Seramai 280 orang responden mengambil bahagian dalam poll yang saya jalankan selama 10 hari, berakhir hari ini.
Berikut ialah respon kepada soalan "Pilih kenyataan yang paling sesuai dengan anda":
Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti politik dan saya sedia mengundi parti yang terbaik (146 respon / 52%).Anda boleh mempertikaikan "validity" dan "reliability" instrumen ini. Silakanlah. Bagi saya, itu tak penting. Apa yang penting di sini ialah ia memberikan sedikit gambaran mengenai sikap pengundi hari ini.
Saya adalah ahli sebuah parti politik, tetapi saya sedia mengundi parti lain yang lebih baik (53 respon / 18%).
Saya adalah ahli sebuah parti politik dan akan sentiasa mengundi parti saya (67 respon / 23%).
Saya tidak menjadi ahli-ahli mana-mana parti politik dan tidak akan mengundi dalam pilihanraya (14 respon / 5%).
Pertama, hanya 23% sahaja berkata mereka akan mengundi parti masing-masing. Walaupun calon itu tunggul kayu, mereka akan memilih parti tersebut. Mereka adalah penyokong setia yang akan mengundi parti sendiri.
Kedua, sekitar 5% berkata mereka tidak akan mengundi. Mengapa? Mungkinkah mereka berpendapat mengundi membuang masa? Atau, mungkinkah mereka merasakan mereka lebih layak dari calon-calon yang dikemukakan? 5% peratus bukanlah satu jumlah yang kecil. Sekiranya mana-mana parti politik dapat menyakinkan mereka untuk mengundi parti tersebut, saya fikir ia mampu menukar keputusan sesuatu pilihanraya.
Ketiga, sebahagian besar tidak berasa terikat untuk mengundi mana-mana parti politik walaupun parti yang mereka anggotai. Sebanyak 70% responden menyatakan kesediaan mengundi "parti yang terbaik atau lebih baik." Ini bermaksud, sesebuah parti kena jadi yang terbaik atau lebih baik dari lawan. Seseorang pemimpin kena jadi yang terhebat atau lebih hebat dari pemimpin parti lawan.
Nah, saya fikir itu asas yang baik untuk mengundi. Saya fikir itu akan menjadi tren dalam PRU13 nanti.
Lakukanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadi yang terbaik atau lebih baik. Lakukanlah perubahan dalam parti agar ia menjadi lebih vibrant dan kompetitif. Mulakanlah pencarian pemimpin dan calon-calon yang jauh lebih baik dari parti lawan.
Calon yang terbaik tak semestinya merupakan Ketua Bahagian. Calon yang lebih baik tak semestinya AJK Bahagian. Persoalannya ialah adakah sesebuah parti politik itu berani untuk mencalonkan orang yang lebih baik yang bukan dari kalangan kepimpinan bahagian dalam sesuatu pilihanraya?
Adakah Ketua Bahagian masih merupakan "taiko" yang terpaksa dicalonkan semata-mata kerana bimbang dia akan merosakkan jentera pilihanraya kalau tak dicalonkan?
Keberanian untuk melakukan perubahan kepada politik baru ini perlu untuk sesebuah parti politik kekal relevan. Sekiranya ini tidak dilakukan dari sekarang, saya bimbang PRU13 nanti akan menjadi igauan buruk untuk parti-parti politik yang melakukan "business as usual"!
0 comments:
Post a Comment