Saturday, October 18, 2008

ANNUAR MUSA TARIK DIRI

Sudah lama Annuar Musa menyepi dari menghiasi berita-berita di akhbar rasmi Umno/Bn. Semalam, beliau muncul menyatakan pendiriannya berhubung dengan pemilihan Agung Umno. Beliau mengambil keputusan menarik diri dari bertanding jawatan Naib Presiden Umno. Beliau juga katanya tidak akan mempertahankan jawatan MT Umno yang telah disandangnya sejak 1991. Tentu sedih beliau untuk melepaskan jawatan begitu sahaja.

"Setelah menimbang dengan semasak-masaknya dan mengambil kira semua aspek, suka saya memaklumkan pendirian muktamad saya bahawa saya mengekalkan pendirian tidak bertanding jawatan Naib Presiden.""Saya juga tidak akan mempertahankan jawatan saya sebagai ahli MT yang saya sandang sejak 1991," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mana taknya, nak bertanding macam mana kalau percalonan pun tak cukup. Sehingga ke hari ini beliau hanya mendapat pencalonan 1 sahaja dari iaitu Machang. Kuota untuk bertanding Naib Presiden adalah 20 percalonan. Agak mustahil. Tambah lagi, orang Umno Kelantan pun tak berapa suka kat beliau. Jadi, daripada malu tidak layak bertanding, baik umum tarik diri dari bertanding. Bijak...bijak.Satu lagi sebab ialah, Annuar Musa ni orang Pak Lah. So bukan senang la lepas ni nak bekerja dengan PM baru. Baik beliau undur diri awal-awal. Tahniah Annuar Musa.

0 comments: