Monday, October 20, 2008

SEMUA JAWATAN DIPERTANDINGKAN?

Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang dijangka akan di adakan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Lubok Jong pada tarikh 01 November 2008. Mengikut Ketua UMNO Cawangan Kampung Kedap, En. Mohamad bin Saaban pihaknya telah menerima notis berkenaan daripada urusetia UMNO Bahagian.

Menurut beliau, persidangan pada tahun ini dijangka hebat berikutan akan ada pertandingan di semua peringkat walaupun beberapa calon yang terkenal di bahagian ini dikenakan tindakan gantung oleh Badan Disiplin UMNO.

Nama-nama yang dijangka memberikan cabaran termasuklah Zahri Omar yang akan bertanding menentang Abdullah Mat Yasim untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian. Untuk jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula akan mempertemukan dua jaguh pemuda di era awal tahun 2000 dulu iaitu Datuk Shaari bin Mat Hussain dan Che Hanapiah bin Che Tengah.

Pertandingan mereka ini dilihat sengit kerana Che Hanapiah merupakan Ketua Penerangan Pemuda semasa Datuk Shaari mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Bagi jawatan Naib Ketua Bahagian pula, Saudara Ustaz Md. Daud Hamat akan dicabar oleh Syed Abdul Aziz bin Syed Abdulah.

0 comments: