Saturday, October 18, 2008

KISAH PENYAMUN MENYEBUT " PENCURI ! PENCURI ! "

Suatu ketika dahulu pernah diceritakan oleh orang-orang tua kita mengenai helah seorang penyamun mengalihkan tumpuan orang-orang yang mengejarnya.

Apabila dia berjaya menyamun harta yang yang banyak dalam tempoh yang singkat, dia lantas melarikan diri bersama harta yang disamunnya itu. Namun nasibnya agak malang kerana ada insan-insan tertentu nampak dan bertindak mengejarnya.

Dalam keadaan kelam kabut dia telah mendapat satu akal lantas memekik " pencuri ! pencuri ! ". Maka segala tumpuan kini telah diberikan sepenuhnya untuk mengejar si pencuri bukannya penyamun. Akhirnya si pencuri yang malang itu pun tertangkap dan penyamun bebas terlepas. Bijakkan.......

Dalam senario politik masa kini cerita ini ada benarnya. Kadang-kadang teknik " helah bela diri " ini selalu sahaja digunakan oleh orang-orang yang tersepit. Dengan kebijaksanaannya dia meramalkan pelbagai andaian buruk melibatkan orang lain supaya dirinya selamat.

Adakah mereka ini di kalangan kita hari ini ? Fikir-fikirkan....renung-renungkan.....

0 comments: