Tak sudah-sudah. Asyik-asyik nak melalak pasal ketuanan Melayu. Sampaikan anak dara tua yang jadi Ketua Wanita MCA pun pandai mempertikaikan ketuanan Melayu. Itulah MCA yang dah bengkerap idea. Itulah MCA yang buta sejarah. Itulah MCA yang sengaja menghiris dan mengguris hati orang Melayu kononnya untuk perkukuhkan politiknya sendiri.
Sedihnya, cara mematahkan keceluparan MCA ni pun cara yang bodoh, cara orang tak sekolah. Buatlah cara intelektuil. Ajak dia orang debat. Cabar dia orang apakah erti ketuanan Melayu? Adakah ketuanan Melayu itu satu bentuk kepimpinan negara atau satu konsep keindukan Melayu yang berasaskan sejarah dan geopolitik silam di wilayah nusantara.
Ketuanan Melayu yang sedang dipertikaikan dengan bodohnya oleh MCA dan dipertahankan oleh segelintir orang UMNO, bukannya soal Melayu jadi tuan di negara ini. Tetapi adalah soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Soal-soal induk ini pernah dipertikaikan oleh MCA sewaktu parti ini mula menganggotai Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Bagaimanapun, satu jawatankuasa yang mewakili Kerajaan British, Raja-Raja Melayu dan Perikatan kemudiannya memutuskan bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan. Inilah ertinya ketuanan Melayu.
Keputusannya begitu kerana sewaktu Mac Michael memperkenalkan Malayan Union, orang Cina di Malaya ketika itu pun mana pernah bantah. Ini kerana mereka memang suka Malayan Union terlaksana supaya terhapus Raja-Raja Melayu, terhapus Agama Islam, terhapus Bahasa Melayu dan terhapus keistimewaan pribumi.
Tetapi, bila orang Melayu berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union, barulah orang Cina ketika itu wujudkan MCA dan join UMNO dan MIC untuk merdekakan Malaya. Dalam gitu-gitu, MCA tetap tak setuju bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimwewaan pribumi dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hanya selepas jawatankuasa di atas memutuskan keseluruhan perkara berkenaan dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan barulah MCA secara tidak sepenuh hati menerimanya.
Kini cucu cicit MCA ni sekali lagi nak menuntut ketuanan Melayu dihapuskan. Ini bermakna mereka meminta keempat-empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan. Cissss!!! Kurang ajar!!!!
Jadi, cara nak ajar MCA yang mulut celupar ni bukannya dengan mencabar mereka keluar dari BN. Tapi, panggil mereka duduk semeja dan biar bijak pandai kita jelaskan kepada mereka apakah ertinya konsep ketuanan Melayu.
Ketuanan Melayu bukan pada simbol kerisnya. Ketuanan Melayu bukan pada keindukan UMNO dalam parti pemerintah. Ketuanan Melayu adalah pada kemuliaan Raja-Raja Melayu, ketinggian Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pribumi.
Sesiapa sahaja yang mempertikaikan keempat-empat perkara di atas mestilah ditentang secara tegas. Mula-mula ditentang secara ilmuan, secara intelektuil dan menerusi process of engagement. Kemudian, kalau dia orang masih bengal dan terus nak cari pasal, kita tentang dengan suara. Lepas itu, kalau dia orang masih belum gerun dengan kelantangan suara kita, mestilah mereka ditentang dengan pencak dan silat yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.
Lepas tu, kalau mereka masih terus mahu berkuntau dengan kita, sama-samalah kita peringatkan kepada mereka, bahawa majoriti orang Melayu akar umbi sebenarnya dah hilang sabar terhadap mana-mana pihak yang kini mempertikaikan konsep ketuanan Melayu secara membabi buta. Oleh itu, jangan bikin orang Melayu berang. Kalau Melayu jadi berang, siap, bujur lalu melintang patah, apa nak jadi, jadilah!
0 comments:
Post a Comment