Thursday, November 20, 2008

Pengerusi Pemantau Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Yang Penuh Kontroversi



Tuan Hashim bin Tuan Yaakub merupakan Pengerusi Pemantau dan Pemilihan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pelantikannya telah dibuat oleh Tan Sri Annuar Musa. Beliaulah yang bertanggungjawab penuh terhadap semua kes yang telah dilaporkan oleh seluruh cawangan UMNO yang bersidang pada tahun ini di Negeri Kelantan.

Sepanjang penyiasatannya sebagai Pengerusi Pemantau banyak kekeliruan dan pertikaian telah timbul. Adakah pelantikan Tuan Hashim ini telah menjadi suatu agenda besar mencaturkan semula UMNO di Kelantan?

Seluruh bahagian UMNO di Kelantan pasti mengenali Tuan Hashim dan Zainal Arumugan. Mereka adalah hakim-hakim yang telah ada keputusan sebelum perbicaraan dijalankan. Lantaran itulah pejabat Perhubungan UMNO Negeri Kelantan sering " kepanasan " dan seolah menjadi medan untuk melepaskan perasaan.
Salah satu bahagian yang terkesan teruk dengan percaturan mereka berdua ini ialah Rantau Panjang. Bermula dengan penggantungan 4 orang pemimpin yang layak bertanding, pelbagai kontroversi baru muncul dan menjadi panas.

Puteri UMNO Rantau Panjang yang mula-mula sekali diarahkan mengadakan semula mesyuarat cawangan mereka kerana arahan Pemantau Perhubungan. Pegawai yang bertanggungjawab ialah Zainal Arumugan.

Kemudian wanita pula menerima padah apabila Fauziyah Che Wook yang merupakan penyandang telah digantung dan dengan kelicikan Pemantau Perhubungan maka menanglah Rohani Mamat sebagai Ketua Wanita Bahagian yang baru walaupun pada peringkat awalnya memang jelas beliau tidak mendapat pencalonan yang cukup. Pegawai yang bertanggungjawab ialah Zainal Arumugan.

Mangsa seterusnya ialah barisan pemuda yang mendapat pencalonan yang cukup daripada cawangan. IR Fauzi Omar dikenakan tindakan gantung telah mendapat pencalonan melebihi 80 cawangan. Sebanyak 190 bantahan dikemukan oleh pemuda cawangan terhadap kerja buat Al-Ustaz Afendi yang jelas menipu dan " membungkus " sebahagan besar mesyuarat di cawangan.

Akhirnya pada 17 Oktober 2008, pasukan LPS ( Polis FRU ) didatangkan khas untuk memberikan kemenangan mudah kepada penyandang. Penyiasatan kes pemuda ini juga telah diterajui oleh Zainal Arumugan.

Terakhir ialah Persidangan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang mana dua penama calon Ketua Bahagian dan Timbaan Ketua Bahagian diketepikan terus atas dasar penipuan pencalonan. Mereka hanya diisytiharkan menerima 10 pencalonan sah untuk jawatan Ketua Bahagian daripada 38 yang diterima manakala calon Timbalan Ketua Bahagian pula hanya disahkan menerima 8 pencalonan sahaja berbanding dengan 31 pencalonan sebenar yang sepatutnya disahkan. Urusan batal-membatal ini juga terus diterajui oleh Zainal Arumugan.

Lihatlah kehebatan Tuan Hashim dan Zainal Arumugan ini. Hancur UMNO satu bahagian dikerjakannya. Adakah mereka ikhlas untuk memperbetulkan UMNO atau menghancurkan UMNO?

Jawapan hanya ada pada mereka dan orang -orang yang sewaktu dengannya. Syabas............... teruskanlah kerja buat ini untuk masa yang akan datang kerana UMNO ini telah menjadi hak milik kamu berdua dan bukannya parti orang Melayu di Kelantan lagi.

Apa cerita rakan-rakan UMNO di Tanah Merah? Khabarnya sesudah diselidik Tuan Hashim ni ada kes bangkrap dengan jabatan Insolvensi. betul ke?

0 comments: