- Apa khabar cawangan?
- Apa khabar bahagian?
- Sudah lama selesai pemilihan
- Dah pun ada ketua gagah perkasa
- Dah ada pemuda penuh tenaga
- Dah ada wanita serikandi bangsa
- Puteri pun tak kurang cantik jelita.
Sudahkah dibuat program penyatuan?- Sudahkah dibuat penambahbaikan?
- Sudah adakah agenda perpaduan?
- Sudah adakah tambahan keahlian?
- Atau kerap meninggalkan kawasan
- Untuk menghitung nilai sebuah pertemuan
- Bagi memenuhi tuntutan si tuan
- Yang asyik masyuk dibuai mimpi pemilihan.
Untuk apa sebenarnya cawangan ini?- Untuk apa sebenarnya bahagian ini?
- Untuk apa sebenarnya pertubuhan ini?
- Untuk siapa sebenarnya parti ini?
- Kepada siapa sebenarnya perkhidmatan ini?
Siapa yang peduli semua ini- jika bergerak tanpa wang tanpa sokongan
- tanpa bantuan tanpa perancangan
- tanpa agenda parti yang menjadi nadi
- tanpa bangunan milik sendiri
- dan hanya bising di kedai kopi.
Hentikanlah kesibukan dek pemilihan- kembalilah ke pangkal jalan
- bukannya ke pangkal lengan
- dengan meletakkan keutamaan
- kepada parti yang menjadi nadi
- yang tanpanya lebih baik mati.
Inginku ulang sebuah pertanyaan- Setelah berbulan selesai pemilihan
- Di peringkat cawangan mahupun bahagian
- Sudah bertambahkah ahli-ahli kita?
- Sudah kukuhkah perpaduan kita?
- Sudah eratkah persaudaraan kita?
Atau - Sudah penuhkah kocek-kocek kita?
Nukilan Abd Bashid Harun
Tuesday, December 9, 2008
Apa Khabar Cawangan? Apa Khabar Bahagian?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment