Kalau kita renungkan apakah hieraki dalam UMNO. Sudah tentu semua orang tahu ianya bermula dengan cawangan. Setiap tahun ada persidangan cawangan. Dalam persidangan cawangan akan ada pula perwakilan cawangan ke persidangan bahagian. Begitu juga wakil daripada persidangan bahagian akan dipilih ke Persidangan Agung UMNO. Inilah senario yang berlaku setiap tahun. Keadaan kekadang berubah apabila tiba musim pertandingan dalam parti. Namun sistem asalnya masih kekal dan terpelihara.
Hari ini keadaan jadi berubah malah bertukar dengan begitu teruk sekali. Perkara ini ada kaitannya dengan Perhubungan. Kita lihat apabila cawangan ada masalah maka Perhubungan memutuskan. Apabila bahagian ada masalah Perhubungan juga yang memutuskan. Kini semuanya dilihat bermasalah kerana adanya campurtangan Perrhubungan.
Pokoknya, adakah Perhubungan menyelesaikan kekeliruan dan masalah. Kalau peranan yang dimainkan telus, adil, berkecuali dan bersifat mementingkan parti sudah tentu kesannya sangat baik kepada UMNO. Yang berlaku adalah sebaliknya. Banyak bantahan yang dibuat dalam tempoh terdekat ini lebih menjurus kepada pertikaian akan peranan sebenar Perhubungan.
Rata-rata ahli UMNO menjadi muak dengan kerenah Perhubungan. Sistem yang diguna pakai tidak ke arah penyatuan dan kekuatan UMNO. Seolah-olah Perhubunganlah yang memutuskan segalanya. Layak, tidak layak, cukup, tidak cukup, sah, batal, buat semula atau sehingga ke tahap hidup atau mati pun ditentukan oleh Perhubungan.
Ramai tokoh yang bernasib malang tewas di luar gelanggang. Yang berjuang dalam gelanggang pun bagaikan mati akal jika tidak ada hubungan yang akrab dengan Perhubungan. Tidak ketinggalan juga yang bernasib baik asalnya seperti hidup segan mati tak mahu tiba-tiba berada dipersada kuasa. Bahkan mereka ini dinobatkan sebagai wira dan berjuang bermati-matian dalam kekalutan.
Sayugia dirasai betapa malangnya nasib UMNO. Adalah ini petanda namanya bakal berkubur di dalam diri-diri manusia yang bergelar Melayu.
Sunday, October 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment