Saturday, October 18, 2008

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROSES PENGUNDIAN

Pengundian diteruskan juga dengan kawalan FRU walaupun sebaiknya Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang ini sewajarnya ditangguhkan ke suatu tempoh yang lebih sesuai.


Suasana agak kelam kabut dengan beberapa orang perwakilan mengambil peluang untuk merakamkan detik-detik yang amat bersejarah ini sebagai tatapan untuk generasi yang akan datang betapa kritikalnya hayat sebuah perjuangan bangsa melayu.


Para wartawan berlegar-legar dengan bebasnya merakam detik-detik kekecohan sebagai sumber rezeki harian mereka. Jangan pula ada yang cuba merakamkan dari sudut yang menyebabkan timbul tafsiran negatif terhadap seseorang individu.


Suasana proses pengundian yang dijalankan dalam keadaan tertekan, penuh kehampaan, kekecewaan dan mendukacitakan.


Malang sungguh perjuangan sebuah bangsa yang penuh dengan helah dan tipu daya jauh berbeda dengan semangat dan keikhlasan para pejuang UMNO pada masa lampau.


0 comments: