PERSIDANGAN Perwakilan Bahagian-Bahagian UMNO sedang berlangsung dengan menyaksikan pelbagai peristiwa menarik dan agak panas serta menjadi bualan termasuk di kalangan penyokong-penyokong parti pembangkang. Saya ingin memberikan pendapat dan pandangan yang mungkin dapat dijadikan panduan buat UMNO untuk terus perkasa demi meneruskan survival bangsa Melayu di sebalik tohmahan UMNO semakin tidak relevan dengan aspirasi rakyat. Justeru itu saya cuba mengenengahkan beberapa kriteria yang harus diberikan perhatian dan sama-sama direnungkan oleh semua ahli UMNO bahagian yang bersidang bagi menentukan pucuk pimpinan bahagian.
Pertama, pilihlah pemimpin yang mampu memantapkan kembali roh perjuangan UMNO! Sebenarnya UMNO semacam tiada lagi roh perjuangan. Pemimpin UMNO harus bermuhasabah kembali mengenai arah tuju perjuangan UMNO. Suatu ketika dahulu, ahli UMNO begitu bangga menguar-uarkan bahawa merekalah ahli UMNO, pendokong aspirasi bangsa Melayu. Mereka bangga kerana pada ketika itu perjuangan UMNO begitu jelas mengutamakan cita-cita bangsa Melayu. Sebaliknya sekarang, rakyat melihat seolah-olah pemimpin UMNO sekadar menjadikan agenda Melayu sebagai kosmetik, batu loncatan untuk mendapatkan kepentingan peribadi. Ahli UMNO sekarang malu untuk mengakui diri mereka ahli UMNO sebaliknya menjadi ahli UMNO sekadar hanya kerana tiada parti yang lebih baik daripada UMNO buat masa ini.
Seterusnya ahli-ahli UMNO harus memilih pemimpin yang mampu 'merakyatkan' kembali parti UMNO. Ini kerana ahli UMNO tidak merasakan UMNO adalah kepunyaan mereka. Suara dan pendangan mereka kini seolah-olah tidak lagi diterima pakai oleh pucuk pimpinan dalam menentukan arah tuju parti. Sebagai contoh, dalam soal pemilihan calon-calon pilihan raya, pucuk pimpinan hanya mendapatkan pandangan dan laporan beberapa pihak sahaja yang mungkin pro kepada calon-calon tertentu. Sedangkan sepatutnya pandangan ahli-ahli UMNO peringkat cawangan yang harus diutamakan kerana mereka inilah yang akan memastikan kemenangan calon menerusi undi mereka.
Sekiranya suara mereka langsung tidak diberi pertimbangan sewajarnya, mereka akan merasakan bahawa mereka bukan sebahagian daripada UMNO dan semakin terpinggir dari UMNO. Justeru itu tidak hairanlah jika kita melihat perbezaan ketara semangat yang berkobar-kobar yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong parti pembangkang dengan sikap acuh tak acuh ahli UMNO.
Sukar didekati
Pilihlah pemimpin yang mahu dan tidak segan mendampingi rakyat kerana kebelakangan ini ada pemimpin UMNO 'sukar didekati'. Jika pemimpin pembangkang cuba sedaya upaya untuk mendekati rakyat, sebaliknya rakyat pula sukar untuk mendekati dan bermesra dengan pemimpin-pemimpin UMNO. Alasan sibuk dengan tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak lagi dapat diterima oleh rakyat kerana mereka suka membandingkannya dengan pemimpin pembangkang yang senang ditemui dan murah dengan senyuman.
Suasana ini akhirnya mewujudkan suatu lompang yang menyebabkan rakyat berasa semakin jauh dari UMNO. Pilihlah pemimpin yang mampu membawa kembali UMNO sebagai pejuang dan pembela rakyat. Identiti sebagai pejuang rakyat telah jauh dari UMNO. Rakyat tidak menganggap UMNO membela nasib mereka seperti mana moto "Tradisi Membela Rakyat".
Dengan mengambil contoh isu kenaikan harga barang, pemimpin-pemimpin pembangkang sering kelihatan berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak-hak rakyat walaupun sebenarnya sekadar 'tong kosong'. Tetapi inilah yang dikehendaki oleh rakyat dari apa yang dianggap oleh mereka sebagai pejuang, bukannya dengan penampilan pemimpin-pemimpin UMNO secara eksklusif meminta rakyat memahami kenapa harga barang perlu dinaikkan!
Justeru para perwakilan yang akan bersidang seharusnya meneliti calon-calon yang selayaknya untuk mengemudi bahagian masing-masing sebelum memberikan undi mereka demi untuk menyegar dan meremajakan semula UMNO, seterusnya mendapat kembali kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.
NORHISYAM MOHAMAD
Setiausaha UMNO
Cawangan Kota Sarang Semut

0 comments:
Post a Comment