By: Ramjit-->
KAMPUNG GAJAH, 24 Okt (Bernama) -- Politik wang perlu dibanteras secara telus kerana gejala itu akan membawa kehancuran kepada parti, kata calon Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir.Beliau berkata politik wang juga akan mengakibatkan pemimpin yang amanah dan wibawa tidak dipercayai oleh rakyat.
"Rakyat sukar untuk menerima pemimpin yang terpilih secara amalan terkeji tersebut kerana rakyat mahu pemimpin yang bersikap terbuka, telus dan bersih daripada gejala yang tidak sihat," katanya kepada pemberita di majlis ceramah di Kampung Teluk di sini malam tadi.
Beliau bimbang sekiranya politik wang tidak dibendung dari sekarang, ia akan menyebabkan rakyat menolak pemimpin sedia ada dalam pilihan raya umum akan datang.Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno menyifatkan pemilihan parti pada Mac depan dijangka sengit kerana anggota akar umbi mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan corak kepimpinan parti masa depan.
"Dalam tempoh tiga minggu pertama pencalonan di peringkat bahagian berlangsung, anggota akar umbi telah membuat keputusan melalui pencalonan pemimpin yang menjadi pilihan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Saturday, October 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment