Sunday, November 2, 2008

Rantau Panjang kecoh

RANTAU PANJANG: Persidangan Umno bahagian Rantau Panjang semalam, kecoh apabila beberapa perwakilan mengemukakan usul supaya Majlis Tertinggi (MT) parti tidak mengiktiraf kepemimpinan baru bahagian itu yang didakwa mereka punca bekas ketua Umno bahagian itu digantung keahlian. Ada perwakilan turut mengusulkan supaya undi tidak percaya dibuat terhadap Ketua Umno bahagian yang baru, Abdullah Mat Yassin, selain mencadangkan mesyuarat semula peringkat cawangan diadakan bagi membolehkan akar umbi memilih kepemimpinan yang mereka mahu. Pada mesyuarat lebih lapan jam di Institut Kemahiran Tinggi Mara, di sini, seorang perwakilan mencadangkan undi tidak percaya dikemukakan terhadap kepemimpinan Abdullah yang dakwanya menjadi punca penggantungan tiga tahun bekas Ketua Bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail.

--BERITA HARIAN (02 OKT 2008)

0 comments: