ASSALAMUALAIKUM YAB DATO SERI
SAYA SEBAGAIMANA NAMA DI ATAS NO KP : 700101-03-7185, MERUPAKAN SEORANG AHLI UMNO CAWANGAN PADANG NYIOR (03024476) RANTAU PANJANG TETAPI TELAH BERTANDING ATAS TIKET BEBAS DALAM PRU 12 YANG LALU DI P23 RANTAU PANJANG.
PENYERTAAN SAYA ITU ADALAH KERANA PERASAAN TIDAK PUAS HATI SAYA DI ATAS PEMILIHAN SAUDARA AFENDI YUSOF SEBAGAI CALON BN P 23.
BELIAU SEBENARNYA AHLI PAS YANG BARU SAHAJA MASUK UMNO. AHLI KELUARGANYA 100% MASIH PAS DAN BELIAU SENDIRI MEMPUNYAI KELEBIHAN HANYA DARI SEGI BERSYARAH SAHAJA. SAYA MELIHAT GAYA CERAMAHNYA MENYAMAI PAS.
KEMENANGANNYA SEBAGAI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN RANTAU PANJANG TELAH MERUBAH KEADAAN UMNO DI BAHAGIAN INI. DIA MENGEPALAI SEBUAH PASUKAN YANG MENENTANG KEPIMPINAN BAHAGIAN SEHINGGAKAN SEGALA AKTIVITI PARTI DI PERINGKAT BAHAGIAN DIPULAUNYA BERSAMA DATO SHAARI MAT HUSSAIN. INI MENIMBULKAN PERPECAHAN BESAR DALAM UMNO DI BAHAGIAN INI.
KERANA BELIAU DIUAR-UARKAN SEBAGI CALONLAH MAKA PAS TELAH MENGAMBIL KEPUTUSAN MUDAH MELETAKKAN SEORANG WANITA SEBAGAI CALON PAS DI P23 DAN MEMPEROLEHI KEMENANGAN MUDAH.
DARIPADA AWAL LAGI SAYA MELIHAT PENYERTAANNYA HANYA UNTUK MENGHANCURKAN UMNO DI BAHAGIAN INI KERANA SEPANJANG BELIAU MENJADI KETUA PEMUDA UMNO BELIAU MASIH MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG SANGAT RAPAT DENGAN KEPIMPINAN PAS KAWASAN RANTAU PANJANG.
SAYA MENGAKU TINDAKAN SAYA BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS MERUPAKAN SATU KESALAHAN TETAPI SAMPAI KINI SAYA MASIH BELUM MENERIMA APA-APA TINDAKAN SAMADA DIPECAT ATAU DIGANTUNG.
SAYA MOHON KEPADA YAB DATO SERI UNTUK MENJATUHKAN HUKUMAN SECEPAT MUNGKIN TERHADAP SAYA KERANA HATI KECIL SAYA MASIH SAYANGKAN UMNO.
MELIHAT KEADAAN UMNO MENJADI KACAU BILAU SEKARANG SAYA MULA INSAF DAN BERHASRAT UNTUK MEMPERBETULKAN SEKADAR KEMAMPUAN SAYA KEROSAKAN UMNO KHUSUSNYA DI KALANGAN PEMUDA UMNO DI BAHAGIAN RANTAU PANJANG INI.
SAYA TELAH MENGUMPULKAN SEGALA MAKLUMAT DI BLOG SAYA IAITU http://kombimalaysia.blogspot.com
SEBAHAGIAN BESAR ISUNYA IALAH PENYELEWENGAN DALAM PERSIDANGAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BARU-BARU INI. SEBELUM INI PERKARA KEKECOHAN DI PERINGKAT PEMUDA BAHAGIAN INI TIDAK PERNAH BERLAKU.
HARAP PIHAK YAB DATO SERI SUDI MELAYARINYA DAN MEMAHAMI SECARA TERPERINCI APA BENTUK PENYELEWENGAN YANG TELAH BERLAKU.
SAYA MENAFIKAN SAMA SEKALI PENGLIBATAN MEREKA YANG DIGANTUNG BERKAITAN PENYERTAAN SAYA SEBAGAI CALON BEBAS. MEREKA TIDAK BERSALAH. YANG BERSALAH IALAH SAYA DAN PROMOTER SAYA.
MOHON DISIASAT SECARA TELITI SEMUANYA DEMI MASA DEPAN UMNO DI RANTAU PANJANG, KELANTAN DAN MALAYSIA KESELURUHANNYA.
SEKIAN, TERIMA KASIH..
Sunday, November 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment