By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mahu isu kepimpinan Wanita Umno diselesaikan dengan aman dan damai agar tidak menimbulkan masalah besar kepada sayap penting Umno itu.
Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata kedua-dua pemimpin yang terlibat, Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, perlu membuat keputusan yang bijaksana supaya tidak menimbulkan kesan negatif kepada pergerakan itu pada masa akan datang.
"Pemimpin datang dan pergi. Sebagai sebuah parti yang mana wanita merupakan satu sayap yang amat penting, maka kita harus memastikan Wanita Umno kekal menjadi sokongan kuat kepada Umno khususnya dan kerajaan Malaysia secara amnya," katanya selepas melancarkan majlis Hari Kualiti Lembaga Pertubuhan Peladang 2008 di sini hari ini.
Abu Zahar, yang juga Pengerusi LPP, berkata Hari Kualiti LPP 2008, merupakan satu program untuk memberi penghargaan tentang kebolehan semua kakitangan lembaga itu.
-- BERNAMA
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment