitu Datuk Shaari bin Mat Hussain dan Che Hanapiah bin Che Tengah. Seorang lagi calon yang layak untuk bertanding jawatan nombor dua ini ialah Hj. Ghazali bin Ismail. Nasib tidak memihak kepadanya setelah beliau digantung selama 3 tahun.


Pun begitu pertembungan diantara Datuk Shaari dan Hanapiah ini lihat sebagai regu "otok-oyok" oleh sebahagian besar pemerhati politik dalam bahagian. Sejarah telah tercatat semasa pilihanraya 2004 yang lalu semasa Datuk Shaari bin Mat Hussain menjadi calon, Che Hanapiah Che Tengah juga tercatat namanya dalam borang pencalonan SPR ketika itu atas nama pencadang calon BN Dun Gual Periok - Datuk Shaari bin Mat Hussain.


Di manakah Hanapiah semasa PRU12 yang lalu ? Kenapakan orang yang pernah menjadi pencadang ini diketepikan begitu sahaja? Persoalan ini masih belum terjawab hingga ke hari ini. Namun begitu Datuk Shaari Mat Hussain yang sekali lagi terpilih menjadi calon untuk DUN Gual Periok kini telah bergelar dengan gelaran yang memilukan iaitu " Bekas YB Dun Gual Periok ".

Gambar PRU tahun 2004
Dari Kiri : Mohd Asri bin Abdullah (Penyokong), Datuk Shaari Mat Hussain (Calon BN DUN GP), Che Hanapiah Che Tengah (Pencadang) dan Pauziah Che Wook (Wakil Calon).

0 comments: