Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.
no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.
no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.
no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.
Tuesday, January 27, 2009
Sunday, January 25, 2009
Monday, January 12, 2009
Jenis-jenis Pemimpin
Pemimpin Abu: Bagaikan abu di atas tunggul, tegak goyang duduk pun tak betul.
Pemimpin Acah: Sebarang kerja terkacah-kacah, duduk resah tegak gelisah,ke sana mengacau ke sini mengacah.
Pemimpin Agak: Hati bimbang dan banyak agak, kerja tak ada rancangan banyak, masa habis teragak-agak.
Pemimpin Agul: Lakunya buruk perangai tak betul, masyarakat dihasung rakyat diagul, hati berulat akal pun tumpul, bencana datang fitnah pun timbul.
Pemimpin Aib: Pemimpin tidak beraib malu, Fikiran menyalah hati berbulu, awak bodoh berlagak tahu, orang berlebih ia cemburu.
Pemimpin Ajun: Kerja asyik mengajun orang, ini tak boleh itu dilarang, jalan lurus ia melentang, negeri rosak rakyat berhutang.
Pemimpin Alah: Ke tengah ke tepi ianya kalah,hati kecil ilmu pun rendah, negeri rosak rakyat berbantah, dijadikan induk orang berbantah.
Pemimpin Alat: Lupa diri tak ingat rakyat, di mana untung di situ mendekat.
Pemimpin Alih: Adat ditukar undang dialih, diberi nasihat ia berdalih, negeri rosak rakya tpun jerih.
Pemimpin Ampas: Ialah pemimpin bagaikan ampas, manis terbuang sedapnya langkas, tidak dapat menjalankan tugas.
Pemimpin Ampu: Sukalah mengampu, mengambil muka ia tak malu, penderitaan orang tak mahu tahu,kesenangan diri yang ia buru.
Ramai yang menawar diri untuk menjadi pemimpin, ia sangat lain dari cara pemilihan pemimpin mengikut Islam. Tapi sayang tak seorang pun mengikut cara Abu Bakar, Umar atau sahabat yang lain di zaman sahabat Rasulullah.
Jangan pelik dalam ramai yang menawar diri, ada yang bersifat pemimpin:
Pemimpin Amuk: Suka mengamuk, rakyat pun teruk, fikiran suntuk, hati busuk, di beri formula ia mengutuk.
Pemimpin Angguk: Ke mana pun terangguk-angguk, pendirian goyah akal penyuntuk, dalam negeri orang beramuk, dalam majlis orang mengutuk.
Pemimpin Angkuh: hati busuk akal tak senonoh, mana yang jernih menjadi keruh.
Pemimpin Antah: bagaikan antah di dalam beras, dengan rakyat tiada senafas.
Pemimpin Antan: Menumbuk menindas kiri dan kanan.
Pemimpin Antuk: menjalankan tugas hatinya busuk, negeri rosak rakyatpun teruk.
Pemimpin Arang: Berkata tidak memandang orang, mulut besar banyak temberang.
Pemimpin Asal: Turun temurun ianya kekal, umpama kayu ia berpangkal, tuahnya ada maruah pun kebal.
Pemimpin Asap: Negeri yang terang menjadi gelap.
Pemimpin Badak: Muka tebal kulit badak ke hulu membohong ke hilir membengkak, ke laut menipu ke darat melagak.
Pemimpin Acah: Sebarang kerja terkacah-kacah, duduk resah tegak gelisah,ke sana mengacau ke sini mengacah.
Pemimpin Agak: Hati bimbang dan banyak agak, kerja tak ada rancangan banyak, masa habis teragak-agak.
Pemimpin Agul: Lakunya buruk perangai tak betul, masyarakat dihasung rakyat diagul, hati berulat akal pun tumpul, bencana datang fitnah pun timbul.
Pemimpin Aib: Pemimpin tidak beraib malu, Fikiran menyalah hati berbulu, awak bodoh berlagak tahu, orang berlebih ia cemburu.
Pemimpin Ajun: Kerja asyik mengajun orang, ini tak boleh itu dilarang, jalan lurus ia melentang, negeri rosak rakyat berhutang.
Pemimpin Alah: Ke tengah ke tepi ianya kalah,hati kecil ilmu pun rendah, negeri rosak rakyat berbantah, dijadikan induk orang berbantah.
Pemimpin Alat: Lupa diri tak ingat rakyat, di mana untung di situ mendekat.
Pemimpin Alih: Adat ditukar undang dialih, diberi nasihat ia berdalih, negeri rosak rakya tpun jerih.
Pemimpin Ampas: Ialah pemimpin bagaikan ampas, manis terbuang sedapnya langkas, tidak dapat menjalankan tugas.
Pemimpin Ampu: Sukalah mengampu, mengambil muka ia tak malu, penderitaan orang tak mahu tahu,kesenangan diri yang ia buru.
Ramai yang menawar diri untuk menjadi pemimpin, ia sangat lain dari cara pemilihan pemimpin mengikut Islam. Tapi sayang tak seorang pun mengikut cara Abu Bakar, Umar atau sahabat yang lain di zaman sahabat Rasulullah.
Jangan pelik dalam ramai yang menawar diri, ada yang bersifat pemimpin:
Pemimpin Amuk: Suka mengamuk, rakyat pun teruk, fikiran suntuk, hati busuk, di beri formula ia mengutuk.
Pemimpin Angguk: Ke mana pun terangguk-angguk, pendirian goyah akal penyuntuk, dalam negeri orang beramuk, dalam majlis orang mengutuk.
Pemimpin Angkuh: hati busuk akal tak senonoh, mana yang jernih menjadi keruh.
Pemimpin Antah: bagaikan antah di dalam beras, dengan rakyat tiada senafas.
Pemimpin Antan: Menumbuk menindas kiri dan kanan.
Pemimpin Antuk: menjalankan tugas hatinya busuk, negeri rosak rakyatpun teruk.
Pemimpin Arang: Berkata tidak memandang orang, mulut besar banyak temberang.
Pemimpin Asal: Turun temurun ianya kekal, umpama kayu ia berpangkal, tuahnya ada maruah pun kebal.
Pemimpin Asap: Negeri yang terang menjadi gelap.
Pemimpin Badak: Muka tebal kulit badak ke hulu membohong ke hilir membengkak, ke laut menipu ke darat melagak.
Friday, January 9, 2009
Saturday, January 3, 2009
UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU
Oleh: TunTelanai
Artikel ini ditulis bertujuan:
Artikel ini ditulis bertujuan:
Pertama, bagi membolehkan para pengundi di P.36-Kuala Terangganu berfikir secara matang dan membuat keputusan yang tepat dengan tidak memberi undi kepada UMNO. UMNO sudah lama membuat kerosakan terhadap bangsa dan Islam. 17 hari lagi pengundi-pengundi masih mempunyai masa untuk berfikir dan merenung kejahatan-kejahatan yang UMNO pernah lakukan selama ini.
Tindakan UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan banyak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan bangsa Melayu dan Islam dan sedikit sangat tindakannya membawa faedah kepada bangsa dan Islam dalam jangka masa panjang.
Tujuan kedua, memberi kesedaran kepada PEWARIS sebuah NGO yang terlalu aktif menyokong UMNO secara membuta-tuli tanpa mahu meneliti sejarah perjuangan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya merugikan Melayu dan Islam. PEWARIS secara bebal bertindak menyokong kekalkan ISA yang telah disepakat di antara para ulama menyatakan ISA itu bertentangan dengan Islam. Sekiranya inilah pegangan PEWARIS, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa UMNO yang menjadi kerajaan sekarang bertindak melebihi daripada kuasa Allah swt. Allah sendiri di Padang Masyar kelak, segala amalan hamba-hambanya di dunia ini akan dihisab seadil-adilnya, sebelum hamba-hambaNYA itu dimasukkan ke dalam syurga atau ke neraka.
Tindakan UMNO memenjarakan orang di bawah ISA tanpa melalui sebarang proses undang-undang menunjukkan yang UMNO itu lebih mengetahui dan lebih berkuasa daripada Allah swt.
Bagi memenuhi tujuan tersebut, mari bersama-sama kita tinjau kembali saranan-saranan yang terkandung dalam ‘Sumpah Melayu’
Tiga bulan sebelum UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei oleh pengasasnya, Dato’ Onn Jaafar, pada 10 Februari 1946, orang Melayu di seluruh negara telah diajak dan dikempen untuk menghadirkan diri di satu perhimpunan besar-besaran bagi melakukan upacara mengangkat sumpah atau dalam bahasa sekarang disebut ‘piagam pelanggan’ yang dipasang disetiap Jabatan dan agensi kerajaan.
Ia berupa satu ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh semua orang Melayu bagi membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal sepanjang zaman. Piagam inilah yang disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ untuk Melayu. Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.
Dalam meniti usia yang ke-62 tahun, UMNO sudah menjangkau usia tua. UMNO mulai diserang berbagai penyakit yang tidak boleh diubati, melainkan mati, iaitu penyakit tua dan nyanyuk. Oleh sebab keadaan sedemikianlah UMNO sanggup mengkianati sumpah keramat tersebut dan satu demi satu sumpah yang pernah diikrarnya dulu itu diingkari serta dilanggarnya demi sebuah impian mengejar kuasa, kedudukan dan harta-kekayaan dengan membelakangkan kepentingan ramai bangsa Melayu yang masih daif hidup pasca baru merdeka sehinggalah kini 52 tahun negara merdeka.
Orang yang nyanyuk selalu terlupa apa yang diperbuatkannya. Yang buruk dikatakan baik dan baik dikatakan buruk. Semuanya dipersalahkan kepada orang lain, dia juga yang baik dan tidak ada sebarang kecacatan. Contoh, perbuatan rasuah dan pecah amanah merupakan perbuatan yang paling jijik dan berdosa besar, tetapi UMNO menganggap ia adalah satu budaya baru bagi orang-orang yang berkuasa dan berduit. Mereka mempergunakan proses undang-undang untuk membersihkan diri dari sebarang dakwaan tanpa dibawa ke mahkamah terlebih dahulu bagi membuktikan yang mereka itu tidak bersalah. Pembersihan atau pemutihan ini dilakukan oleh Peguam Negara.
Oleh sebab itu, beberapa pemimpin besar UMNO terlepas dari tuduhan rasuah, mereka dibersihkan/diputihkan oleh Peguam Negara. Politik wang yang diamalkan dalam proses pemilihan pemimpin UMNO sekarang ini bukan berbentuk rasuah. Ia dikatakan ‘politik wang’ yang boleh dilaksanakan oleh UMNO. BPR tidak boleh bertindak kerana amalan ini di luar bidang kuasanya, hanya Lembaga Disiplin UMNO sahaja boleh bertindak berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO.
Lembaga ini bertindak mengikut arahan pucuk pimpinan bagi mengenalpasti ‘siapa yang hendak dimusnahkan’ . Hal seumpama ini berlaku ke atas diri Isa samad yang menang Naib Presiden pada tahun 2004, tetapi Mohd Ali Rustam terselamat.
Dalam tulisan ini, saya akan cuba membincangkan satu demi satu sumpah yang diperbuat itu dan kini telah dikianati oleh UMNO secara beransur-ansur. UMNO adalah sebuah parti yang dipimpin oleh orang-orang Melayu yang sanggup mengkianati bangsanya sendiri, tidak seperti parti-parti bangsa bukan Melayu khususnya parti yang dipimpin oleh kaum Cina.
Sumpah Melayu [SM] yang pertama, menyatakan bahawa orang Melayu berjanji dan bersumpah akan bersatu padu dan patuh untuk menegakkan agama Islam tanpa ada perasaan hasad dengki, kianat, iri hati dan berbalah sesama sendiri. Betulkah begitu?
Lihat senario politik orang Melayu. UMNO adalah parti memecah-belahkan perpaduan dikalangan orang-orang Melayu. Dalam programnya untuk mengUMNOkan seluruh umat Melayu, maka UMNO mengambil pendekatan bermusuhan dengan orang Melayu yang berada di luar UMNO. Golongan Melayu di luar UMNO dianaktirikan dan didiskriminasikan dalam semua sektor yang dikuasai oleh UMNO.
Golongan ini dinafikan hak untuk mendapatkan pinjaman TEKUN misalnya, program rumah Mesra Rakyat, program PPRT, program rumah murah, bantuan yang dikeluarkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan disekat, peluang-peluang perniagaan ditutup dan dihalang untuk memiliki rumah-rumah kedai yang dibina oleh pemaju turut diletakkan di bawah kawalan UMNO. Golongan ini sukar untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tersebut kerana disyaratkan mereka dipaksa menjadi ahli UMNO terlebih dahulu.
Borang-borang permohonan dikawal dan diletakkan di pejabat UMNO. Sebarang permohonan wajib disalurkan melalui pemimpin dan pejabat UMNO bahagian, setelah diperakukan oleh JKKKP. Kalau tidak permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan. Langkah itu menggambarkan seolah-oleh duit peruntukan berkenaan datangnya daripada poket UMNO.
Mentaliti para pemimpin UMNO pada keseluruhannya belum lagi matang [masih kuno dan berfikiran jumud] dan belum faham berkaitan dengan pengurusan negara.
Di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang, UMNO menubuhkan JKKKP, sedangkan negeri-negeri berkenaan sudah ada JKKKN dan Majlis Ketua Kampungnya sendiri. Tujuan UMNO ialah untuk mengelirukan rakyat, disamping dapat bersaing dengan JKKKN atau Ketua Kampung bagi menyalurkan bantuan untuk rakyat. Para pemimpin UMNO menganggap bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO.
Jadi, kononnya duit yang diperuntukan itu datang daripada poket UMNO, hakikat sebenarnya duit peruntukan itu adalah hasil kerajaan [baik di peringkat pusat atau negeri] yang dikutip daripada berbagai jenis cukai daripada rakyat jelata.
Apabila kerajaan negeri Kelantan jatuh ke tangan PAS [bersama dengan SM46 yang bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah] pada tahun 1990 dan negeri Terangganu pada tahun 1999, UMNO bertindak ke atas kedua-dua negeri itu macam dirasuk syaitan.
Pagi-petang dan siang-malam kerajaan kedua-dua negeri ini diserang dari kiri-kanan dan depan-belakang dengan menggunakan kuasa dan kewangan yang kukuh untuk menjatuhkan kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Tindakan biadap UMNO ini tidak dilakukan ke atas negeri Sabah, ketika Sabah diperintah oleh PBS, pimpinan Joseph Pairin Kitangan. Sabah dilayan mesra. UMNO hanya biadap dan kurang ajar terhadap sesama Melayu dan Islam. Rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dan Terangganu ditekan, diancam dan diugut. Bantuan perkapita disekat dan dilambat-lambatkan.
Kelewatan ini pembangunan negeri tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Rakyat menderita kesan perbuatan bongkak dan sombong UMNO ini.
Pada tahun 2000, Royalti minyak 5 peratus yang dinikmati lebih tiga dekad ditarik balik daripada kerajaan Terangganu pimpinan PAS. Kerajaan UMNO menukar royalti menjadi wang ihsan. Wang ihsan ditabur ke seluruh negeri Terangganu. Wang ihsan ini difaraidkan dikalangan para pemimpin dan ahli-ahli UMNOPUTRA, golongan bukan UMNO hanya jilat jari, makan kuah dan tulang sahaja. Akhirnya kerajaan Terangganu pimpinan PAS jatuh semula ke tangan UMNO pada tahun 2004, tetapi Kelantan masih kekal di bawah pentadbiran PAS sehingga kini.
Jadi, dimana janji dan sumpah untuk bersatu padu sesama orang Melayu beragama Islam? Semua tindakan yang disebutkan itu mendatangkan perbalahan, dengki dan kianat. Siapa yang melakukannya, tidak lain dan tidak bukan melainkan tindakan durjana UMNO yang rakus dengan kuasa yang Allah swt memberi pinjaman sementara waktu.
Sumpah Melayu [SM] ke-2, bersumpah untuk mempertahankan Islam. Bagaimana UMNO hendak mempertahankan Islam, sedangkan 10 orang menteri karbinetnya sendiri berani menghantar memorandum mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kelemahan UMNO yang menyebabkan menteri-menteri berkenaan [mewakili masyarakat bukan Islam] tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan status Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Menteri yang terlibat ketika itu ialah Ong Ka Ting, Chan Kong Choy, Chua Soi Lek dan Fong Chan Onn adalah presiden, timbalan dan naib-naib presiden MCA. Lim Keng Yaik pula Presiden Gerakan, Samy Vellu (Presiden MIC), Bernard Dompok (Presiden Pasok) dan Peter Chin Fah Kui pula Parti Bersatu Rakyat Sarawak serta Dr. Maximus Ongkili (Timbalan Presiden PBS).
S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya), Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Lim Keng Yek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi), Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan), Dr.Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia), Dr. Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan), Dr. Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri) Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).
Para pemimpin UMNO menghina Islam dan sunnah Nabi. Dr.Mahathir Mohamad pernah berkata hukum rejam kepada penzina adalah primatif, Nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur, kita tidak akan maju kerana orang Islam tidak ada tangan dan kaki. Najib Tun Razak juga perlekehkan hukum Allah ini dengan membuat kenyataan yang menghiris perasaan umat Islam, beliau berkata negara akan menjadi haru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.
Zainudin Maidin, ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Penerangan pernah mengulas Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi penekanan agama dalam mentadbir negeri, agama sebagai candu dalam usahanya menuduh Kerajaan Kelantan mengabaikan pembangunan berbentuk fizikal untuk rakyatnya yang banyak merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki
UMNO juga bertanggungjawab memusnahkan sekolah agama rakyat [SAR] dengan cara memberhentikan pemberian perkapita tahunan, tetapi UMNO terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
UMNO juga bertanggungjawab memusnahkan sekolah agama rakyat [SAR] dengan cara memberhentikan pemberian perkapita tahunan, tetapi UMNO terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil.
Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga diumpan dengan tawaran yang sangat baik untuk diserapkan ke dalam sekolah-sekolah kerajaan. Banyak SAR terpaksa ditutup kerana ketidakcukupan dana untuk beroperasi. Tambahan pula para ibubapa mula sangsi dengan sukatan pelajaran yang diajar di SAR kerana mereka asyik mendengar, membaca dan menonton propaganda media UMNO yang memburuk-burukkan SAR. UMNO yang mengatakan sekolah-sekolah ini tidak mengajar Islam yang sebenar dan menjadi sarang membiak pengganas.
Sebaliknya sekolah-sekolah berasrama penuh yang ternama seperti MCKK, MMJB dan SM Alam Shah dan sekolah-sekolah [kebangsan dan menengah] bantuan penuh kerajaan telah dilaporkan oleh media bahawa terdapat segelintir pelajar-pelajarnya bergaduh ala samseng, memukul guru, merogol, mencuri, menipu, menjalankan aktiviti vandalisme dan pelbagai lagi aktiviti negative dan jenayah.
Apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih kuasa daripada tangan Dr.Mahathir, beliau telah bertindak memberi bantuan semula kepada SAR dengan syarat pihak pengurusan SAR perlu menggunapakai kurikulum yang disediakan oleh kerajaan dan SAR akan dikawalselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan setiap SAR yang dibantu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Tujuan UMNO sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.
Sumpah Melayu ke-3, bersumpah hendak berkerja kuat untuk menyara diri dan keluarga. Sumpah ini didapati berjaya. Kejayaan ini hanya tertumpu kepada kelompok yang memegang kuasa dan kroni-kroninya sahaja yang berjaya menjadi keluarga yang kaya-raya. Sebahagian besar golongan Melayu lainnya masih tinggal miskin papa kedana. 52 tahun negara merdeka dan 62 tahun umur UMNO, kaum Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan kaum-kaum bukan Melayu yang maju jauh ke hadapan. Kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina menguasai ekonomi negara. Orang Melayu masih bergantung harap kepada kerajaan dan kalah dalam persaingan ekonomi dengan kaum bukan Melayu dalam negara ini.
Kegagalan ini berpunca kerana UMNO tidak melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama. UMNO menjadi pengkianat terhadap hasrat perlaksanaan DEB. DEB dieksplotisasikan untuk kepentingan peribadi sekelompok kecil elit politik UMNO, bukan untuk kepentingan kaum Melayu majoriti. Orang Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain. Saya amat hairan, UMNO tidak merasa malu kerana memerintah sudah 52 tahun, namun sampai kini nasib orang Melayu semakin tertekan dan berada dalam kedudukan yang daif.
Di bandar-bandar utama di negara ini, premis-premis perniagaan utama kebanyakannya dimiliki oleh pengusaha bukan Melayu. Pemilikan bangunan komersial menunjukkan bahawa Melayu memiliki 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratusi. Majoriti besar Melayu di kawasan bandar tinggal dalam rumah flat dengan keluasan 500 kaki persegi yang menjadi salah satu penyebab utama gejala sosial.
Insiden kemiskinan tegar tahun 2004 masih ramai berlaku di kalangan kaum Melayu [baca:bumiputra] realitinya ialah Melayu [Bumiputera-2.9%],. Cina [0.2 %] dan India [o.3%] . Manakala, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah juga mendedahkan kenyataan yang tidak memuaskan, iaitu Melayu RM2,711, India [RM3,456] dan Cina [RM4,437].
Dato’ Zahar Hasim, bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, kini sudah berada dalam PAS dan bersiap sedia untuk berkempen menentang UMNO di Kuala Terangganu menyebut bahawa beliau tidak mengkhianati Umno, tetapi sebaliknya Umno yang mengkhianatinya dan orang Melayu. Orang Melayu [daripada kelompok UMNOPutra] hanya mendapat projek yang kecil sahaja kerana projek-projek besar diberi kepada kroni yang boleh memberi wang semula kepada tuan politiknya.
Sumpah Melayu ke-4, berikrar untuk mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu. Betulkah begitu? Mari kita bincang bersama-sama. Kepentingan dan hak orang Melayu boleh dikategorikan dua aspek. Pertama kedudukan kuasa politik dan kedua pemilikan hartanah. Kedudukan politik orang Melayu kini kini jelas sedang terancam.
Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih. UMNO punca masalah kerana UMNO adalah pemegang tampok kuasa sejak negara mencapai kemerdekaan. Tidak ada parti lain yang berpeluang memerintah, kecuali UMNO dulu dan kini. Segala perkara yang timbul yang menjahanamkan Melayu adalah 100% hasil perbuatan UMNO. UMNO gagal mempertahankan ketuanan politik Melayu.
Aspek pertama berkiatan ketuanan politik Melayu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia dinilai pada jumlah kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi tokoh-tokoh politik sesuatu kaum. Dalam konteks perjuangan UMNO, parti itu boleh dianggap berjaya seandainya kedua-dua peringkat Dewan Rakyat dan Undangan Negeri didominasi oleh ahli-ahli politik dari kalangan Melayu.
Sejarah menunjukkan perjuangan UMNO mempertahankan ketuanan politik Melayu telah gagal. Kuasa pegangan politik Melayu, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri-negeri semakin berkurangan.
Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMNO amat tidak bermaya mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMNO atau bukan UMNO, termasuk MP daripada PAS, PKR dan lain-lainnya.
Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMNO amat tidak bermaya mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMNO atau bukan UMNO, termasuk MP daripada PAS, PKR dan lain-lainnya.
Perangkaan berdasarkan Melayu atau Bukan Melayu dan peratus penguasaan Melayu dalam Dewan Rakyat adalah seperti berikut:
1. Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada BN kepada pembangkang. la wujud apabila UMNO tidak berupaya menolak tekanan parti bukan Melayu dalam BN terhadap pengagihan kerusi dan bagi memastikan wakil bukan Melayu ada di Parlimen. UMNO takut kawasan ramai pengundi bukan Melayu menyulitkan pula calon-calon bukan Melayu BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. Untuk menyelamatkan keadaan bagi memastikan ada wakil bukan-Melayu ada di Parlimen dan ada dalam kabinet, maka kawasan majority Melayu pula diserahkan kepada calon-calon bukan-Melayu MCA dan MIC. Melayu-melayu haprak ini terus memilih calon-calon bukan-Melayu. Hasilnya, UMNO menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN bukan Melayu. Contohnya, dalam PRU 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh UMNO kepada parti kerabatnya untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu [juga bukan Islam]. Jumlah itu termasuklah 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan Melayu dari BN sebelum itu.Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam Pilihan Raya Umum 1990 ialah Padang Serai (55.2% Melayu), Alor Setar (54.8%), Lipis (53.2%), Pontian (52.2%), Kapar (60.0%), Ampang Jaya (68.5%), Selandar (50.8%) dan Telok Kemang (51.3%).
2. Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan Melayu dengan tujuan menghalang PAS memenangi pilihan raya dan takut PAS berkuasa di Malaysia. Ini dibuktikan dalam PRU ke-10 tahun 1999, kawasan-kawasan pilihan raya yang majoritinya pengundi Melayu seperti di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu, UMNO memperolehi 48.6% undi berbanding 60.8% yang diperolehinya pada pilihan raya tahun 1995. Merosot 8%. Manakala PAS, undi popular yang diperolehinya meningkat 18% di semua tempat yang ditandinginya. UMNO memperolehi lebih kurang 1.9 juta undi berbanding tahun 1995 mendapat 2.0 juta undi, PAS pula memperolehi undi yang meningkat dari 433,454 tahun 1995 kepada 996,512 pada pilihan raya kali ini. PAS yang sebenarnya memenangi PRU ke-10 itu. UMNO hanya menang dengan sokongan pengundi bukan Melayu dan dapat terus mengekalkan kuasanya.
3. Apabila UMNO merasa taburan pengundi Melayu majoriti di sesuatu kawasan boleh mengancam pengaruhnya, maka ia melakar semula persempadanan kawasan pilihan raya seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan oleh Parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan semula itu, negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi Parlimen langsung. Bagi negeri-negeri UMNO kuat, pertambahan kerusi baik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berlipat ganda dengan membelakang formula yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Pindaan tersebut menjadikan kerusi Parlimen 219 dari 194 kerusi [bertambah 25 kerusi] dan Dewan Undangan Negeri menjadi 505 dari 442 kerusi [bertambah 63 kerusi]. Kesan daripada pindaan itu dalam PRU ke 11, UMNO memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti yang amat besar melebih 90 peratus. Tahukah kita Dari jumlah 219 itu, cuma 119 sahaja ahli Parlimen beragama ISLAM selebih 100 bukan ISLAM. BN menguasai 199 kerusi, 112 kerusi dianggotai oleh orang ISLAM baki 87 dikuasai oleh ahli BN yang bukan ISLAM Maknanya Parlimen ke 11 lalu menyaksikan cuma 54.33% perwakilan orang ISLAM, 45.66% bukan ISLAM. Sedangkan Parlimen 1 selepas Merdeka dahulu lebih 80% orang ISLAM.
4. Pada PRU ke-11 tahun 2004, jumlah kerusi Melayu yang di menangi oleh UMNO adalah sebanyak 102 kerusi, berbanding kerusi bukan Melayu sebanyak 62 kerusi. Pada PRU ke-12 tahun 2008 pula, jumlah kerusi Melayu yang di menanginya adalah sebanyak 107 kerusi berbanding kerusi bukan Melayu sebanyak 57 kerusi. Ini menunjukan pertambahan kerusi Melayu sebanyak 5 kerusi pada PRU ke-12. Kerusi yang di tandingi oleh calon Melayu atas tiket pembangkang yang tewas kepada calon bukan Melayu dari BN ialah sebanyak 13 kerusi.
Keputusan PRU ke-11 dan ke-12 bagi kerusi DUN telah menunjukan penambahan kerusi Melayu sebanyak 5 kerusi [2004-307 kerusi, 2008-311 kerusi]. Bagi kerusi di tandingi calon Melayu mewakili pembangkang yang tewas kepada calon bukan Melayu pula sebanyak 16 kerusi. Sebanyak 29 kerusi yang di tandingi oleh calon Melayu mewakili parti pembangkang telah tewas kepada calon bukan Melayu tajaan UMNO/BN. Jika benar UMNO itu punya semangat Melayu mengapakah UMNO tidak memberi undi atau berkempen untuk memenangkan calon Melayu ini. Ini menunjukan bahawa UMNO itu sendiri tidak pernah memperjuangkan ketuanan politik Melayu melainkan hanya sebagai slogan untuk mencari simpati dan berbohong dan tarus berbohong kepada orang Melayu.
Dalam kehidupan politik di Malaysia, kebanyakan orang politik khasnya orang UMNO tidak ketahui ideologinya dan asas perjuangannya. Masuk dan berebut jawatan heiraki dalam UMNO kerana seluruh aktivitinya dimotivasikan untuk pangkat dan mencari kekayaan. Politik baginya terutama yang menyertai UMNO adalah suatu karier untuk mencari peluang-peluang menimba kekayaan negara. Kajian yang dibuat oleh Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM) pada tahun 2005 meninjukkan bahawa kepercayaan masyarakat negara ini terhadap ahli politik berada pada tahap yang paling rendah. Ahli politik Malaysia [khususnya UMNO] tidak boleh dipercayai, tidak amanah dan amalkan rasuah sebagai jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.
Aspek kedua, berkaitan pemilikan hartanah yang semakin pupus akibat pembangunan yang pesat. Tanah-tanah rakyat yang digezetkan sebagai tanah rezab Melayu diambil dengan sewenang-wenangnya tanpa pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan harga pasaran.Dalam mengejar arus pembangunan, UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa diganti semula seperti mana yang diperuntukkan perkara 153 Perlembagaan. Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.
Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di Johor pula UMNO merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kuok Brothers dan UEM. Di Melaka, UMNO mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terengganu, UMNO menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak [kini MB kedah] di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu. Di Langkawi pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk mendirikan Pelangi Beach Resort. Di Selangor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.
Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985. Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dahsyat, iaitu daripada ¼ hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.
Pemimpin-pemimpin UMNO ini khianat terhadap bangsanya sendiri. Percubaan untuk mengambil tanah-tanah sawah yang subur di daerah Yan untuk dijadikan tapak industri petro kimia mengambarkan betapa rakusnya pemimpin UMNO, tetapi rakyat marhaen di Yan dapat diselamatkan oleh PAS yang mengambilalih kuasa daripada UMNO. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status komersial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan-Melayu dengan nilai berjuta ringgit. Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNO.
Saya amat bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad berkata ramai yang beranggapan bahawa kuasa politik orang Melayu masih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya ia semakin lemah dan beliau juga berpendapat bahawa ‘Pemimpin Melayu Tidak Berkualiti’. Katanya, ianya berlaku kerana orang Melayu tidak bersatu dalam politik kerana mereka yang tidak sealiran akan dianggap sebagai musuh.
Beliau bercakap demikian dalam Majlis Dialog Kongres Kepentingan Bangsa di bawah tajuk : EKONOMI MELAYU TERBENAM DI BUMINYA SENDIRI: Cabaran dan Halangan bertempat di Ballroom Grand Seasons Hotel Jalan Pahang Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 22 September 2006. [Rujuk: http://www.malaysiakini.com/news/57225]
Jadi, bagaimana UMNO yang sering mendabik dada yang ia sahaja yang mampu mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu yang sebenarnya UMNO adalah pengkianat Melayu.
Jadi, bagaimana UMNO yang sering mendabik dada yang ia sahaja yang mampu mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu yang sebenarnya UMNO adalah pengkianat Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)