Sesuatu yang sangat melucukan telah terjadi di daerahku ini. Inilah kebobrokan yang telah menghakis nilai-nilai demokrasi yang diperjuangkan dalam sebuah parti yang bernama UMNO. Aku turut kecewa sebagaimana kekecewaanku sewaktu membuat keputusan nekad bertanding dalam PRU 12 yang lalu.
11 Oktober 2008 - Notis Persidangan Pemuda Bahagian bertarikh 28 September 2008 telah diterima oleh sebahagian besar ketua-ketua pemuda cawangan. Serahan tangan ini yang dibuat oleh setiausaha-setiausaha kerja Pemuda Bahagian mengambil masa selama 14 hari untuk diserahkan. Maklumannya tentang tarikh persidangan iaitu 17 Oktober 2008 bertempat di Pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Persidangan luar kawasan ini walaupun salah telah diberi kebenaran oleh Setiausaha Agong UMNO konon-kononnya.
14 Oktober 2008 - Surat lain pula telah dikeluarkan oleh Penolong SU Pemuda Bahagian untuk memaklumkan bahawa tempat persidangan telah diubah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang juga kerana arahan Setiausaha Agong UMNO.
Inilah berita "flip-flop " sekejap ada sekejap tiada bagaikan iklan biskut "Chipsmore". Malang sungguh nasib parti keramat UMNO ini. Perlembagaan parti tidak lagi dijunjung tinggi malah ahli-ahli pemuda diperlakukan seumpama abdi. Perwakilan-perwakilan pemuda diperingkat cawangan adalah mangsa yang tersepit diantara mimpi dan realiti.
Benarkah ada dalang disebalik peristiwa ini?
Kenapakah mereka ini tidak serik lagi?
Sewenang-wenangnya menggunakan nama SU Agong dan Majlis Tertinggi?
Adalah ini tandanya demokrasi dah mati?
Yang ditulis lain, yang dibuat tidak seperti?
Kalau dibiarkan tanpa apa-apa tindakan maka malanglah nasib UMNO pada suatu hari nanti.
Thursday, October 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment