Adakah perebutan dan pertikaian dalam UMNO terus berpanjangan kerana lambangnya adalah keris? Bolehkah disebut keris kalaulah ianya tidak dihunus dan ditikam? Pastinya akan ada yang terkorban walaupun keris terselit dipinggang dan tidak dihunuskan. Itulah UMNO. Parti keramat bangsaku .......MELAYU
Gema dan gegak gempita musim pemilihan terus menerus menjadi hebat dan heboh. Apatah lagi bila diambil kira beberapa keputusan yang agak luar biasa. Namun itulah realitinya politik. Tidak dinamakan politik kalau ianya berjalan terus tanpa ada selekoh dan bengkang-bengkok.
UMNO Bahagian Rantau Panjang nampaknya masih berada di dalam senarai atas bahagian yang sentiasa mencuri perhatian pemerhati dan ahli politik. Kekadang tumpuan menjadi lebih terserlah berbanding dengan bahagian lain atas faktor-faktor yang sukar untuk difahami termasuklah tidak sebulu, kumpulan dalam parti, kes penggantungan dan yang terbarunya ialah isu undi tidak percaya kepada kepimpinan dalam bahagian.
Sukar untuk kita tafsirkan keadaan ini. Mungkin isu ini bakal mengundang pemikir-pemikir politik khususnya dalam UMNO sendiri meneliti dan mengkaji beberapa peraturan dan tatacara dalam parti berkaitan isu ini. Ia boleh dianggap karut dan tidak logik, tetapi harus diingat perkara ini menjadi besar apabila ianya melibatkan suatu sokongan secara sebulat suara apabila dibawa dan diketengahkan dalam suatu perhimpunan sebagaimana dalam Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang pada 01 November lalu.
Perkara yang utama harus kita fikirkan ialah siapakah yang akan terkorban? Kalau wujud pertandingan biasanya yang menerima undi terbanyak dianggap sebagai jaguh dan yang lainnya adalah mangsa yang terkorban. Pelbagai taktik dan perancangan pasti diatur bagi maksud supaya tidak terkorban.
Di Rantau Panjang ianya tidak setakat itu sahaja. Percaturan ini bukan setakat kepada yang bertanding samada menandingi atau ditandingi, tetapi turut melibatkan tangan-tangan yang berada di luar gelanggang. Kalau parti diutamakan maka harus ada kewarasan dan kematangan dalam tindakan. Parti mesti menang jika ada pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum.
Maka disinilah persoalannya, haruskah yang berada diluar gelanggang harus dikuburkan terus demi perjuangan parti atau yang bertanding dan ditandingi saja cukup untuk diambilkira bagi meneruskan kelangsungan parti.
Marilah kita berfikir....................... Apakah natijah sebenarnya yang harus kita capai.

0 comments:
Post a Comment