SUNGAI GOLOK: Seorang bekas pegawai polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dari Malaysia, mati ditembak dari jarak dekat oleh penyerang bersenjatakan shotgun di luar sebuah restoran pinggir pekan ini, malam kelmarin. Dalam kejadian pada jam 11.50 malam itu, mangsa Kasim Chatong @ Kasim Rattanawongse, 56, yang terkenal kerana gerakan membanteras aktiviti cetak rompak di Malaysia sekitar 1980-an, ditembak ketika meninggalkan restoran berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Sungai Golok, Sub Kolonel Wan Seman Wan Salleh, berkata kejadian berlaku ketika mangsa hendak menaiki motosikalnya yang berada di luar restoran terbabit selepas minum di situ.
"Ketika menghampiri motosikal, lelaki bersenjatakan shotgun mendekati mangsa dari belakang sebelum melepaskan satu das tembakan menyebabkan mangsa jatuh dan berlumuran darah.
“Penyerang melarikan diri dengan rakannya yang menunggu dengan motosikal tidak jauh dari situ,” katanya. Mangsa dikejarkan orang ramai ke Hospital Sungai Golok sebaik kejadian tetapi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Wednesday, November 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment