Sunday, November 9, 2008

Noor Zahidi di Tumpat

TUMPAT 9 Nov. - Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Noor Zahidi Omar terus diberi kepercayaan menerajui bahagian itu setelah menang tanpa bertanding pada persidangan perwakilannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Biji Wangsa di sini semalam.

Beliau mengekalkan jawatan bagi penggal ketiga manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu, Mohd. Rosdi Abdul Aziz juga menang tanpa bertanding bagi menjawat jawatan Timbalan Ketua.

Mohd. Nor Yaakob yang sebelum ini menyandang jawatan itu dan bekas ADUN, Mohd. Nawawi Mat Jusoh tidak melepasi kuota untuk melayakkan diri bertanding.

Bagi jawatan Naib Ketua, ia disandang oleh Wan Hanafi Wan Yaacob yang memperoleh 398 menewaskan saingannya, Abd. Kadir Yaacob yang mendapat 184 undi.

Ahli jawatankuasa yang dipilih pula terdiri daripada Akbar Che Ali, Zamri Mokhtar, Ibrahim Deraman, Mohd. Ghani Mamat, Abd. Aziz Ibrahim, Rosli Abdul Ghani, Mohd. Hasni Hashim, Che Mansor Hamat, Azami Mohamad.

Turut dipilih, Hashim Mohamad, Mohd. Zamri Mamat, Johar Mohamad, Mohd. Nasir Awang, Ismail Mohamad, Ahmad Sulaiman, Wan Hanafi Wan Daud, Nordin Daud, Wan Mohd. Nasir Wan Daud, Md. Razi Mat Ail dan Abd. Razak Sidek.

Sementara itu, Noor Zahidi semasa berucap pada majlis perasmian persidangan berkata, UMNO bahagian Tumpat akan berusaha memperkasa jentera parti dan mengukuhkan sokongan di peringkat akar umbi.

Katanya, sasaran terhadap golongan berkenaan penting supaya perjuangan UMNO terus mantap dan dapat menguasai semula semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Tumpat.

0 comments: