By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman.Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)."Sudah sampai masanya bagi kita membebaskan diri melakukan sesuatu perkara secara ortodoks.
Di Amerika Syarikat, ia mengambil masa lebih 200 tahun bagi seorang lelaki kulit hitam untuk dipilih sebagai presiden di sebuah negara yang dikuasai orang kulit putih."Ironiknya, rakyat di Malaysia, yang bersorak untuk Obama tidak berfikir bahawa seorang wanita Cina itu layak menerajui PKNS, kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan, dalam satu kenyataan di sini.
Ong berkata reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.
-- BERNAMA
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment