Pagi ini adalah pagi persidangan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang. Persidangan ini adalah sehari sebelum Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang akan diadakan di Dewan Kolej Kemahiran Tingi MARA (KKTM), Lubok Jong. Persidangan dua sayap UMNO ini juga turut diramalkan hebat kerana ada kaitan dengan perkara penggantungan beberapa pemimpin UMNO bahagian termasuklah kepimpinan wanita.
Namun begitu suatu pujian haruslah diberikan kepada Wanita dan Puteri ini kerana bijak menyusun atur perjalanan mesyuarat walaupun pada hari Jumaat. Agenda pengundian sulit dikemudiankan supaya agenda-agenda penting lain dapat dibereskan seawal pagi lagi.
Sudah pasti ini memberikan ruang dan peluang sebaiknya kepada para perwakilan untuk memberikan undi penentuan terhadap kepimpinan wanita dan puteri bahagian secara lebih waras dan rasional.
Inilah perbezaan ketara yang terjadi apabila kita mengenangkan peristiwa 17 Oktober di Dewan Sri Kiambang semasa Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang yang lalu. Walaupun khabarnya sudah diketahui konon-kononnya akan ada kekecohan, namun seolah sudah dirancang supaya persidangan diteruskan juga dengan mengenepikan pandangan dan cadangan daripada perwakilan berkaitan perwakilan hantu, pengundian yang bercelaru dan penangguhan untuk Sembahyang Jumaat.
Semuanya pasti dinilai secara matang oleh individu-individu yang rasional dalam perkara pemilihan pucuk kepimpinan dalam bahagian. Kita pasti menunggu-nunggu perkembangan seterusnya pada hari esok. Apa pun kalaulah ada cerita-cerita awal akan berlaku kekecohan lagi, maka ia pastinya datang daripada mereka yang terdesak dan merasa tercabar dengan kombinasi pasukan yang lemah dan terlalu berprasangka.
Namun begitu, usaha-usaha awal yang lebih terdidik dan bersifat menyayangi parti pasti akan menjadikan persidangan bahagian pada besok hari terbaik untuk UMNO Bahagian Rantau Panjang sepanjang kewujudannya di daerah ini.
Thursday, October 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment