Thursday, October 30, 2008

WANITA & PUTERI BIJAK MENYUSUN ATUR PERSIDANGAN WALAUPUN PADA HARI JUMAAT

Pagi ini adalah pagi persidangan Wanita dan Puteri UMNO Bahagian Rantau Panjang. Persidangan ini adalah sehari sebelum Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang akan diadakan di Dewan Kolej Kemahiran Tingi MARA (KKTM), Lubok Jong. Persidangan dua sayap UMNO ini juga turut diramalkan hebat kerana ada kaitan dengan perkara penggantungan beberapa pemimpin UMNO bahagian termasuklah kepimpinan wanita.

Namun begitu suatu pujian haruslah diberikan kepada Wanita dan Puteri ini kerana bijak menyusun atur perjalanan mesyuarat walaupun pada hari Jumaat. Agenda pengundian sulit dikemudiankan supaya agenda-agenda penting lain dapat dibereskan seawal pagi lagi.

Sudah pasti ini memberikan ruang dan peluang sebaiknya kepada para perwakilan untuk memberikan undi penentuan terhadap kepimpinan wanita dan puteri bahagian secara lebih waras dan rasional.

Inilah perbezaan ketara yang terjadi apabila kita mengenangkan peristiwa 17 Oktober di Dewan Sri Kiambang semasa Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang yang lalu. Walaupun khabarnya sudah diketahui konon-kononnya akan ada kekecohan, namun seolah sudah dirancang supaya persidangan diteruskan juga dengan mengenepikan pandangan dan cadangan daripada perwakilan berkaitan perwakilan hantu, pengundian yang bercelaru dan penangguhan untuk Sembahyang Jumaat.

Semuanya pasti dinilai secara matang oleh individu-individu yang rasional dalam perkara pemilihan pucuk kepimpinan dalam bahagian. Kita pasti menunggu-nunggu perkembangan seterusnya pada hari esok. Apa pun kalaulah ada cerita-cerita awal akan berlaku kekecohan lagi, maka ia pastinya datang daripada mereka yang terdesak dan merasa tercabar dengan kombinasi pasukan yang lemah dan terlalu berprasangka.

Namun begitu, usaha-usaha awal yang lebih terdidik dan bersifat menyayangi parti pasti akan menjadikan persidangan bahagian pada besok hari terbaik untuk UMNO Bahagian Rantau Panjang sepanjang kewujudannya di daerah ini.

Wednesday, October 29, 2008

TAKLIMAT SEBELUM PERSIDANGAN BAHAGIAN

Syabas diucapkan kepada YB Dato Norzahidi Omar, diatas kesediaannya memikul tanggungjawab sebagai wakil Perhubungan UMNO Negeri Kelantan memberikan taklimat pra persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang.

Bekas ADUN Gual Periok, Tuan Haji Abdul Rahman Awang menyifatkan kesediaan YB Dato Norzahidi sebagai membuktikan bahawa masih ada tokoh-tokoh politik di Kelantan yang bersedia untuk menyelesaikan segala kemelut dalaman parti. Taklimat itu disifatkan berjaya kerana sebahagian masalah yang wujud di peringkat cawangan nampaknya berjaya diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya. " Inilah pemimpin yang jelas ada niat dan hasrat yang besar supaya UMNO betul-betul pulih dan kuat di Kelantan. " katanya.

Namun begitu dalam suasana yang mesra itu, masih kedapatan insan-insan yang bernafsu besar mempertikaikan nama-nama beberapa orang yang disenarai pendekkan untuk bertanding sebagai AJK UMNO Bahagian dan Perwakilan G7.

Arifin bin Din, dalam sesi pertanyaan telah bangun dan menjelaskan kepada YB Dato Norzahidi dan para perwakilan bahawa Azmin bin Che Mat yang merupakan salah seorang ahli UMNO Cawangan Kedai Lama tidak layak untuk bertanding kerana tidak membayar yuran.

Semua orang tertanya-tanya kenapa Arifin bin Din yang mempersoalkannya sedangkan Ketua UMNO Cawangan Kedai Lama Saudara Shaari bin Zakaria sendiri membisu tanpa berkata apa-apa.

Apakah perkaitan diantara tak bayar yurannya Azmin Che Mat dengan Arifin Din?Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Arifin Din dan Ustaz Afandi begitu bersungguh-sungguh melobi Saudara Azmin Che Mat agar berpolitik secara aktif bersama pasukannya. Hasrat itu ditolak oleh Azmin Che Mat. Persoalan ini kekal dalam kepala para perwakilan yang hadir untuk taklimat di dewan KKTM Pasir Mas yang telah dibina oleh seorang kontraktor yang bernama Azmin bin Che Mat.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Monday, October 27, 2008

PENGAKUAN BERANI

DIA MASIH KEBINGUNGAN


Mohd Ridzuan bin Abdullah KP :860404-29-5301, No. Ahli UMNO : 03942625, merupakan seorang yang telah mengaku secara ikhlas bahawa dia tidak tahu-menahu tentang Pemuda UMNO. Apabila ditanya dalam cawangan manakah namanya tersenarai dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Katanya, Ustaz Afendi menyuruhnya duduk di kerusi Gual Pasir masa persidangan hari tu (Jumaat - 17 Oktober 2008 ).
Apabila diajukan soalan kedua siapa ketua pemuda cawangannya dia bagitahu " Ustaz Afendi ". Itulah satu-satunya nama yang dia tahu. Apatah lagi nak ditanya nama perwakilan yang sorang lagi.
Dia mengakui setulus hati tidak pernah hadir sebarang mesyuarat dan hanya tahu tentang dirinya kena hadir persidangan pemuda apabila ada orang datang mengambilnya pada pagi Jumaat itu.
Syabas Ustaz Afendi...... Betapa hebatnya kamu membuat tipu helah. Kamu kena ingat kamu tu Ustaz lulusan Jordan. Setiap minggu bercakap agama berdegar-degar dalam Radio Kelantan. Tak malukah kamu mempergunakan seseorang demi kepentingan politik peribadimu. Khabarnya berdozen-dozen lagi orang seperti Ridzuan ni kamu bawa masuk ke dalam dewan. Apabila dibantah, kamu mengatakan semuanya nak timbulkan kekecohan, berniat jahat, dan golongan yang kecewa.
Bertaubatlah... dulu semasa pemilihan 2004, kamulah yang merancang supaya perwakilan cawangan yang menerima duit daripada kamu BERSUMPAH sehingga ada diantara mereka yang jatuh talak dengan isteri kerana mengundi orang lain.

Sunday, October 26, 2008

Mukhriz tidak setuju

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tidak bersetuju dengan cadangan Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu berdebat bagi menjelaskan pendirian perjuangan masing-masing.

Mukhriz berkata, soal pemilihan parti itu merupakan hal ehwal keluarga UMNO dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

‘‘Hal dalaman UMNO mempunyai banyak perkara tersirat dan debat sebegini mampu melemahkan parti terutama ketika parti menghadapi banyak cabaran.

‘‘Lagipun tak payah debat-debat kerana para perwakilan sudah kenal rapat dengan calon dan mereka cukup matang memilih yang paling layak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mukhriz menjelaskan, platform berdebat sebegitu tidak mencerminkan kredibiliti seseorang calon dengan jelas sebaliknya keikhlasan dan pengorbanan seseorang yang bertanding terserlah melalui penilaian umum sepanjang perjalanan karier politik masing-masing.

‘‘Setiap calon Ketua Pemuda harus dinilai melalui track record, sifat amanah dan siapa yang dilihat sanggup berkorban untuk rakyat.

‘‘Yang paling penting, secara umumnya, calon yang mengamalkan politik wang harus ditolak kerana ia akan membinasakan parti,” tegasnya.

Mukhriz turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan daripada perwakilan seluruh negara yang telah mencalonkan namanya untuk merebut jawatan itu.
Katanya, tempoh pencalonan sehingga Mac depan merupakan masa yang panjang dan beliau terus memerlukan sokongan daripada semua pihak.

DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.

2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.

7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa.

Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

PANAS...PANAS...PANAS

PERHUBUNGAN MEMUTUSKAN

Kalau kita renungkan apakah hieraki dalam UMNO. Sudah tentu semua orang tahu ianya bermula dengan cawangan. Setiap tahun ada persidangan cawangan. Dalam persidangan cawangan akan ada pula perwakilan cawangan ke persidangan bahagian. Begitu juga wakil daripada persidangan bahagian akan dipilih ke Persidangan Agung UMNO. Inilah senario yang berlaku setiap tahun. Keadaan kekadang berubah apabila tiba musim pertandingan dalam parti. Namun sistem asalnya masih kekal dan terpelihara.

Hari ini keadaan jadi berubah malah bertukar dengan begitu teruk sekali. Perkara ini ada kaitannya dengan Perhubungan. Kita lihat apabila cawangan ada masalah maka Perhubungan memutuskan. Apabila bahagian ada masalah Perhubungan juga yang memutuskan. Kini semuanya dilihat bermasalah kerana adanya campurtangan Perrhubungan.

Pokoknya, adakah Perhubungan menyelesaikan kekeliruan dan masalah. Kalau peranan yang dimainkan telus, adil, berkecuali dan bersifat mementingkan parti sudah tentu kesannya sangat baik kepada UMNO. Yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak bantahan yang dibuat dalam tempoh terdekat ini lebih menjurus kepada pertikaian akan peranan sebenar Perhubungan.

Rata-rata ahli UMNO menjadi muak dengan kerenah Perhubungan. Sistem yang diguna pakai tidak ke arah penyatuan dan kekuatan UMNO. Seolah-olah Perhubunganlah yang memutuskan segalanya. Layak, tidak layak, cukup, tidak cukup, sah, batal, buat semula atau sehingga ke tahap hidup atau mati pun ditentukan oleh Perhubungan.

Ramai tokoh yang bernasib malang tewas di luar gelanggang. Yang berjuang dalam gelanggang pun bagaikan mati akal jika tidak ada hubungan yang akrab dengan Perhubungan. Tidak ketinggalan juga yang bernasib baik asalnya seperti hidup segan mati tak mahu tiba-tiba berada dipersada kuasa. Bahkan mereka ini dinobatkan sebagai wira dan berjuang bermati-matian dalam kekalutan.

Sayugia dirasai betapa malangnya nasib UMNO. Adalah ini petanda namanya bakal berkubur di dalam diri-diri manusia yang bergelar Melayu.

Saturday, October 25, 2008

LAWAK DUN

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Ahmad Zahid Sokong Sistem Kuota Umno Dihapuskan

By: Ramjit-->

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyokong saranan supaya sistem kuota Umno dihapuskan.Beliau berkata selepas pemilihan Umno Mac depan, sistem kuota perlu dikaji semula untuk memberikan ruang kepada Umno memperlihatkan ketelusan dan demokrasinya parti itu.

"Saya juga yakin ia akan menjadi antara agenda yang bakal dipertimbangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mengambil alih pucuk pimpinan nanti," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.Mengulas sama ada penghapusan sistem kuota dapat membanteras politik wang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata menghapuskan sistem kuota belum tentu menjamin amalan politik wang dapat dibanteras.

"Undang-undang boleh diterap...peraturan boleh dicatat...kalau diletak sebesar mana pun undang-undang tetapi jika kita sendiri tidak mahu berubah masalah tidak selesai juga," katanya.Ahmad Zahid berkata yang penting ialah kerohanian, keperibadian dan kepimpinan pemimpin itu sendiri, katanya sambil menyangkal dakwaan kononnya gejala politik wang dalam Umno begitu teruk.

"Sebenarnya bukan semua pemimpin mengamalkan politik wang hanya segelintir sahaja, janganlah diberikan gambaran seolah-olah semua pemimpin macam itu," katanya.Baru-baru ini terdapat banyak gesaan daripada pemimpin Umno agar sistem kuota dihapuskan kerana ia disalahgunakan sesetengah pihak dengan menggunakan kuasa wang semata-mata untuk dicalonkan sekaligus menafikan hak mereka yang layak untuk bertanding kerana tidak cukup pencalonan.

Terdahulu Ahmad Zahid merasmikan Seminar dan Bengkel Antarabangsa Mengenai Amalan dan Etika Dalam Perubatan anjuran Konsortium Hospital Islam Malaysia dan membentangkan kertas kerja bertajuk "Reinventing The New Paradigm Of Healthcare Giver For The Ummah".

-- BERNAMA

Politik Wang Perlu Dibanteras Secara Telus, Kata Mukhriz

By: Ramjit-->

KAMPUNG GAJAH, 24 Okt (Bernama) -- Politik wang perlu dibanteras secara telus kerana gejala itu akan membawa kehancuran kepada parti, kata calon Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir.Beliau berkata politik wang juga akan mengakibatkan pemimpin yang amanah dan wibawa tidak dipercayai oleh rakyat.

"Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secara amalan terkeji tersebut kerana rakyat mahu pemimpin yang bersikap terbuka, telus dan bersih daripada gejala yang tidak sihat," katanya kepada pemberita di majlis ceramah di Kampung Teluk di sini malam tadi.

Beliau bimbang sekiranya politik wang tidak dibendung dari sekarang, ia akan menyebabkan rakyat menolak pemimpin sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno menyifatkan pemilihan parti pada Mac depan dijangka sengit kerana anggota akar umbi mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan corak kepimpinan parti masa depan.

"Dalam tempoh tiga minggu pertama pencalonan di peringkat bahagian berlangsung, anggota akar umbi telah membuat keputusan melalui pencalonan pemimpin yang menjadi pilihan mereka," katanya.

-- BERNAMA

Mesyuarat Pemuda Umno Gua Musang Khamis Lepas Dibatalkan Ibu Pejabat Umno - Tengku Razaleigh

By: Ramjit-->

GUA MUSANG, 25 Okt (Bernama) -- Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gua Musang yang diadakan pada Khamis lepas dibatalkan kerana tidak mematuhi arahan yang diputuskan di peringkat bahagian, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tengku Razaleigh berkata pembatalan mesyuarat itu bukan diputuskan oleh beliau tetapi oleh Ibu Pejabat Umno."Mesyuarat itu batal kerana tidak mengikut tarikh mesyuarat yang diputuskan oleh bahagian yang sepatutnya diadakan pada hari ini.

"Pembatalan mesyuarat itu bukan saya yang putuskan tetapi Ibu Pejabat Umno yang telah membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Gua Musang di Bukit Cekati di sini, Sabtu.

Tengku Razaleigh berkata dengan pembatalan itu, semua keputusan yang dibuat pada mesyuarat Khamis lepas turut terbatal.Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada Umno Bahagian Gua Musang sebelum membuat keputusan berhubung pertindihan mesyuarat pergerakan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada hari ini dan Khamis lepas.

"Kena tunggu laporan bahagian Gua Musang dahulu untuk dinilai dan disiasat. Badan Perhubungan Umno tidak boleh masuk campur urusan mesyuarat bahagian," katanya kepada Bernama di Kota Baharu.

Mesyuarat Pemuda bahagian itu hari ini yang dihadiri 78 perwakilan dari 78 cawangan sebulat suara mencalonkan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda dan anggota Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai calon Naib Ketua pergerakan itu.Mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian itu yang diadakan pada Khamis lepas dihadiri 189 perwakilan daripada 79 cawangan dan turut dihadiri wakil Pemuda Umno Negeri.

-- BERNAMA

26 Ketua Cawangan Pemuda Umno Gelang Patah Umum Hilang Kepercayaan Terhadap Ketua Pemuda Bahagian

By: Ramjit-->

JOHOR BAHARU, 24 Okt (Bernama) -- Sebanyak 26 ketua Pemuda Umno cawangan di bahagian Gelang Patah hari Jumaat mengisytiharkan mereka telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan Ketua Pemuda bahagian itu Norisham Ismail.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Kangkar Pulai Faisal Supada yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan itu berkata sehubungan itu mereka mahu mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian itu diadakan semula.Mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah yang mempunyai 46 cawangan diadakan pada 12 Okt lepas.

"Kami telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Pemuda Umno bahagian Norisham Ismail dan meminta mesyuarat perwakilan diadakan semula untuk memilih Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Anggota Jawatankuasa yang baru," katanya kepada Bernama.Faisal meminta Jawatankuasa Bantahan Badan Perhubungan Umno Johor menimbang semula keputusan mereka baru-baru ini yang memutuskan bahawa mesyuarat perwakilan Pemuda Bahagian pada 12 Okt lepas itu adalah sah.

Jawatankuasa Bantahan Umno Negeri bagaimanapun mengarahkan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengadakan semula pengundian untuk memilih calon Ketua Pemuda Umno dan Naib Ketua Umno, yang sebelum ini dimenangi oleh Khairy Jamaluddin dan Datuk Reezal Marican Naina Marican.Faisal meminta Badan Perhubungan Umno Johor supaya menimbang semula keputusan terdahulunya itu berikutan dakwaan berlakunya penyelewengan ketika proses pengiraan undi pada mesyuarat perwakilan tersebut.Beliau juga mahukan Badan Perhubungan Umno negeri menjadi penyelaras mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah jika mereka bersetuju ia diadakan semula.

Pada mesyuarat perwakilan Pemuda Bahagian yang diadakan pada 12 Sept lepas itu, ia telah diselaraskan oleh Pemuda Umno Bahagian Pulai.Minggu lepas, sembilan orang anggota jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut termasuk Naib Ketuanya Mohd Shahruddin Jamal mengumumkan peletakan jawatan mereka.

-- BERNAMA

KENANGAN CALON BEBAS KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Calon Bebas yang bersaing merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, kini mula berkempen dengan berbasikal dari rumah ke rumah sambil menjual kain.

Warga emas dari Kampung Atas Tol itu, berkata menjual kain pekerjaan tetapnya sejak 15 tahun lalu sekali gus memudahkan tugasnya berkempen untuk 'Parti Tanah Melayu Bersama Dalam Islam' menggunakan lambang kunci.

Menurutnya, anara persediaan yang sudah dilakukannya termasuk menempah 1,000 keping poster untuk ditampal di sekitar kawasan kampung dan bandar ini serta membeli telefon bimbit membabitkan kos kira-kira RM3,000.

"Sudah menjadi kebiasaan tok akan keluar menjual kaind ari jam 8 pagi hingga tengah hari dan sambil menjual kain, tok boleh berkempen untuk parti kunci."Tok memang mengharapkan kemenangan kerana banyak faedah rakyat akan dapat termasuk buat rumah, sekolah dan pejabat mengikut rekaan terkini kerana sekolah yang ada sekarang fesyen lama dan warnanya tidak cantik," katanya ketika ditemui berkempen di sekitar rumahnya di Kampung Gong Gemia, di sini, semalam.
Walaupun sudah lanjut usia, wanita itu masih mampu mengayuh basikal bagi memastikan dia memenangi pilihan raya kali ini.

Bagi kerusi Parlimen berkenaan, Barisan Nasional (BN) diwakili penyandangnya, Datuk Razali Ismail berdepan calon 'bidan terjun', Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden Pas.

"Tok tak percaya kepada mana-mana parti sebab itu masuk bertanding. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, tok akan menggunakan khidmat kerani membantu kerja menguruskan dokumen jika menang," katanya.

Menurutnya, kelmarin, dia mengupah anak rakannya, RM20 bagi mengisi borang penamaan calon kerana dia sendiri tidak tahu menulis dan membaca.

Katanya, dia mengumpul RM10,000 itu hasil jualan kain dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM200 sebulan dan menolak dakwaan konon wang pertaruhan itu hasil jualan tanah pusaka.

Sementara itu, jirannya, Jusoh Mohd, 56, berkata wanita itu gemar menonton Buletin Utama dan Berita Dunia dan ketika siaran kedua-dua slot itu, beliau akan menguatkan pembesar suara televisyen menyebabkan jiran tetangga tidak perlu memasang televisyen di rumah masing-masing.

KISAH KHALIFAH

Serigala / singa pun tidak khianat.
============================================
Malik bin Dinar ra berkata :
Setelah Umar Abdul Aziz, maka bertanyalah pengembala2 kambing di puncak gunung :
Siapakah khalifah SOLEH yang memerintah ketika ini?
Di antara mereka bertanya kembali :
Bagaimanakah engkau tahu khalifah sekarang soleh?
Kata mereka :
KEBIASAANNYA, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah khalifah SOLEH, maka serigala dan singa akan menjauhkan diri dan tidak mengganggu ternakan kami.

Sangat mudah menangis
============================================
Fudhail bin 'Iyadh meriwayatkan :
Orang bertanya kepada Umar Abdul Aziz :
Apakah yang menyebabkan engkau SANGAT mudah menangis?
Jawab Umar ra :
Sesungguhnya, aku merasakan kalaulah ada seekor anak biri-biri yang mati di tebing sungai Furat di sebabkan kecuaian aku, NESCAYA Allah SWT akan mempertanggung jawabkan aku di akhirat kelak.

Perut yang lapar lebih utama daripada baitullah
============================================
Pengurus/penjaga kaabah mengutus surat kepada Umar Ibnu Abdul Aziz meminta kelambu kaabah ditukar sebagaimana telah dilakukan Khalifah sebelumnya.Umar Abdul Aziz menjawab :Sesungguhnya perut2 yang lapar itu lebih utama dari kelambu kaabah.

Keperihatinan terhadap orang miskin.
============================================
Beberapa orang penduduk Madinah mengunjungi Khalifah Umar, lalu ditanya Umar akan penduduk Madinah :Apakah perkejaan orang2 miskin yang tinggal di sekian2 tempat?Jawab mereka :Orang2 miskin itu telah berpindah randah, ya Amirul Mukminin, kerana mereka telah dilimpahkan kekayaan oleh Allah SWT.Sebelum itu mereka hanyalah pencari kayu yang menjualkan kepada musafir yang singgah di perkampungan mereka.Suatu ketika orang2 musafir itu kembali untuk membeli kayu, tetapi orang2 miskin tersebut telah berkata :Sesungguhnya kami tidak lagi menjual kayu api, kerana Allah SWT telah melimpahkan kekayaanNya kepada kami dengan harta yang telah diberikan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kami.

Pakaian & Cara Pemakaiannya
Sebelum vs Selepas
============================================
Seorang ulama' Quraish meriwayatkan :Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata :Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku.Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.

Pakaian solat
============================================
Seorang pengawalnya berkata :Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya.Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki :Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab:Sesungguhnya SEBAIK2 niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan.Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.

Harum lagi Bergaya
============================================
Raja' bin Haiwah meriwayatkan :Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya ( baju, serban, kain, pakain luaran & dalaman, kain baldu ) hanya sekadar 12 dirham sahaja.

Pakaian Ketika sakit
============================================
Salamah meriwayatkan :Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor.Lalu aku berkata kepada Fatimah :Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin.Jawab Fatimah :InsyaAllah, kami akan laksanakan.Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya :Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.Jawab Fatimah :Demi Allah, HANYA baju itulah yang beliau ada.

Dimanakah mereka yang ...:
===================================================
Setiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru :Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?Dimanakah mereka yang miskin?Dimanakah mereka yang yatim?Umar akan memenuhi permintaan mereka apabila mereka mengadu kepadanya.

TAN SRI MEMANG HEBAT

Tan Sri Annuar Musa memang hebat. Semenjak dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan banyak kejayaan telah dicapai. Dalam PRU 12 yang lalu kalau tidak kerana To Wa mesti Kelantan kalah lagi teruk. Zaman To Wa ni, kalau kalah pun masih dapat " satu undi untuk Kelantan ". Kalau orang lain mungkin satu undi pun tak dapat.

Mutakkhir ini kalut dibincangkan pasal mesyuarat cawangan dan bahagian di seluruh negeri Kelantan. Keadaaan nampaknya masih terkawal. Tak ada yang patah tangan, pecah kepala, atau masuk ICU. Kira ok lah tu. Kecoh sikit-sikit tu memang dah adat bertanding. Tak jadi hal lah.

Banyak pergolakan berlaku di bahagian-bahagian dalam negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Rantau Panjang paling top. Lepas tu Kubang Kerian, Tanah Merah, Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Pasir Putih, Kota Bharu, Pasir Mas dan lain-lain. Ketereh rilek je. To Wa awal-awal dah menang tak bertanding. Betul dah tu kalau tawarkan diri untuk Naib Presiden UMNO Malaysia. Tapi saya rasa patut sikit atas To Wa. Timbalan Presiden pun kira layak juga. Datuk Jazlan pun minat dengan post ni. Takkan To Wa tak berani pula ?

Cuma hati jadi terkedu bila tiba-tiba To Wa tarik diri. Kesian kat Dali Hussin yang dah isytihar awal-awal lagi menyokong To Wa semasa majlis hari raya bersama Datuk Mukhriz di Restoran New Horizon Garden sehari sebelum To Wa dapat pencalonan pertama di Machang keesokannya.

Pemuda di Kelantan ni memang setia dengan To Wa. Tengoklah Dali, Anuar Safian dan Ustaz Pendi. Bukan main bermati-matian mereka ini berjuang demi agama, bangsa dan negara. Keikhlasan perjuangan mereka semua pemuda kat Kelantan nampak. Ada yang pandai berceramah berdegar-degar. Radio pun siar 2-3 kali sehari. Kira " besoho " jugalah tu. Tengoklah di bahagian mereka ni, pemudanya bukan main hebat. Di Rantau Panjang sendiri kemasyhuran terserlah apabila mencipta rekod apabila ada 190 bantahan mesyuarat cawangan pemuda. Kecoh pun sikit aje. LFS saja yang datang berkawal. Bukannya Pasukan Gerak Khas atau Komando. Mesyuarat dah berjalan dan diterima tanpa boleh dipersoalkan lagi.

Di Kubang Kerian, kita tengok bongkok belakang Si Budin dek dikerjakan oleh Si Anuar Sapian tu. Apa nak buat Din, dah ditakdirkan macam tu nak buat apa. Demonstrasi " Anti Bukuh " tu kira best juga. Tapi apa kesudahannya. Perhubungan cakap apa ? Kesian Din.

Kita semua mengharapkan semoga To Wa ni kekal jadi Pengerusi Perhubungan sampai bila-bila. Banyak lagi yang nak dibuatnya. Tak baguslah kalau selepas Mac 2009 nanti, To Wa digantikan dengan orang lain. Tak bestlah macam tu. Lagi pun Kelantan ni belum hancur lagi jadi macam debu yang berterbangan. Baru setakat retak-retak, serpih atau sumbing sikit-sikit.

Orang PAS pun kecewa kalau ada orang lain ganti To Wa. Tak cerialah Perhubungan UMNO Kelantan. Mari kita laungkan "HIDUP TO WA". Satu undi untuk Kelantan. Yang selebihnya tu bagi kat sapa-sapa pun. Apa nak dikisahkan.................. asalkan To Wa kekal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

VIDEO PERSIDANGAN

Kepada sesiapa yang berminat nak tengok aksi sebenar dalam dewan semasa Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang bolehlah melayarinya dalam website http://www.youtube.com/ . Taip perwakilan hantu dan search. Ha.... tengok apa cerita sebenarnya.

Kalau nak tengok apa yang berlaku di Kubang Kerian boleh taip " anti bukuh " dan tengoklah macam mana Si Budin dipekena oleh kawan baik ketua pemuda RP. Kesian kawan-kawan kita yang dok belawan dengan bakal pemimpin pemuda UMNO Negeri Kelantan.

Friday, October 24, 2008

Lapor terus ke Lembaga Disiplin

Oleh ZULHISHAM ISHAK

KOTA KINABALU 24 Okt. - Sebarang aduan berhubung amalan politik wang atau salah guna kuasa pada persidangan perwakilan UMNO bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri perlu diajukan terus kepada Lembaga Disiplin parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bagi membolehkan Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau menegaskan, pucuk pimpinan parti tidak akan berkompromi terhadap politik wang yang berlaku semasa pemilihan sama ada masalah itu kritikal atau sebaliknya."Kalau berlaku amalan politik wang atau salah guna kuasa di mana-mana peringkat bahagian, terus laporkan kepada Tengku Ahmad Rithauddeen.

"Kita dengar kenyataan ini setiap kali berdepan dengan pemilihan parti. Tindakan akan diambil, pihak jawatankuasa parti sedang bermesyuarat dan beberapa tindakan sudah diambil," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa amalan politik wang pada persidangan parti kali ini sudah mencapai tahap kritikal.
Semalam, Ahmad Rithauddeen secara terbuka melahirkan kerisauan bahawa amalan tersebut akan bertambah buruk jika tempoh pemilihan parti dikekalkan sehingga Mac 2009.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, aduan masih lagi relevan untuk dilaporkan di peringkat badan perhubungan negeri tetapi jika sudah keterlaluan ia lebih baik dilapor terus ke lembaga disiplin.

Berhubung trend pencalonan UMNO kali ini yang lebih mengutamakan kehendak akar umbi, beliau berharap perkembangan itu akan dibawa pada pemilihan peringkat tertinggi, Mac tahun depan.

"Pengundian di peringkat pencalonan kali ini merupakan fenomena baru, kita tengok 80 hingga 90 peratus pencalonan yang dibuat di peringkat bahagian merupakan proses pengundian," katanya.

MANA MUNGKIN DIBATALKAN

Jenuh dinafikan bahawa Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang bakal dibatalkan. Mana mungkin. Persidangan itu berjalan juga walaupun ada dilaporkan berlaku kekecohan. Yang menimbulkan kekecohan pun bukannya dari jenis yang tak ada akal. Itu hak mereka untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka. Biarkan mereka dengan kerenah mereka yang tidak akan disokong oleh sesiapa pun. Laporan pemerhati yang didatangkan khas daripada Pasir Putih pun mengatakan segalanya ok. Apa lagi nak dipertikaikan? Lagi pun bukannya ada kecederaan parah atau luka-luka. Tak payah batalkanlah, terima saja.

Inilah persoalannya yang sedang berlegar dalam kotak fikiran ahli-ahli UMNO. Kalaulah sampai peringkat begini pun persidangan masih boleh diiktiraf, ada kemungkinan pada penggal-penggal yang akan datang kekecohan akan dipertingkatkan lagi semata-mata untuk memenuhi kehendak ahli akar umbi supaya ketelusan perlu ada dalam proses pemilihan pemimpin. Bantah mulut tak pakai, cabut wayar mikrofon, rebut mikrofon, bawa masuk pasukan LFS, buat pengundian dalam suasana kelam kabut, panggil perwakilan keluar mengundi mengikut cawangan-cawangan yang pro mereka dulu dan lepas tu diterima sebagai mesyuarat yang sah.

Perkara ini wajar direnungkan. Jangan sampai selepas ini bantahan hingga keperingkat bahaya dan mengancam baru nak dibatalkan. Berikanlah hak kepada ahli. Mereka mahukan ketelusan dan pemimpin yang beramanah bukannya pemimpin yang licik membungkus mesyuarat cawangan dan licin bagikan " belut ".

Thursday, October 23, 2008

SEKADAR UNTUK TATAPAN
















DOA DIJAUHI FITNAH DAJJAL


Lembaga Disiplin Umno Cadang Dua Anggota Parti Dipecat Kerana Sokong Pembangkang

By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Disiplin Umno akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti agar dua orang anggota parti dipecat kerana menyokong parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusinya Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata kedua-dua mereka ialah anggota bahagian Kota Marudu Sabah Isang Rawai dan anggota bahagian Ledang Johor Mohd Shamsuddin Dawam.Tengku Ahmad Rithauddeen berkata kedua-duanya adalah antara 15 orang yang disiasat lembaga itu kerana tuduhan melakukan pelbagai kesalahan termasuk menyokong parti pembangkang, politik wang dan salah guna kuasa.

"Isang didapati menjadi calon Bebas manakala Mohd Shamsuddin menjadi wakil calon PAS pada pilihan raya umum Mac lepas. Jadi sekarang terserahlah kepada MT untuk memecat mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata enam lagi tertuduh yang disiasat lembaga itu juga didapati bersalah kerana pelbagai kesalahan tetapi diberi amaran.Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Seremban Datuk Ishak Ismail, Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Raub Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid, anggota Umno Bahagian Raub Datuk Abdullah Abu Bakar, Pengerusi Tetap Cawangan Labuan Datuk Yunus Kurus dan anggota Umno Bahagian Labuan Alias Hussin."Antara kesalahan mereka ialah sabotaj pada pilihan raya lepas, politik wang dan salah guna kuasa," katanya.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tujuh didapati tidak bersalah setelah disiasat iaitu Jelin Dasanap atau Jelani Hamdan (Kota Marudu), Majial Mangulizang (Kota Marudu), Kampun Inok (Kota Marudu), Datuk Ahmad Yassin (Ledang), Ja'afar Ahmad (Ledang), Shahrl Ismail (Tanjung Pia) dan Jamilah Endan (Tanjong Piai).

Beliau berkata sebanyak 632 aduan telah diterima oleh lembaga itu sejak 30 Sept lepas dan sehingga kini 135 daripadanya telah disiasat oleh panel penyiasat.Katanya sesiapa yang mempunyai maklumat tentang mana-mana anggota parti yang melanggar disiplin perlu tampil dan jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuat laporan."Masalah disiplin ini terutamanya politik wang begitu ketara dalam Umno dan saya difahamkan dari segi pemilihan parti lain seperti MCA dan Gerakan didapati kurang (politik wang), jadi malulah.

"Sesiapa yang buat aduan akan diberi imuniti dan dirahsiakan identiti mereka, jadi tak usahlah takut untuk tampil. Jika tidak bagaimana nak hapuskan gejala yang memberi keburukkan kepada parti, individu dan negara itu," katanya.

Mengenai cadangan anggota MT Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa lepas supaya semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata ia sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan."Kita tidak boleh lakukan sebagai tender.

Adakah kita akan dapat orang yang betul-betul boleh memimpin kita melalui kaedah tender ini? Barangkali dia (Rais) bukan serius apabila mengemukakan cadangan itu," katanya.
-- BERNAMA

Politik dulang paku serpih

DARI segi isu, politik Malaysia sebenarnya tidak sofistikated. Ahli-ahli politik dan parti politik kita, termasuk aktor dan aktres politik yang masih muda, bertarung dan berebut kuasa menggunakan isu-isu zaman lampau.

Politik kita, tidak terkecuali politik pembangkang, barangkali tidak dinamik perkembangannya. Acuan dan kuihnya masih sama. Isu-isu dalam politik yang sedang kita tonton sekarang umpama ulang tayang filem lama.

Kira-kira lima puluh tahun lalu, pada tahun 1959, Almarhum Tunku Abdul Rahman menghadapi pilihan raya pertama selepas merdeka. Pilihan raya terakhir sebelum Tanah Melayu bebas daripada zaman kolonial diadakan pada 1955 sewaktu semangat kemerdekaan begitu memuncak. Rakyat memberikan Tunku Abdul Rahman kemenangan besar pada tahun tersebut.
Bagaimanapun, pendapat umum terhadap Tunku dan Perikatan berubah dengan mendadak pada tahun 1959.

Dalam pilihan raya itu, Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC cuma menguasai 51.5 peratus undi popular, merosot daripada undi popular sebanyak 81.7 peratus pada tahun 1955.

Daripada hanya satu wakil pembangkang di Parlimen pada 1955, dalam pilihan raya 1959, para pengundi telah memberikan parti-parti pembangkang sebanyak 39 kerusi Parlimen daripada 113 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Perikatan masih mengekalkan penguasaan di Parlimen dengan 74 kerusi. Sungguhpun bilangan wakil rakyat pembangkang ramai, ketika itu tidak kedengaran pula cerita pakatan pembangkang hendak membentuk kerajaan Persekutuan melalui cara mempengaruhi ahli Parlimen Perikatan lompat parti.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ialah bagaimana secara tiba-tiba pendapat umum terhadap Tunku menjadi begitu merosot dan betapa berkesannya ahli-ahli politik pembangkang mengeksploitasi sesetengah isu sehingga mereka hampir-hampir dapat menjatuhkan kerajaan dan kemudian, seperti yang dicatatkan dalam sejarah, turut bertanggungjawab membentuk persepsi politik orang ramai sehingga ke beberapa generasi.

Pada masa itu UMNO diserang dengan hebat oleh sesetengah orang Melayu kerana dikatakan tidak cukup memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan mengkhianati bangsa dan tanah air sendiri. Pas dan Parti Negara memanfaatkan isu-isu berkaitan orang Melayu sebagai umpan pilihan raya.

Pas, misalnya, menuntut hanya orang Melayu yang boleh menjadi Menteri Besar, menteri-menteri dan ketua-ketua tertinggi angkatan tentera dan polis - suatu pendirian yang jika dibesar-besarkan pada zaman ini akan menimbulkan kemarahan pemimpin pembangkang Cina dan India.

Sejak tahun 1950-an lagi Pas telah pun menggunakan cita-cita pembentukan 'negara Islam' sebagai ayam denak untuk mencari sokongan orang Melayu, khususnya penduduk luar bandar, dengan mendakwa UMNO tidak cukup Islamik. Beberapa tahun selepas itu, setelah mendapat sedikit kuasa, mereka tidak juga mendirikan 'negeri Islam' sepenuhnya.

Isu-isu politik yang bersifat perkauman juga menjadi wajah politik pada masa itu. Para pemimpin bukan Melayu dengan berani mempersoalkan peruntukan perlembagaan mengenai keistimewaan Melayu, hak untuk layanan sama rata serta mengusik pelaksanaan dasar pendidikan dan dasar mendaulatkan bahasa Melayu. Malah ada tuntutan supaya bahasa Cina juga diiktiraf sebagai bahasa rasmi di negara ini.

Pada zaman itu, ketika gerakan komunis yang diharamkan berada pada kekuatan tertinggi, Tunku Abdul Rahman melihat sesetengah tuntutan tersebut dipengaruhi oleh komunis, yang bergerak di dalam hutan dan secara bawah tanah di bandar-bandar. Tunku Abdul Rahman yang memimpin UMNO yang berfahaman sederhana dan percaya pada kompromi - satu prinsip yang selepas kematiannya amat disanjung tinggi oleh banyak pihak - pada pilihan raya 1959 nyaris-nyaris kehilangan kuasa serta menjadi mangsa kerakusan politik agama parti Melayu dan agenda perkauman parti Cina.

Apabila direnung semula bagaimana pendapat umum menjadi begitu negatif terhadap Tunku Abdul Rahman, UMNO dan Perikatan pada tahun 1959, kita akan mendapati bahawa tidak banyak yang berubah dalam politik Malaysia.

Kita tidak sofistikated kerana pada hari ini untuk menjadi jaguh dan menang pilihan raya, ramai di kalangan kita masih sanggup memperalatkan isu agama dan perkauman selain bersembunyi di sebalik perjuangan ke arah kesamarataan. Atas nama hak asasi manusia dan keadilan, kita tergamak tanamkan dalam diri orang bukan Melayu pembohongan bahawa mereka didiskriminasikan di negara sendiri.

Yang berlainan antara zaman Tunku Abdul Rahman dan sekarang ialah pada tahun 1959, bekas Perdana Menteri itu baru beberapa tahun membenarkan beratus-ratus ribu kaum Cina dan India memperoleh hak kerakyatan secara jus soli, satu proses yang kemudian dikaitkan dengan apa yang dipanggil kontrak sosial.

Langkah membenarkan mereka menjadi warganegara memberi kesan drastik kepada politik tanah air. Daripada kira-kira 84 peratus pengundi adalah orang Melayu pada 1955, komposisi pengundi Melayu telah berkurangan kepada 56.8 peratus pada 1959.

Dengan budaya lama, teknologi komunikasi kuno dan kaedah berkempen tradisional, selepas mendengar kempen-kempen pembangkang, sebahagian orang Melayu berasa marah terhadap UMNO manakala ramai orang bukan Melayu mula percaya mereka tidak dilayan dengan cukup saksama oleh Perikatan.

Semangat mereka diapi-apikan oleh parti-parti politik pembangkang. Kemarahan mereka juga dibarakan, terima kasih kepada propaganda berasaskan kaum. Kesan akhirnya ialah keputusan pilihan raya umum 1959.

Amat menyedihkan apabila memikirkan hal ini. Masyarakat Malaysia memperlihatkan kita belum berganjak daripada garis-garis politik zaman lampau itu, dan kita tidak berasa malu untuk terus kekal dengan pemikiran lapuk sedemikian.

Kira-kira 69 hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2009. Selepas lima dekad, kita seharusnya berasa terhina kerana gagal mencetuskan pembaharuan dalam politik dan masih lagi mempertahankan taktik dan pola pemikiran yang tidak sepatutnya membiak pada zaman ini.
Banyak pihak dalam parti pembangkang akan membuat generalisasi popular dengan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional sebagai punca fenomena itu berlaku.

Sebagaimana yang dialami Tunku Abdul Rahman ketika berhadapan dengan cabaran pembangkang pada tahun 1950-an, ada banyak bukti bahawa dakwaan tersebut tidak sepenuhnya benar. Acapkali ia umpama kata peribahasa, tepuk dulang paku serpih.

Kepimpinan pikul amanah berat

Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI

KETIKA Abu Zar meminta Rasulullah SAW supaya meletakkan dirinya dalam barisan kepimpinan dan pentadbiran negara, Baginda lantas menyatakan bahawa Abu Zar memiliki kelemahan yang tidak melayakkannya untuk menjawat jawatan sebagai pentadbir negara.
Baginda Rasulullah SAW mengingatkan bahawa jawatan sebenarnya amanah yang sangat berat dan amanah ini hanya akan menyebabkan kekesalan dan duka cita semata-mata, kecuali jika jawatan tersebut disandang oleh kalangan yang layak.

Pada ketika yang lain Rasulullah SAW melarang Abdur Rahman bin Samurah r.a daripada meminta-minta untuk menjadi pentadbir negara. Ini kerana perolehan jawatan atas sebab permintaan adalah suatu tugas yang sukar untuk dilaksanakan.

Sebaliknya jika jawatan tersebut disandang atas keperluan negara, tugasan tersebut merupakan sesuatu yang sifatnya lebih mudah untuk dilaksanakan dan ia juga akan menerima bantuan dalam pelaksanaan tugas tersebut.

Kita melihat Sahabat Rasulullah ini hanyalah segelintir dari kalangan yang mendapati bahawa jawatan sebagai pemimpin adalah sesuatu yang dipandang hebat dan dihormati. Mereka terlupa di sebalik kehebatan dan penghormatan yang diberi adalah tugas rumit dan sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan baik maka menyebabkan kesan yang tidak baik kepada orang bawahan dan juga rakyat.

Apabila sampai pada hari pembalasan, maka hanya api neraka yang layak untuk pemimpin yang gagal. Bagaimanapun sebagai insan beriman sekalipun teruja untuk menjadi pemimpin, mereka adalah kalangan yang berhati mulia dan berlapang dada kerana tidak menolak teguran atau nasihat yang diberikan.

Saidina Abu Bakar al-Siddiq dilihat secara sepakat oleh Sahabat-sahabat sebagai orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah SAW yang wafat sebagai pemimpin umat Islam.
Bagaimanapun sifat tawaduk yang ada pada peribadi beliau menjadikan beliau menerimanya dengan penuh rendah diri. Kesedihan yang masih berkabung dalam hati atas kewafatan Rasulullah SAW juga sangat memberi kesan kepada perasaan beliau pada ketika itu dan menjadikan beliau tidak teruja dengan apa yang diterimanya.

Terbaik

Dalam ucapan sulung sebagai pemimpin, beliau menyatakan pelantikannya sebagai pemimpin tidak memadai untuk menjadi lambang bahawa beliau adalah yang terbaik dari kalangan mereka.

Seterusnya, beliau mengharapkan sokongan selagi berada dalam kebenaran dan sebaliknya, sekiranya umat Islam melihat sebarang keburukan atau kebatilan daripada pihaknya, maka beliau meminta supaya ditegur dan dibetulkan.

Harapan yang sama juga dimajukan oleh pengganti Khalifah Saidina Abu Bakar, iaitu Saidina Umar al-Khattab. Sesuai dengan perwatakannya yang sangat tegas dan bengis, seorang lelaki mewakili rakyat menyambut harapan Saidina Umar dengan mengatakan bahawa sekiranya Khalifah melakukan penyelewengan, pihak rakyat akan membetulkannya dengan menggunakan 'mata pedang'.

Selanjutnya dalam satu peristiwa, Khalifah Saidina Umar al-Khattab berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan Khalifah supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya.

Wanita berkenaan menempelak pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan.

Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, "Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah".
Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, "Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku".

Sifat-sifat berlapang dada yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin ulung ini membuktikan mereka adalah kalangan insan yang tinggi taqwanya. Mereka tidak mengejar pangkat dan kedudukan, sebaliknya pangkat dan kedudukan itu digunakan untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Melalui jawatan tersebut mereka membuat keputusan dan dasar-dasar kenegaraan yang memberikan kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.

Selanjutnya, sangat menarik untuk kita meneladani keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz yang memerintah dari tahun 717H sehingga 720H, sebagai seorang pemimpin dan ketua negara. Sebelum pelantikan tersebut yang dilakukan oleh Khalifah Sulayman Abdul Malik berlaku, beliau beberapa kali berikhtiar supaya Khalifah Sulayman mengubah keputusannya. Dan apabila beliau menerima pelantikan tersebut, beliau telah merubah budaya dengan meletak jawatan dan memulangkan semula jawatan tersebut kepada rakyat.

Memberi kebebasan kepada rakyat untuk memilih calon yang lebih layak untuk memimpin rakyat dan negara. Akan tetapi, disebabkan beliau sememangnya calon yang paling layak dan amat dekat di hati rakyat, maka beliau juga yang akhirnya dipilih.

Ini menunjukkan bahawa kesediaan beliau untuk meletak jawatan dan mengundur diri daripada menjadi pentadbir negara adalah disebabkan ketakwaannya kepada Allah SWT. Ketakwaan melahirkan kebimbangan untuk menerima tanggungjawab yang amat berat; bimbang sekiranya pelantikan itu hanya mengundang keburukan kepada rakyat dan negara. Kesediaan untuk mengundurkan diri adalah sebahagian daripada usaha memelihara kemaslahatan rakyat.

Daripada pengalaman pemimpin-pemimpin ulung ini, kesediaan menerima teguran, pembetulan sehinggalah ke peringkat berundur diri, bukanlah sikap yang menjatuhkan maruah peribadi. Pengalaman lampau membuktikan sikap dan tindakan tersebut menjadikan golongan rakyat lebih menghormati dan mengagumi keperibadian pemimpin sebegini.

Kebaikan kepimpinan akan dinilai dan dirasai oleh pihak rakyat, maka sia-sialah sikap sesetengah pemimpin yang terus mendakwa dirinya yang paling layak untuk memimpin sedangkan rakyat yang menjadi hakimnya.

Gua Musang gandingkan Khir Toyo, Reezal

GUA MUSANG 23 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO Gua Musang mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo bagi merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pada pemilihan Mac depan.

Pada mesyuarat perwakilan Bahagian Gua Musang yang diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Gua Musang di sini hari ini, Mohamad Khir memperoleh 79 undi. Dua lagi saingannya Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memperoleh 58 undi, manakala Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memperoleh dua undi.

Sementara itu 186 perwakilan daripada 78 cawangan berkenaan sebulat suara memilih Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda.

Pengundian dijalankan sebanyak dua kali setelah beberapa perwakilan membuat bantahan kerana terdapat beberapa perwakilan yang mengangkat tangan lebih daripada sekali. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Bazlan Baharuddin yang menang tanpa bertanding jawatan itu berkata, pemilihan kali ini menunjukkan bahawa semangat demokrasi terus subur dalam bahagian itu apabila perwakilan telah memilih tiga nama besar.

Lapan ahli UMNO langgar disiplin

KUALA LUMPUR 23 Okt. - UMNO semakin tegas membendung politik wang apabila dua lagi ketua bahagian iaitu dari Seremban, Datuk Ishak Ismail dan Ketua Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman diberikan amaran setelah disabit kesalahan melanggar disiplin parti.
Selain mereka, empat lagi ahli UMNO turut dikenakan tindakan sama dan dua yang lain pula berhadapan dengan kemungkinan dipecat daripada parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, Ishak dikenakan tindakan mengikut Fasal 20.8 Perlembagaan UMNO yang dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli UMNO kerana melakukan sabotaj terhadap parti semasa pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, Suhaili pula disabitkan kesalahan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli UMNO iaitu terbabit melakukan rasuah politik.

"Beliau (Suhaili) juga melanggar etika kerana sebagai Ketua Bahagian merasmikan mesyuarat cawangan," katanya pada sidang akhbar di pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Tindakan terbaru Lembaga Disiplin ini diambil tidak sampai dua minggu selepas sembilan ahli UMNO termasuk yang berjawatan Ketua Bahagian dikenakan tindakan gantung keahlian selama tiga tahun kerana didapati terbabit dalam beberapa kesalahan parti.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, turut diberikan amaran adalah ahli dari Bahagian Raub iaitu Datuk Mustaffar Kamal Ab. Hamid dan Datuk Abdullah Abu Bakar.

Beliau berkata, Mustaffar yang merupakan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Raub sebelum ini bertanding untuk jawatan Ketua UMNO bahagian itu manakala Abdullah pula bertanding jawatan Naib. Kedua-dua mereka bagaimanapun tewas.

Tempoh pemilihan panjang galakkan politik wang

Oleh ARSHAD KHAN

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kempen pemilihan UMNO yang panjang sehingga tiga bulan selepas mesyuarat bahagian berakhir boleh mengundang lebih banyak kes politik wang. Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, sudah menjadi lumrah politik wang meningkat ketika musim pemilihan dan tempoh yang panjang akan membuka lebih banyak ruang ke arah itu.

"Politik wang ini tiap-tiap kali pemilihan parti berlaku, jikalau dipanjangkan lagi kemungkinan berlaku lagi politik wang, saya rasa ini menambah politik wang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kerisauan sesetengah pihak bahawa tempoh antara tamatnya mesyuarat bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO pada Mac depan akan membuka ruang yang sangat luas untuk politik wang berlaku dalam parti. Disebabkan itu, ada juga pihak yang mencadangkan agar perhimpunan itu diawal yakni kepada Disember tahun ini untuk mengekang perkara itu daripada berlaku.

Tengku Ahmad Rithauddeen bagaimanapun menambah, tempoh yang panjang itu akan memberikan peluang juga kepada pihaknya untuk melakukan lebih banyak siasatan terhadap aduan yang diterima.

Katanya, Jawatankuasa Disiplin pimpinannya mampu menangani politik wang tetapi ia hanya boleh dihapuskan sepenuhnya jika ahli dan calon mahu melihat ia berakhir. Namun kata beliau, sikap yang ditunjukkan semua pihak ialah lebih ramai yang bertanding adalah sesuatu yang menggembirakan kerana lebih banyak wang yang akan diterima.

"Lagi banyak orang bertanya lagi bagus, lagi banyak wang datang, mereka (ahli parti) ini masih lagi berkehendakkan wang," katanya.

Padang sidang akhbar itu, Tengku Ahmad Rithauddeen memberitahu bahawa beliau pernah mendengar cerita ada Ketua cawangan UMNO yang pulang menaiki kereta Kancil baru selepas Perhimpunan Agung.

Katanya, cerita seumpama itu memalukan UMNO dan jelas memperlihatkan bahawa politik wang sudah menjadi satu budaya yang kini berada dalam teras UMNO itu sendiri.
Kata beliau, politik wang sudah jadi satu budaya kepada ahli parti sejak 20 tahun lalu dan semakin menjadi berbanding ketika beliau mula-mula menyertai UMNO dahulu.
Katanya, mind set pada ahli UMNO perlu diubah jika mahu melihat politik wang berakhir dalam UMNO.

Dalam pada itu, beliau juga meminta kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang anggota parti yang melanggar disiplin perlu tampil dan jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuat laporan.

"Sesiapa yang buat aduan akan diberi imuniti dan dirahsiakan identiti mereka, jadi tak usahlah takut untuk tampil kerana jika tidak bagaimana nak hapuskan gejala yang memberi keburukan kepada parti, individu dan negara itu," katanya.

Mengenai cadangan ahli MT UMNO Datuk Seri Dr Rais Yatim Selasa lepas supaya semua jawatan tertinggi parti itu dipertandingkan secara tender, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, ia sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan. "Kita tidak boleh lakukan sebagai tender. Adakah kita akan dapat orang yang betul-betul boleh memimpin kita melalui kaedah tender ini? Barangkali dia (Rais) bukan serius apabila mengemukakan cadangan itu," katanya.

Pemilihan kekal Mac

Daripada MARHAINI KAMARUDDIN

BEIJING 23 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan pemilihan UMNO kekal pada Mac tahun depan, seperti yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti sebelum ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan tarikh pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu akan diawalkan mengikut jadual asal pada Disember ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Perwakilan Khazanah Nasional Berhad di sini hari ini, iaitu pejabat antarabangsa pertama syarikat milik kerajaan (GLC) itu di luar negara.

Sebelum ini, beberapa pemimpin UMNO melahirkan kebimbangan mengenai kesan tempoh kempen yang panjang memandangkan Perhimpunan Agung UMNO diadakan Mac depan.
Abdullah tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini selepas mencapai persetujuan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa pada Mac tahun depan.

Najib setakat ini menyapu bersih pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO daripada 66 bahagian yang telah mengadakan persidangan perwakilan masing-masing. Pemilihan Mac ini juga akan menyaksikan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, naib presiden, anggota MT, ketua dan naib ketua bagi ketiga-tiga pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri.
Sementara itu, ditanya oleh pemberita Bloomberg mengenai pengakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau ‘kehabisan pilihan’ mengenai tarikh untuk menubuhkan kerajaan baru, Abdullah berkata, perkara tersebut sudah dijangkakan akan berlaku.

“Sebab apa pun yang Anwar katakan tak pernah menjadi. Saya tak fikir apa jua andaian tentang penukaran kerajaan akan berlaku lagi. “Segala janjinya sebelum ini untuk membentuk kerajaan baru tidak pun menjadi kenyataan malah parti pemerintah semakin kuat terutama dengan kemunculan pemimpin-pemimpin baru dan pembaharuan yang kita laksanakan," tegasnya.
Dalam hal ini, Abdullah berkata, beliau tidak "fikir akan berlaku sebarang perubahan kepada kerajaan yang memerintah kerana kerajaan BN akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang".

Diminta mengulas dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pembangkang mahu Abdullah terus menjadi Perdana Menteri bagi membuka ruang kepada mereka untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, katanya, beliau tidak tahu-menahu mengenainya.

Wednesday, October 22, 2008

Masalah tiga bahagian

Umno Kelantan ambil alih, kendali perjalanan mesyuarat

KOTA BHARU: Badan Perhubungan Umno Kelantan akan mengambil alih pengendalian persidangan tiga bahagian iaitu Rantau Panjang, Tanah Merah dan Pengkalan Chepa berikutan masalah berbangkit dan bantahan yang dihadapi bahagian masing-masing.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Tan Sri Annuar Musa, berkata semua ahli Umno dalam bahagian terbabit diminta bertenang dan memberi kerjasama kepada Umno negeri menyelesaikan masalah itu selaras dengan arahan Ibu Pejabat Umno."Bagi bahagian lain yang tidak berdepan masalah, surat pengesahan sudah dikeluarkan untuk mereka menjalankan persidangan masing-masing pada tarikh yang sudah ditetapkan," katanya.

Annuar berkata, setakat ini Jawatankuasa Pemilih dan Pemantau yang dibentuk Umno negeri menerima hampir 800 bantahan daripada ahli Umno berhubung perjalanan mesyuarat masing-masing. Umno Bahagian Rantau Panjang mencatat aduan bantahan tertinggi iaitu 345 aduan, Kubang Kerian (169), Pengkalan Chepa (66), Kota Bharu (65) dan Pasir Puteh (61). "Semua pihak perlu bertanggungjawab terhadap perkara ini, kita akan menilai sebaik mungkin bantahan yang dikemukakan ahli Umno setiap peringkat," katanya.

Sementara itu di PASIR PUTEH, Ketua Umno bahagian, Datuk Kamaruddin Md Noor akan berdepan saingan tiga penjuru bagi mempertahankan jawatannya pada persidangan bahagian itu pada 8 November ini. Beliau yang memperoleh 95 pencalonan bagi mempertahankan jawatan yang disandang sejak 1990 itu, berdepan saingan Ketua Pemuda Umno bahagian, Zawawi Othman yang menerima 72 pencalonan, manakala Naib Ketua bahagian, Hashim Ismail, mendapat 42 pencalonan bagi bertanding jawatan itu.

Di PASIR MAS, kira-kira 40 pemimpin akar umbi yang mewakili 23 cawangan Pergerakan Wanita Umno bahagian Pasir Mas kelmarin menyerahkan memorandum bantahan kepada Badan Perhubungan Umno Kelantan berikutan pembatalan mesyuarat yang dijalankan cawangan masing-masing.

Kelantan terima 800 aduan

KOTA BHARU 22 Okt. – Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan UMNO Kelantan sehingga kini menerima hampir 800 aduan berhubung perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dari tiga sayap parti itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Tan Sri Annuar Musa berkata, aduan daripada cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri kali ini adalah yang terbanyak diterima berbanding proses pemilihan sebelum ini.

Sehubungan itu katanya, badan perhubungan tersebut berdepan dengan tugas paling berat untuk memberikan kepuasan kepada semua pihak dalam menyelesaikan aduan berkenaan.
‘‘Sudah dua bulan pihak jawatankuasa bekerja keras mendengar dan menyelesaikan aduan setiap hari.

‘‘Hari ini tiga kumpulan dari jawatankuasa ini dihantar ke Bahagian UMNO Kuala Krai untuk menyelesaikan kes aduan yang tidak pernah berlaku sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, ini termasuk berkaitan mesyuarat tidak mengikut peraturan seperti tidak cukup korum, pembatalan pencalonan dan pembatalan mesyuarat.

Beri peluang pemimpin muda pulih UMNO

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata UMNO kini berdepan dengan masalah 'sakit tua' yang hanya dapat disembuhkan sekiranya generasi muda diberi peluang menduduki jawatan utama dalam parti itu pada pemilihan Mac depan.

Beliau berkata, pemilihan pemimpin muda untuk jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden itu amat penting bagi membolehkan format pemikiran UMNO diubah supaya ia selari dengan kehendak rakyat.

Katanya, format pemikiran itu baru itu tidak akan dapat dicapai sekiranya UMNO terus diterajui golongan yang tidak mampu berubah disebabkan oleh faktor usia dan budaya politik yang telah ketinggalan zaman.

"Pada hemat saya, UMNO sedang menghadapi 'penyakit tua', 61 tahun umurnya dan penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang-orang yang tua.

"Maksud saya ialah mereka yang nak bertanding dalam UMNO, memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang memiliki idea-idea baru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran media siri dialog yang dikenali sebagai 'Bridges - Dialog Kearah Budaya Keamanan' anjuran Yayasan Keamanan Antarabangsa di sini hari ini.

Beliau berkata, UMNO juga harus menyedari kemerosotan sokongan rakyat terhadapnya pada pilihan raya umum lalu mempunyai kaitan rapat dengan masalah persepsi. Katanya, antara yang menyumbang kepada masalah persepsi itu adalah isu rasuah, salah guna kuasa dan memikul tanggungjawab yang merupakan satu tuntutan rakyat.

Katanya, rakyat pasti tidak akan menerima apa yang diperkatakan oleh pemimpin jika pemimpin terbabit tidak mempunyai kredibiliti pada pandangan mereka. "Kalau imej mereka sudah tidak diterima, apa juga yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin itu tidak akan diterima oleh rakyat," tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa berkata beliau kurang senang melihat cara calon-calon pemilihan UMNO berkempen kerana mereka banyak memperkatakan mengenai isu-isu berkaitan emosi, perkauman dan agama.

Beliau berkata, isu-isu berkaitan masalah ekonomi yang amat penting tidak disentuh oleh para calon sedangkan ia merupakan perkara yang menghantui pemikiran rakyat. Katanya, isu seperti ekonomi penting untuk membuktikan UMNO sebagai parti yang mengikut perkembangan semasa dan peka dengan dunia luar.

JUAL NAMA MAJLIS TERTINGGI

Kosing : Assalamualaikum ?

Ustaz Fendi : Waalaikumussalam warahmatullah

Kosing : Cam ko dok nih nombor nih?

Ustaz Fendi : Eiiiii....tak berapo tuh. Tengok nombor tu supo-supo rajin kkelih. Kato suaro tu pun beraso supo-supo beso ddengar suaro ni nih..

Kosing : Kito sebenarnya nak telefon kelmarin, pesan ko Che Nodin suruh Ustaz telefon. Dok tunggu kato tak telefon.....

Ustaz Fendi : Ooo...kelmarinya. Oh Kosing? Kawe gi Kualo Lumpo kelmarin gat ado pasal persidangan ni lah sebab MT arah buat di Perhubungan. Jadi dia arah saja , surat tak ado. Dio persidangan luar kawasan ni salah. Tak leh buat kecuali ada surat dari MT. Jadi kawe kato sapai bila nak buat tubik. Dok main arah mmulut tak jadi. Gi tunggu kelmarin jadi tu kalut sikit tu...
bersambung
bla...bla....bla.....bla....
MT arah buat di Perhubungan.
Nampak gayanya ustaz kita ni dah naik tocang. Adakah patut dia cakap MT arahkah dia. MT tu kerjanya nak jaga dia suruh kekal sebagai Ketua Pemuda sampai 2 atau 3 pengal lagi ke ? Tak betul kenyataan tu. Kalau dia mohon dengan MT.....ada juga lojiknya. Ini cakap MT arah. Kesian MT. Kalau MT main pakai arah-arah saja...............kenapa nampak istimewa sangat ustaz muda kita ni ? Kenapa kat bahagian lain MT tak arah pun? Betul ke Pak Ustaz? Janganlah macam tu. Bohong tu sikit-sikit dah la...
Dia arah saja. Surat tak ado. Dio persidangan luar kawasan ni salah.
Aikkk...Ini satu lagi pembohongan. Macamlah MT (SU Agong lah tu ) tak tahu prosedur kerja dan tak faham perlembagaan UMNO dalam bab persidangan ni. Dah berat tuduhan Ustaz kita ni. Seolah-olah MT ni bangang tak tahu langsung peraturan dan perlembagaan UMNO bahawasanya buat mesyuarat di luar kawasan tu salah. Rupa-rupanya dialah yang lebih faham dari MT berkaitan perlembagaan dan tatacara persidangan ni. Kalau macam ni letak saja dia dalam MT. Biar dia yang " brainwash " mana-mana ahli MT yang tak berapa reti tu.
Sapai bila nak buat tubik. Dok main arah mmulut tak jadi.
SU Agong tu kerjanya buat surat bagi kat Ustaz kita ni. Kenapa tak bagi-bagi surat yang Ustaz kita nak tu. Kenapa SU Agong UMNO ni tak reti-reti. Pakai arahan mulut saja, mana boleh. Itulah lebih kurangnya temberang Ustaz kita ni. Habis orang dijualnya Sudahlah perwakilan hantu berdozen-dozen dibawa ke dalam dewan persidangan...... nama MT pun dia jual. Dulu masa PRU 12, nama KJ dah pun dijual. Lepas ni entah sapa pula yang akan djualnya. Apalah nak jadi dengan UMNO kalau dia ni naik jadi pemimpin besar pada masa hadapan. Haru-birulah kesudahan jadinya. Bersyarah berdegar-degar. Ekor bergelumbang dengan tahi.

Bekas Calon Bebas Parlimen Rantau Panjang Buat Laporan Polis Nafi Diri Ditaja

By: Ramjit

RANTAU PANJANG, 14 Okt (Bernama) -- Calon bebas bagi Parlimen Rantau Panjang pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu Isma Airfath Hasanuddin membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan bahawa beliau ditaja oleh beberapa individu dalam Umno untuk bertanding kerusi parlimen berkenaan.Isma Airfath, 38, yang lebih dikenali sebagai 'Kosing' dan menggunakan logo 'kepala harimau' semasa pilihan raya umum itu, membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas pukul 5 petang semalam dengan mendakwa tanda tangannya telah dipalsukan dalam sepucuk surat pengakuan yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Umno.

Kerusi Parlimen Rantau Panjang dimenangi oleh calon PAS Siti Zailah Mohd Yusof selepas menewaskan calon Barisan Nasional Mohd Afandi Yusof dan calon Bebas, Isma Airfath pada pilihan raya umum 8 Mac lalu."Saya tidak pernah menulis surat pengakuan sebagaimana yang dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Umno mengatakan saya ditaja untuk bertanding dengan bayaran tertentu."Saya menafikan apa yang terkandung dalam surat pengakuan itu malahan tanda tangan saya juga dipalsukan," kata Isma Airfath kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau juga mendakwa tidak pernah berjumpa dengan empat anggota Umno Rantau Panjang yang digantung satu penggal pemilihan oleh lembaga disiplin parti itu baru-baru ini."Untuk bertanding pada pilihan raya umum lalu saya mengeluarkan perbelanjaan sendiri dan tiada kena-mengena dengan mereka yang berkenaan," katanya.

Beliau percaya surat pengakuan yang menggunakan namanya itu didalangi pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruahnya dan ekoran surat pengakuan itu juga, empat anggota Umno yang teraniaya telah digantung keanggotaan mereka.

Lembaga Disiplin Umno yang dipengerusikan oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail memutuskan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail, Bendahari Umno bahagian, Ghazali Ismail; Anggota Jawatankuasa Umno bahagian (dilantik), Fauzi Omar dan Ketua Wanita Umno bahagian, Pauziah Che Wook digantung keahlian selama tiga tahun daripada 22 September lalu atau satu penggal pemilihan.

Hukuman berkenaan berdasarkan Perkara 5 Tataetika Ahli dalam Perlembagaan Umno kerana didapati melakukan kesalahan rasuah politik.

-- BERNAMA

Tuesday, October 21, 2008

RANTAU PANJANG PARLIAMENTARY SEAT EX-CANDIDATE LODGES POLICE REPORT

RANTAU PANJANG, Oct 14 (Bernama) -- Isma Airfath Hasanuddin, the defeated independent candidate for the Rantau Panjang parliamentary seat in the March 8 general election, has lodged a police report denying that he was sponsored by individuals within Umno in the election.

Isma Airfath, 38, better known as "Kosing, lodged the report at the Pasir Mas police headquarters yesterday, claiming that his signature in a letter to the Umno disciplinary board, confessing to being paid to contest, was forged.

He told Bernama here today that he had never met the four Rantau Panjang Umno members who were suspended by the disciplinary board recently in connection with the case. He said he had used his own funds besides being sponsored by his promoter, Nik Mustafa Nik Loding, a former Semangat 46 executive member, in the election.

The Umno disciplinary board on Sept 22 suspended Rantau Panjang Umno division chief Datuk Mohd Zain Ismail, treasurer Ghazali Ismail; committee member (appointed) Fauzi Omar and the division's Wanita chief, Pauziah Che Wook, for three years or one election term for committing political corruption.

The Rantau Panjang seat was won by Siti Zailah Mohd Yusof of PAS who defeated Mohd Afandi Yusoff of Umno and Isma Airfath who contested using the logo of a tiger's head.

-- BERNAMA

UMNO DIVISIONAL MEETINGS: Scuffle mars Rantau Panjang meeting 2008/10/18

RANTAU PANJANG: Police were called in to control the Rantau Panjang Umno Youth delegates' meeting after some of the members turned rowdy yesterday. The meeting was held up for almost an hour after delegates protested the changes made to the list of representatives to the meeting.

The meeting at a hall in Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang in Repek, here, started smoothly with opening speeches by division Youth chief Mohd Affandi Yusoff and acting division chief Abdullah Mat Yasim.However, it became tense after a delegate stood up and started questioning permanent chairman Nordin Ibrahim over the changes made to the delegates' list from the branches.

Following a heated exchange, some of the members stood up and started shouting at Nordin and hurling verbal abuse at the members of the Youth executive council.Nordin had earlier said the changes were made according to procedure and had been approved by the state Umno's election monitoring committee.

When executive council member Mohamad Che'I, took the stand to propose for the meeting to be postponed, a member went up to Nordin's table and grabbed the two microphones. A scuffle broke out when Nordin tried to get the microphones back.Nordin then called for security and a seven-member Light Strike Force team entered the hall to control the crowd.

The meeting resumed under the watch of the police team .When met later, Affandi said they had expected trouble following the recent suspension of four senior leaders from the division, including division head Datuk Mohd Zin Ismail, for three years by the party's central disciplinary committee.

"We requested and received approval for the meeting to be held at the state Umno headquarters in Kota Baru but we were later told that it must be held in our division."

RANTAU PANJANG, Oct 17 (Bernama) -- The Rantau Panjang Umno Youth annual meeting turned unruly today after a group of individuals claimed that several of the 461 delegates were phantom members. The individuals started shouting and voicing their dissatisfaction soon after the meeting began at 9.30 am at the Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang here and continued to do so for about an hour until a light strike force of the Pasir Mas police headquarters was summoned to calm them down.

The meeting resumed after the Friday prayers.At the outset of the meeting, permanent chairman Nordin Ibrahim announced that 461 delegates from 144 branches were eligible to vote but delegate Suhaimi Che Hussin, head of the Taman Seri Umno Branch, pointed out that there could be phantom members among the delegates. He said he based his assumption on the fact that there had been protests against yet-to-be concluded branch meetings such as that of the Tepi Sungai Branch.

Rantau Panjang Umno Youth head Affendi Yusof tried to pacify the protestors by explaining that the number of delegates had been verified by the Kelantan Umno Election and Monitoring Committee.He said he had expected the fracas as he had knowledge of the strategy by the individuals to cause trouble at the meeting."I had expected this, especially after four members of the Rantau Panjang Umno were suspended," he said.

Rantau Panjang Umno division head Abdullah Mat Yasin, when approached later, said the fracas was sparked by a misunderstanding as some members had not known that their branches had changed the delegates."Some branches had to hold their meetings a second time, conducted by the monitoring committee," he told reporters.

Abdullah also said he believed that supporters of the former Rantau Panjang Umno Division head, Datuk Mohd Zain Ismail, could be unhappy with his suspension by the Umno Disciplinary Board.Mohd Zain and three others -- Ghazali Ismail, Fauzi Omar and Pauziah Che Wook (Rantau Panjang Wanita Umno head) -- were among nine Umno members suspended last month.-- BERNAMA

Kembalikan roh perjuangan



PERSIDANGAN Perwakilan Bahagian-Bahagian UMNO sedang berlangsung dengan menyaksikan pelbagai peristiwa menarik dan agak panas serta menjadi bualan termasuk di kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang. Saya ingin memberikan pendapat dan pandangan yang mungkin dapat dijadikan panduan buat UMNO untuk terus perkasa demi meneruskan survival bangsa Melayu di sebalik tohmahan UMNO semakin tidak relevan dengan aspirasi rakyat. Justeru itu saya cuba mengenengahkan beberapa kriteria yang harus diberikan perhatian dan sama-sama direnungkan oleh semua ahli UMNO bahagian yang bersidang bagi menentukan pucuk pimpinan bahagian.

Pertama, pilihlah pemimpin yang mampu memantapkan kembali roh perjuangan UMNO! Sebenarnya UMNO semacam tiada lagi roh perjuangan. Pemimpin UMNO harus bermuhasabah kembali mengenai arah tuju perjuangan UMNO. Suatu ketika dahulu, ahli UMNO begitu bangga menguar-uarkan bahawa merekalah ahli UMNO, pendokong aspirasi bangsa Melayu. Mereka bangga kerana pada ketika itu perjuangan UMNO begitu jelas mengutamakan cita-cita bangsa Melayu. Sebaliknya sekarang, rakyat melihat seolah-olah pemimpin UMNO sekadar menjadikan agenda Melayu sebagai kosmetik, batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan peribadi. Ahli UMNO sekarang malu untuk mengakui diri mereka ahli UMNO sebaliknya menjadi ahli UMNO sekadar hanya kerana tiada parti yang lebih baik daripada UMNO buat masa ini.

Seterusnya ahli-ahli UMNO harus memilih pemimpin yang mampu 'merakyatkan' kembali parti UMNO. Ini kerana ahli UMNO tidak merasakan UMNO adalah kepunyaan mereka. Suara dan pendangan mereka kini seolah-olah tidak lagi diterima pakai oleh pucuk pimpinan dalam menentukan arah tuju parti. Sebagai contoh, dalam soal pemilihan calon-calon pilihan raya, pucuk pimpinan hanya mendapatkan pandangan dan laporan beberapa pihak sahaja yang mungkin pro kepada calon-calon tertentu. Sedangkan sepatutnya pandangan ahli-ahli UMNO peringkat cawangan yang harus diutamakan kerana mereka inilah yang akan memastikan kemenangan calon menerusi undi mereka.

Sekiranya suara mereka langsung tidak diberi pertimbangan sewajarnya, mereka akan merasakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada UMNO dan semakin terpinggir dari UMNO. Justeru itu tidak hairanlah jika kita melihat perbezaan ketara semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong parti pembangkang dengan sikap acuh tak acuh ahli UMNO.

Sukar didekati

Pilihlah pemimpin yang mahu dan tidak segan mendampingi rakyat kerana kebelakangan ini ada pemimpin UMNO 'sukar didekati'. Jika pemimpin pembangkang cuba sedaya upaya untuk mendekati rakyat, sebaliknya rakyat pula sukar untuk mendekati dan bermesra dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Alasan sibuk dengan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak lagi dapat diterima oleh rakyat kerana mereka suka membandingkannya dengan pemimpin pembangkang yang senang ditemui dan murah dengan senyuman.

Suasana ini akhirnya mewujudkan suatu lompang yang menyebabkan rakyat berasa semakin jauh dari UMNO. Pilihlah pemimpin yang mampu membawa kembali UMNO sebagai pejuang dan pembela rakyat. Identiti sebagai pejuang rakyat telah jauh dari UMNO. Rakyat tidak menganggap UMNO membela nasib mereka seperti mana moto "Tradisi Membela Rakyat".

Dengan mengambil contoh isu kenaikan harga barang, pemimpin-pemimpin pembangkang sering kelihatan berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak-hak rakyat walaupun sebenarnya sekadar 'tong kosong'. Tetapi inilah yang dikehendaki oleh rakyat dari apa yang dianggap oleh mereka sebagai pejuang, bukannya dengan penampilan pemimpin-pemimpin UMNO secara eksklusif meminta rakyat memahami kenapa harga barang perlu dinaikkan!

Justeru para perwakilan yang akan bersidang seharusnya meneliti calon-calon yang selayaknya untuk mengemudi bahagian masing-masing sebelum memberikan undi mereka demi untuk menyegar dan meremajakan semula UMNO, seterusnya mendapat kembali kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

NORHISYAM MOHAMAD
Setiausaha UMNO
Cawangan Kota Sarang Semut

Membela kebenaran adalah tanggungjawab perjuangan

Dunia ini rosak jika manusia hanya membela kebenaran apabila dirasakan menguntungkan diri. Apabila kebenaran itu berpihak untuk diri atau puaknya, maka dengan lantang dia akan bangun menuntut kebenaran dan membelanya. Apabila kebenaran itu tidak berpihak kepada diri dan puaknya, maka dia akan sembunyikannya atau mendiamkan. Bahkan lebih buruk, ada memutar-mutarkan fakta dan dalil sehingga meminggirkan kebenaran apabila kebenaran itu kelihatan tidak menguntungkannya.

Golongan fanatik parti dan mazhab selalu melakukan perkara seperti ini. Dunia juga rosak apabila kebenaran dilacurkan untuk mendapatkan keuntungan. Saya sendiri bertemu dengan ramai orang yang mempunyai kepentingan perniagaan meminta saya menggunakan nama dan pengaruh dalam bidang agama bagi melariskan bisnes mereka. Kata mereka ramai ustaz lain yang buat dan mendapat faedah kewangan. Saya jawab kepada mereka, saya memang tidak berharta tetapi belum bersedia melelong agama. Nas-nas Allah dan rasul-Nya tidak patut diputarkan hanya untuk bergelar ‘hartawan’ di dunia.

Keadaan seperti ini juga menjadikan ramai yang ikhlas menggeruni ‘politik kepartian’. Walaupun politik itu sebahagian daripada ajaran Islam, namun ‘politik kepartian’ mempunyai keadaan sangat berbeza. Penilaian kepada kebenaran dan fakta dalam dunia politik kepartian banyak terikat kepada kehendak parti. Maka ramai di kalangan mereka bertukar-tukar cakap dan prinsip. Kesemuanya akan dijawab: “Ini keputusan parti”. Ertinya, menjadi pejuang kebenaran kerana Allah dan rasul-Nya bukanlah kerja mudah. Allah menguji insan membuktikan keikhlasan dirinya dalam membela ajaran Tuhannya. Sehingga nyata siapa yang benar tujuan dan siapa pula yang berdusta atas dakwaannya. Banyak rintangan dan halangan. Sebabnya, kebenaran itu tidak semestinya menjanjikan kemenangan di dunia fana ini.

Entah berapa ramai para nabi dan pejuang dibunuh dan dibuang, hanya kerana kebenaran. Jika Allah memberikan kemenangan kepada kebenaran pun, bukanlah semestinya setiap pejuang itu berpeluang menyaksikannya. Para Nabi ada yang dibunuh tanpa sempat melihat hasil kemenangan perjuangan. Para pejuang juga juga demikian. Betapa ramai pembela dan pejuang kebenaran diseksa mati, dibunuh tanpa alasan, dibuang tanpa simpati, dipenjara tanpa dosa dan disisih tanpa sebab.

Kebenaran akhirnya akan menang, apabila syarat dipenuhi namun masanya tidak diketahui. Para sahabah yang syahid di peringkat Mekah seperti Yasir dan Sumayyah tidak sempat melihat kejayaan umat Islam memerintah Madinah dan menewaskan para pemimpin Quraish yang bongkak.

Para sahabat yang gugur dalam peperangan mempertahankan Madinah seperti Hamzah bin Abd al-Muttalib dan selainnya tidak sempat melihat kejayaan Nabi SAW dan umat Islam membuka Kota Mekah. Bahkan Rasulullah pada hayat baginda, umat Islam belum lagi menguasai Empayar Rom dan Parsi.

Politik fitnah lemahkan negara

Sifat tipikal Melayu feudal jelas tercatat dalam Hikayat Sejarah Melayu akan watak Si Kitol, Pateh Karma Wijaya, Tun Ali dan ramai lagi yang gemar membuat fitnah. Fitnah lahirnya daripada perasaan cemburu di atas kebolehan dan kesenangan yang dinikmati orang lain. Fitnah adalah manifestasi perasaan rendah diri individu kerana gagal untuk menyaingi orang lain secara gentlemen. Fitnah akhirnya dilancarkan untuk membunuh karekter peribadi, memalukan maruah dan menjatuhkan air muka orang lain.

Dalam konteks sejarah Islam, unsur fitnah yang dipelopori oleh pemuka Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam Abdullah Ibni Sabak telah menghuruharakan penggal kedua pemerintahan Saidina Uthman Ibni Affan, salah seorang sahabat Rasullululah SAW yang dijamin syurga.

Justeru, saya khuatir tentang tiga perkara. Apakah tanpa fitnah, seseorang itu tidak boleh percaya? Kenapa tidak dijayakan segala kehendak dengan usaha murni dan bersungguh-sungguh? Kenapa sebagai orang yang beragama tidak mahu percayakan takdir dan ketentuan Allah SWT? Apakah fitnah yang kini disebarkan seiring dengan teknologi komunikasi bakal menjadi satu ciri penting untuk menaik dan menjatuhkan kepimpinan seseorang?

Lantaran itu, belum pun Datuk Seri Najib Tun Razak disahkan ke jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri sudah berjalan pembunuhan karakter ke atas beliau. Isunya siapa yang memulakan fitnah ini? Tentulah golongan yang berniat mahu menyerang karakter, peribadi dan usaha kecemerlangan pentadbiran yang telah dibuktikan kesungguhan oleh Najib.

Juga kalangan yang tidak senang dengan kemampuan, bakat dan kejayaan kepimpinannya yang diwarisi daripada ayahandanya, Tun Abdul Razak. Isunya juga dari mana golongan ini beroleh sumber maklumat dan apakah maklumat yang didapati itu hanyalah dari tepi jalan, maklumat 'cakap dengar' yang belum disahkan kebenarannya? Adakah golongan yang membuat fitnah dan memburuk-burukkan Najib ini diupah dan berapa harga bayaran mereka untuk membuat kerja sedemikian rupa?

Jika keadaan ini berlanjutan, maka banyak urusan negara akan tergendala. Sepanjang masa, rakyat dan masyarakat akan diajak untuk mendengar berita palsu dan kurang menyenangkan ini. Setiap ketika juga kita akan kehilangan seorang demi seorang tokoh pimpinan yang berkaliber kerana pada pandangan pembuat fitnah ini semuanya tidak layak. Lama-kelamaan negara menjadi kelam kabut, situasi negara kucar-kacir, permusuhan dan keresahan bakal timbul lantas ketidaktentuan akan menggugat tamadun negara.

Apabila politik fitnah dibiar menjadi budaya, makanan dan amalan setiap pihak, kita tidak mampu memacu bangsa dan negara ini ke mercu jaya. Sebaliknya kontroversi, konflik dan peralihan kerajaan dan kepimpinan secara revolusi boleh berlaku. Hal ini tentulah tidak baik untuk kestabilan, keamanan dan keharmonian negara.

Semoga golongan broker yang menjadi dalang di sebalik penyebaran fitnah ini sama ada melalui khidmat pesanan ringkas, blog, laman web akan insaf dan sedar bahawa 'dosa menfitnah itu lebih besar daripada dosa membunuh.' Semoga politik dan budayanya di negara ini bakal disemai dengan unsur muafakat, berbaik sangka dan berhati mulia.

SOBRI SUDIN
Sentul, Kuala Lumpur

Politik wang hakis maruah UMNO



Oleh roslee mardan

Pada ketika ini, kita melihat proses pemilihan dalam kepimpinan UMNO sedang rancak berjalan. Ahli-ahli UMNO sedang memperjuangkan proses demokrasi parti bagi menentukan siapakah pemimpin seterusnya yang mampu memimpin parti terutama tanggungjawab dalam memulihkan semangat orang Melayu setelah tercalar pada pilihan raya lalu.

Seorang pemimpin yang dipilih haruslah mempunyai sikap peribadi yang terpuji selain mempunyai tahap pemikiran yang tinggi dan 'futuristik'. Hanya dengan memiliki nilai-nilai diri yang baik, seorang pemimpin akan mampu kekal dengan statusnya sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab mengendalikan kehidupan masyarakat lain.

Jika kita perhati, sesetengah pemimpin mempunyai asas dalaman seperti memiliki pengetahuan agama yang tinggi, kebolehan berkomunikasi yang baik dan mempunyai pengaruh yang kuat untuk menarik kepercayaan orang lain terhadapnya. Sementara itu ada juga pemimpin yang mempunyai kelebihan seperti memiliki tahap ketajaman fikiran, bijak mengatur strategi, peka kepada perubahan semasa, tahap pengetahuan yang mendalam terhadap pelbagai bidang kehidupan manusia dan sebagainya.

Adakalanya, ada pemimpin yang mungkin tidak mempunyai kebanyakan ciri-ciri yang disebutkan itu tetapi mempunyai keupayaan dari segi material seperti harta benda dan wang. Bagi seseorang yang sedang dalam proses memilih pemimpin, kebiasaannya akan melihat kredibiliti calon tersebut berdasarkan kriteria yang disebutkan seperti baik budi bahasa, boleh berkomunikasi, pandai mengambil hati dan dilihat mempunyai kekuatan-kekuatan yang lain seperti tahap pendidikan serta rekod.

Namun dalam pemilihan kepimpinan politik terutamanya dalam UMNO, oleh kerana calonnya adalah orang Melayu yang terkenal dengan budaya ramah dan bijak mengambil hati rakan, para pengundi (ahli UMNO) tidak dapat membezakan kualiti kepimpinan mereka.

Oleh itu kecenderungan mereka memilih adalah berdasarkan kepada calon yang mampu memberi kekayaan kepada mereka. Tanpa rasuah atau politik wang dalam UMNO, sukar bagi seseorang calon untuk mengetengahkan dirinya dalam kelompok kepimpinan parti. Walau sebaik mana sekalipun, walau seramah mana sekalipun, tetapi jika tidak menggunakan wang, sukar bagi seseorang mendapat gelaran atau status sebagai pemimpin.

Manusia tidak akan melepaskan peluang kekayaan lebih-lebih lagi sekiranya apa yang diperolehinya itu adalah wang. Politik wang sudah cukup sinonim dalam UMNO. Ia bukan lagi satu barah berbahaya. Malah untuk jangka masa, politik wang atau rasuah politik akan menjadi budaya kemestian dalam UMNO sekiranya seseorang ingin menjadi pemimpin. Seandainya seorang calon memperuntukan RM10,000 hingga RM50,000 untuk membeli undi, maka nilai itulah yang menjadi harga kepada maruahnya sebagai pemimpin.

Sedangkan tanpa menyedari, penilaian Tuhan terhadap seorang pemimpin yang diamanahkan untuk memimpin manusia lain adalah lebih tinggi daripada jumlah wang yang ditabur oleh calon. Membuktikan betapa rendahnya maruah dan harga diri calon-calon yang menggunakan wang untuk membeli undi. Betapa rendahnya harga kepimpinan orang Melayu jika politik wang terus diamalkan.

Kita tidak boleh berkata bahawa parti-parti politik yang lain juga ada mengamalkan rasuah. Sekiranya ramai yang beranggapan sebegini, maka UMNO tidak ada bezanya dengan parti politik yang lain. Sebaik-baiknya, UMNO perlu memperlihatkan contoh proses pemilihan kepimpinan yang baik supaya parti ini mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan parti-parti lawan.

UMNO bertanggungjawab sebagai ketua dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) dan parti orang Melayu perlu menunjukkan etika yang baik. Jika perkara ini diabaikan maka UMNO akan semakin gagal membela orang Melayu dalam masyarakat yang pelbagai bangsa di negara ini.
Pada hari ini kita dapat melihat, UMNO sering dikritik oleh parti-parti komponen BN. Ini menggambarkan bahawa, dalam UMNO tidak boleh pemimpin yang benar-benar berkualiti. Kewibawaan mereka tercemar dan terhakis. Adakah ini disebabkan ahli-ahli UMNO tidak tahu menilai pemimpin atau disebabkan wang dan harta benda membiarkan diri mereka memilih pemimpin yang tidak layak atau tidak berkualiti untuk memimpin?

Pada zaman sekarang, orang Melayu semakin senang atau kaya. Soal wang tidak menjadi masalah kepada mereka. Ahli pula menjadikan kesempatan politik wang sebagai sungai kekayaan yang bersifat sementara. Mereka tidak menyedari bahawa, tindak-tanduk mereka itu menjahanamkan UMNO.

Mereka tidak malu dan segan melaungkan kononnya memelihara UMNO dan membela orang Melayu. Tetapi apabila mereka ditabur dengan wang dan kekayaan harta benda, soal maruah dan prinsip parti diketepikan.

Senario politik hari ini menuntut supaya ahli UMNO dan pemimpin UMNO menilai tindakan mereka. Sekiranya mereka hanya mampu menilai kesilapan orang lain dan tidak mahu mengakui kesilapan diri sendiri, UMNO akan dipenuhi ahli dan pemimpin yang ego dan mementingkan diri.
Politik wang atau rasuah politik akan melahirkan ahli dan pemimpin UMNO yang kelak akan merosakkan parti pada masa akan datang. Sekiranya mereka terfikir bahawa tidak ada sesiapa dalam UMNO yang akan menghukum mereka kerana mengamalkan politik wang, setidak-tidaknya, wang yang ditabur dan wang yang diterima adalah najis dalam agama dan bangsa.
Jika ini pun ahli mahupun pemimpin UMNO tidak mahu menerima, maka kita tidak boleh menyesal sekiranya generasi Melayu akan datang hanya akan menatap UMNO dalam galeri sejarah.

Semua warga UMNO perlu memikirkannya.