Monday, October 20, 2008

Persidangan UMNO Bachok tenang

BACHOK 20 Okt. - Hanya jawatan Naib Ketua Bahagian dan 20 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bachok dipertandingkan Sabtu lalu pada persidangan perwakilan bahagian itu setelah dua jawatan penting teraju kepimpinan dimenangi tanpa bertanding.

Jawatan ketua dan timbalan kekal kepada Datuk Dr. Awang Adek Husin dan Datuk Dr. Illias Husain tanpa dicabar manakala bagi jawatan naib ketua, ia disandang oleh bekas Ketua Pemuda bahagian itu, Mohd. Zain Yasin.

Mohd. Zain memperoleh 286 undi manakala dua lagi saingannya, Datuk Zainal Abidin Che Wil yang cuba mempertahankan jawatan mendapat 172 undi dan Hamid @ Sulaiman Ibrahim (51).
Seramai 517 perwakilan daripada 151 cawangan menghadiri persidangan yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Teknik Bachok, dekat sini kelmarin.

Senarai ahli jawatankuasa yang dipilih pula termasuk Datuk Ibrahim Mat Din, Ridwan Hamat, Drs. Amran Mamat, Mohd. Zaki Hamat, CM Sabri Ibrahim, Hilmi Yussof, Ghani Bakar, Datuk Ismail Yusof, Zulkifli Abdul Rahman dan Jaafar Hussin.

Turut dipilih ialah Mohd. Asri Mat Zin, Zulkifli Jusoh, Mat Sidek Rejab, Amir Seman, Ab Rahim Mohamad, Ibrahim Fikri, Dr Mohd. Yusof Sidek, Abdullah Zawawi Ismail, Mohd. Nor Ismail dan Kamarudin Musa.

Awang Adek ketika berucap pada majlis itu berkata, pemilihan jawatankuasa di peringkat bahagian seharusnya berpaksi kepada natijah untuk menguatkan perjuangan parti bagi menebus kembali kekalahan UMNO di Bachok dan di Kelantan pada masa akan datang.

Beliau berkata, pemilihan dalam persidangan UMNO tidak akan bermakna sekiranya tidak sedikit pun membantu kemenangan UMNO di Kelantan yang sepatutnya bermula dari sekarang.

0 comments: