Pemimpin Abu: Bagaikan abu di atas tunggul, tegak goyang duduk pun tak betul.
Pemimpin Acah: Sebarang kerja terkacah-kacah, duduk resah tegak gelisah,ke sana mengacau ke sini mengacah.
Pemimpin Agak: Hati bimbang dan banyak agak, kerja tak ada rancangan banyak, masa habis teragak-agak.
Pemimpin Agul: Lakunya buruk perangai tak betul, masyarakat dihasung rakyat diagul, hati berulat akal pun tumpul, bencana datang fitnah pun timbul.
Pemimpin Aib: Pemimpin tidak beraib malu, Fikiran menyalah hati berbulu, awak bodoh berlagak tahu, orang berlebih ia cemburu.
Pemimpin Ajun: Kerja asyik mengajun orang, ini tak boleh itu dilarang, jalan lurus ia melentang, negeri rosak rakyat berhutang.
Pemimpin Alah: Ke tengah ke tepi ianya kalah,hati kecil ilmu pun rendah, negeri rosak rakyat berbantah, dijadikan induk orang berbantah.
Pemimpin Alat: Lupa diri tak ingat rakyat, di mana untung di situ mendekat.
Pemimpin Alih: Adat ditukar undang dialih, diberi nasihat ia berdalih, negeri rosak rakya tpun jerih.
Pemimpin Ampas: Ialah pemimpin bagaikan ampas, manis terbuang sedapnya langkas, tidak dapat menjalankan tugas.
Pemimpin Ampu: Sukalah mengampu, mengambil muka ia tak malu, penderitaan orang tak mahu tahu,kesenangan diri yang ia buru.
Ramai yang menawar diri untuk menjadi pemimpin, ia sangat lain dari cara pemilihan pemimpin mengikut Islam. Tapi sayang tak seorang pun mengikut cara Abu Bakar, Umar atau sahabat yang lain di zaman sahabat Rasulullah.
Jangan pelik dalam ramai yang menawar diri, ada yang bersifat pemimpin:
Pemimpin Amuk: Suka mengamuk, rakyat pun teruk, fikiran suntuk, hati busuk, di beri formula ia mengutuk.
Pemimpin Angguk: Ke mana pun terangguk-angguk, pendirian goyah akal penyuntuk, dalam negeri orang beramuk, dalam majlis orang mengutuk.
Pemimpin Angkuh: hati busuk akal tak senonoh, mana yang jernih menjadi keruh.
Pemimpin Antah: bagaikan antah di dalam beras, dengan rakyat tiada senafas.
Pemimpin Antan: Menumbuk menindas kiri dan kanan.
Pemimpin Antuk: menjalankan tugas hatinya busuk, negeri rosak rakyatpun teruk.
Pemimpin Arang: Berkata tidak memandang orang, mulut besar banyak temberang.
Pemimpin Asal: Turun temurun ianya kekal, umpama kayu ia berpangkal, tuahnya ada maruah pun kebal.
Pemimpin Asap: Negeri yang terang menjadi gelap.
Pemimpin Badak: Muka tebal kulit badak ke hulu membohong ke hilir membengkak, ke laut menipu ke darat melagak.
Monday, January 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment