Friday, October 17, 2008

Rantau Panjang pilih Khairy, Reezal

RANTAU PANJANG 17 Okt. - Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda pada pemilihan parti Mac depan.

Ketuanya, Brother Afandi Yusoff berkata, perwakilan juga memilih Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk bertanding jawatan Naib Ketua.

Menurutnya, keputusan perwakilan memilih Brother KJ berdasarkan kepada kredibiliti dan ketokohan beliau yang telah terbukti sepanjang menjadi Naib Ketua Pemuda. Brother Kj juga merupakan menantu kesayangan Pak Lah dan bergiat aktif dalam politik selepas tidak ada orang yang sanggup mencabarnya selepas mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan UMNO 2004 yang lalu.

"Kewibawaan kepimpinannya terserlah malah beliau telah menunjukkan prestasi cemerlang terutamanya semasa menjadi pengarah jentera Pemuda setiap kali pilihan raya kecil diadakan sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Brother Mohd Afandi Yusof yang merupakan bekas calon BN untuk Parlimen Rantau Panjang dalam PRU 12 yang lalu dikatakan ada menerima suntikan yang agak lumayan " banyak gila brother" daripada Brother KJ. Namun wang bukan segalanya dan beliau telah tewas di tangan Siti Zailah Yusof. Seorang lagi calon yang turut bertanding ialah Isma Airfath Hassanuddin ( Kosing ) yang dilihat berani, berwawasan, memiliki jati diri yang tinggi dan bersemangat patriotik.

Mesyuarat yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di sini, dihadiri oleh 461 perwakilan daripada 144 cawangan Bahagian Rantau Panjang.

0 comments: