Takziah diucapkan kepada Tuan Haji Affendi bin Yusoff, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang yang menang tanpa ditandingi dalam persidangan pemuda bahagian pada 17 Okt 2008 yang lalu. Ucapan ini tidak ada kaitan dengan berita kemenangan tetapi susulan daripada berita gempar yang terdedah di dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini berkaitan kes khalwat. Kita semua seharusnya menangisi kejadian seumpama ini. Ini kes pertama untuk tahun 2008 setelah kita baru sahaja melupakan kes pertama yang berlaku pada tahun 2007 melibatkan AJK Pemuda Bahagian Rantau Panjang.
Anehnya perkara ini berlaku terhadap AJK Pemuda daripada bahagian yang sama, menjawat jawatan yang sama dalam bidang pekerjaan dan berlaku semasa bertugas di tempat bertugas yang sama. Cuma tahun sahaja yang berlainan. Semua ini adalah qada dan qadar Allah SWT. Tetapi seharusnya diingat bahawa Ustaz tidak boleh lepas tangan dalam perkara ini walaupun ianya menjejaskan nama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang. Walaupun ianya telah berlalu namun, saudara kita itu tetap merupakan Bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rantau Panjang juga suatu ketika dahulu di bawah kepimpinan Al-Fadhil Ustaz.
Dari sudut pengorbanan politik, saudara kita yang teraniaya ini sebenarnya telah melakukan suatu pengorbanan besar kepada pasukan. Keikhlasannya menarik diri dari bertanding sebagai AJK Pemuda dan G2 merupakan suatu pengorbanan demi menjaga pasukan dan kredebiliti arahan boss ( Al-Fadhil Ustaz ). Kalaulah kerana kepentingan peribadi semata-mata sudah tentu dia akan terus bertanding sebagai "calon swasta" yang pastinya akan menyebabkan undi menjadi pecah. Ustaz pasti ingat akan janji-janji ustaz kepadanya sebagai ganjaran penarikan diri itu ? Jangan lepas tangan dan jangan keluarkan kenyataan yang boleh mengecilkan hati kawan-kawan. Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab dan bersedia menerima kenyataan dalam hidup.
Sehubungan itu saya menasihatkan Ustaz agar memberikan sedikit masa untuk mentarbiah anak-anak buah supaya dapat menjadi contoh yang baik kepada pemuda seluruh Rantau Panjang. Dalam kesibukan berceramah, bersyarah, berpidato, berdebat dan melobi projek, luangkanlah sedikit masa untuk mendidik dan menajamkan pemikiran anak-anak buah perkara berkaitan asas-asas dalam pergaulan, ibadat, muamalat, munakahat, muasyarat dan akhlak. Ini ciri-ciri yang sewajibnya ada kalau kita bercita-cita untuk mengetuai kepimpinan pemuda UMNO peringkat Negeri Kelantan.
Masa masih panjang untuk mengejar cita-cita politik menjadi menteri penasihat agama kepada Perdana Menteri Termuda Malaysia suatu hari nanti. Laksanakanlah apa-apa yang boleh membawa kepada penghormatan yang tinggi kepada diri dan pasukan. Jangan sesekali mengikut rentak dan bisikan mereka yang tidak memiliki nilai diri dan berjuang semata-mata untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu mengejar harta dan takhta. Jangan pula selepas kejadian ada pula cakap-cakap yang menghubungkaitkan dengan mana-mana individu dalam barisan Ustaz sendiri, ditolak mentah-mentah tanpa sebarang siasatan dan penyelidikan. Jangan tikam dari belakang dan jangan sesekali mempertahankan orang-orang yang menikam dari belakang. Selidiklah secara terperinci. Mungkinkah ini juga merupakan suatu permulaan ke arah memalukan invividu lain yang kini konon-kononnya dianggap terlalu bernasib baik seumpama " tikus jatuh ke atas beras ".
Bersabarlah kerana inilah asam garam kehidupan yang perlu dihadapi oleh seorang yang bergelar pemimpin........... Sesekali pandanglah ke belakang. Lihatlah orang-orang yang telah kamu tinggalkan. Adakah mereka mengalami kesusahan dengan kerana memilih kebenaran berbanding kebatilan.
0 comments:
Post a Comment