Tuesday, December 30, 2008

IGAUAN BURUK UNTUK PARTI POLITIK

Petikan drp http://nobisha.blogspot.com

Seramai 280 orang responden mengambil bahagian dalam poll yang saya jalankan selama 10 hari, berakhir hari ini.

Berikut ialah respon kepada soalan "Pilih kenyataan yang paling sesuai dengan anda":
Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti politik dan saya sedia mengundi parti yang terbaik (146 respon / 52%).

Saya adalah ahli sebuah parti politik, tetapi saya sedia mengundi parti lain yang lebih baik (53 respon / 18%).

Saya adalah ahli sebuah parti politik dan akan sentiasa mengundi parti saya (67 respon / 23%).

Saya tidak menjadi ahli-ahli mana-mana parti politik dan tidak akan mengundi dalam pilihanraya (14 respon / 5%).
Anda boleh mempertikaikan "validity" dan "reliability" instrumen ini. Silakanlah. Bagi saya, itu tak penting. Apa yang penting di sini ialah ia memberikan sedikit gambaran mengenai sikap pengundi hari ini.

Pertama, hanya 23% sahaja berkata mereka akan mengundi parti masing-masing. Walaupun calon itu tunggul kayu, mereka akan memilih parti tersebut. Mereka adalah penyokong setia yang akan mengundi parti sendiri.

Kedua, sekitar 5% berkata mereka tidak akan mengundi. Mengapa? Mungkinkah mereka berpendapat mengundi membuang masa? Atau, mungkinkah mereka merasakan mereka lebih layak dari calon-calon yang dikemukakan? 5% peratus bukanlah satu jumlah yang kecil. Sekiranya mana-mana parti politik dapat menyakinkan mereka untuk mengundi parti tersebut, saya fikir ia mampu menukar keputusan sesuatu pilihanraya.

Ketiga, sebahagian besar tidak berasa terikat untuk mengundi mana-mana parti politik walaupun parti yang mereka anggotai. Sebanyak 70% responden menyatakan kesediaan mengundi "parti yang terbaik atau lebih baik." Ini bermaksud, sesebuah parti kena jadi yang terbaik atau lebih baik dari lawan. Seseorang pemimpin kena jadi yang terhebat atau lebih hebat dari pemimpin parti lawan.

Nah, saya fikir itu asas yang baik untuk mengundi. Saya fikir itu akan menjadi tren dalam PRU13 nanti.

Lakukanlah apa yang perlu dilakukan untuk menjadi yang terbaik atau lebih baik. Lakukanlah perubahan dalam parti agar ia menjadi lebih vibrant dan kompetitif. Mulakanlah pencarian pemimpin dan calon-calon yang jauh lebih baik dari parti lawan.

Calon yang terbaik tak semestinya merupakan Ketua Bahagian. Calon yang lebih baik tak semestinya AJK Bahagian. Persoalannya ialah adakah sesebuah parti politik itu berani untuk mencalonkan orang yang lebih baik yang bukan dari kalangan kepimpinan bahagian dalam sesuatu pilihanraya?

Adakah Ketua Bahagian masih merupakan "taiko" yang terpaksa dicalonkan semata-mata kerana bimbang dia akan merosakkan jentera pilihanraya kalau tak dicalonkan?

Keberanian untuk melakukan perubahan kepada politik baru ini perlu untuk sesebuah parti politik kekal relevan. Sekiranya ini tidak dilakukan dari sekarang, saya bimbang PRU13 nanti akan menjadi igauan buruk untuk parti-parti politik yang melakukan "business as usual"!

Wednesday, December 17, 2008

BIARLAH ADA BEBAS


“Biarlah ada Bebas, calon Bebas ini hendak sekat pun tidak boleh biarlah dia bebas sebab perlembagaan negara beri peluang kepada rakyat untuk bebaskan diri,”

AL-IMRAN 139

Pemimpin dan Kentutnya



1. Kentut Anwar Ibrahim
Apabila kentut, dia salahkan orang lain ... Hipokrit.
Dia mulakan politik wang dan bentang rang undang-undang hukum salah lapur rasuah, tapi tuduh orang lain lakukan rasuah.


2. Kentut Dolah Badawi
Orang yang tahan kentut berjam-jam ... Bingung
Selama lima tahun, tidur. Tak buat apa dan flip flop. Tinggal beberapa bulan, baru nak buat macam-macam. Lama tak kentut lah tu.


3. Kentut Mat Sabu
Orang yang kentut dengan lantang ... Yakin Diri
Penama istilah Al Juburi. Bila bersyarah, sedap aja dia belasah. Janganlah dia bertanding di KT.


4. Kentut Khairy
Orang yang kentut dalam selimut lalu dikibas baunya ... Sadis.
Sepanjang lima tahun jadi menantu PM, dia salahguna pengaruh, kumpul komisyen, dan kacau pentadbiran. Tapi asyik memikir nak jatuhkan Khir Toyo, Isa Samad, Mukhriz dan ramai lagi. Satu negara bau kentut busuknya!


5. Kentut Zaid Ibrahim
Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat ... Strategik.
Punya lantang dia bercakap mengenai pembaharuan undang-undang tetapi rupanya macam-macam tak betul. Rang undang-undang hakim baru ini dia juga gut?


6. Kentut Berahim Ali
Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan ... Misteri.
Diam-diam dia datang balik jadi ahli Parlimen Bebas dan sekarang diterima ramai sebagai Presiden Perkasa.


7. Kentut Zahid Hamidi
Tiba-tiba kentut apabila di sergah ... Gugup.
Bersyarah belasah orang. Rupanya CBT curi saham Kretam. Busuk kentut. Macam mana hal dalam ISA?


8. Kentut Husin Lempoyang
Kentut pelan-pelan lepas itu senyum sorang-sorang ... Periang.
Haa! Senyum sorang-sorang nampaknya? Kentut ke?

Hehehe ... kentut Husin Lempoyang. Wow!

* Idea dari Dr Muzi MyKMU Johor

Tuesday, December 16, 2008

KENYATAAN PERIBADI SAYA



SEBAGAIMANA YANG TELAH DIJELASKAN BAHAWA KESEDIAAN SAYA UNTUK BERTANDING DLM PRK P36 KUALA TERENGGANU ADALAH UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA AMALAN DEMOKRASI MASIH SUBUR DI NEGARA KITA.

PERTANDINGAN INI ADALAH SESUATU YANG SIHAT JIKA TIADA UNSUR-UNSUR SABOTAJ, TEKANAN, PENGKHIANATAN DAN PENIPUAN.

SAYA MENENTANG SEGALA BENTUK PENCABULAN TERHADAP AMALAN DEMOKRASI SIHAT SEPERTI TUNJUK PERASAAN, BERPIKET, RUSUHAN, DEMONSTRASI, PROTES YANG MELAMPAU, PERARAKAN HARAM DAN SEBARANG BENTUK AKTIVITI YANG MENCETUSKAN KETEGANGAN DAN KEKACAUAN DALAM NEGARA.

SAYA TIDAK MEWAKILI MANA-MANA PARTI, PERTUBUHAN, PERSATUAN, KUMPULAN ATAU MANA-MANA GERAKAN. SAYA MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING HANYALAH ATAS NAMA DIRI SAYA SENDIRI, ISMA AIRFATH BIN HASSANUDDIN (KOSING) DENGAN BERBEKALKAN SEMANGAT SETIAKAWAN, PERSAUDARAAN, DAN PATRIOTIK.

SAYA SEBENARNYA MEMPUNYAI RAMAI KENALAN DISERATA TEMPAT. PERTANDINGAN INI ADALAH SEBAGAI SUATU USAHA UNTUK MENINGKATKAN JALINAN PERSAHABATAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN.

MOTO HIDUP SAYA IALAH " MENGENALI DAN DIKENALI ".

SAYA BUKANNYA ANCAMAN KEPADA SESIAPA YANG IKHLAS UNTUK MELIHAT DEMOKRASI YANG SIHAT SUBUR DI NEGARA INI.

DARI SEGI KEWANGAN, SAYA AKAN GUNAKAN SEMINIMA MUNGKIN KOS UNTUK KEMPEN KERANA BAGI SAYA WANG BUKAN SEGALANYA.

PRK INI KEPADA SAYA BUKAN SETAKAT UNTUK RAKYAT KUALA TERENGGANU SAHAJA TETAPI UNTUK SELURUH MASYARAKAT MALAYSIA YANG HIDUP BERBILANG KAUM, BANGSA DAN BUDAYA DALAM KEADAAN AMAN, SENTOSA DAN SEJAHTERA.

SAYA YAKIN PARA PENGUNDI DI NEGARA MALAYSIA TERMASUKLAH DIKUALA TERENGGANU INI SANGAT MATANG MEMBUAT PILIHAN. MEREKA SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK. MEREKA BIJAK DAN TAHU APAKAH ISYARAT YANG PERLU DI HANTAR DALAM SESUATU KEADAAN. KEPADA SAYA, KEMENANGAN ADALAH "AMANAH " DAN KEKALAHAN ADALAH " PERINGATAN ".


HORMATILAH HAK KITA DAN SAUDARA-SAUDARA KITA SEBAGAI SEORANG WARGANEGARA YANG HIDUP DALAM SEBUAH NEGARA YANG TELAH 51 TAHUN MERDEKA.

-Kosing -
http://kombimalaysia.blogspot.com/

Monday, December 15, 2008

Hadiah Menjelang 20 Januari 2009

Doa Kesempitan


Ertinya: Ya Allah! Aku berlindung kepada Engkau daripada duka dan susah dan berselindung daripada lemah dan malas dan berlindung daripada takut dan bakhil dan berlindung daripada banyak hutang dan penindasan orang.

Politik

Politik adalah persaingan atau lebih tepat persaingan untuk naik ke atas. Orang yang berjaya dalam persaingan ialah orang yang dikenali. Maksudnya, orang politik perlu dikenali. Saya tidak pernah membaca buku politik Machiavelli dan tidak berhasrat untuk membacanya. Saya percaya Machiavelli ada cara tertentu supaya orang politik menjadi terkenal. Samada cara itu betul atau salah itu tidak penting. Kerana itu, politik rempuh, politik membujur lalu melintang patah adalah politik Machiavelli. Dipercayai ramai juga ahli politik kita bermazhab itu.

Seorang lelaki digigit anjing adalah biasa tetapi kalau dia yang menggigit anjing, itu baru jadi cerita. Orang itu pasti terkenal. Justeru ahli politik perlu menampilkan kelainan untuk terkenal. Kelainan menjadikannya terkenal dan lebih terkenal kalau sudah terkenal. Kelainan itu boleh disebut gimik.

Dunia Persinggahan Sementara


Bila ikhlas berbicara
Yang gelap bercahaya.

Bila nafsu berkata
Yang cerah jadi gelita.

Bila hati kotor dan hina
Fitnah disebar merata-rata

Jangan dilupa kepada Yang Maha ESA
Kelak hidup menjadi sia-sia

Bila sahabat menyapa
Kita bantu apa yang terdaya

Jangan dikira Melayu, India atau Cina
Kalau berbalah hidup tidak ke mana

Jangan kita berburuk sangka
Neraca bukan hak kita.

Ramai yang tersilap sangka
Berblog bukan untuk bersengketa

Isu dititip untuk dibicara
Berdebat perlu mengikut cara

Kita hanya meluahkan kata
Hakimnya bukanlah kita

Kepada semua pengulas yang bijaksana
Didoakan hidup bahagia hajat terlaksana

Dunia hanya persinggahan sementara
Salam takzim hidup kita bersaudara.

Ekonomi Dunia Kian Parah


Ekonomi dunia semakin parah. 2009 tsunami ekonomi pasti sampai ke Malaysia. Rakyat semakin terhempit.Apa patut kita buat?

Naik...........ttttttttttttttuuuuuuuuurrrrrrrrrrruuuuuuuunnnnnnnnnnnnnnn

Masa naikkan harga dulu mencanak macam barang teruna bila tengok dara. Bila nak turunkan kecepis-kecepis macam kencing janda, dahlah slow bertempiaran tak ikut haluan. Yang kencing dalam gambar tu bukan janda, entah apake nama.

Kerajaan hari ini mengurangkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuatkuasa esok, 16 Disember.

Dengan itu harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter; petrol RON92 daripada RM1.80 seliter kepada RM1.70 seliter dan diesel daripada RM.180 seliter kepada RM1.70 seliter.

Nak ucap terima kasihke?. Tak payahlah. Patut lama dah turun.

Azam Kita

Mencarut Bukan Amalan Kita




Sekiranya inilah yang diamalkan oleh para pemimpin Barisan Nasional / UMNO, maka selayaknya rakyat menolak mereka secara keseluruhan dalam pilihanraya akan datang. “Mencarut amalan kita”, adakah kita harus membenarkannya tanpa melakukan sesuatu?

Ahmad Said (BN-Kijai): Datuk Yang Dipertua, inilah perangai binatang (tepuk). Roboh, menghalau budak-budak sekolah daripada tempat mereka, buat bangunan, tak ada kerajaan dalam dunia ini menghalau budak sekolah, merobohkan. Perangai seperti setan, Datuk Yang Dipertua (tepuk).
Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam): Yang Berhormat Datuk Yang Dipertua, dia nak apa pun katalah kalau Yang Dipertua terima, saya tak ada masalah.
Ahmad: Saya tak ada masalah jugak, pasal mung jahat. Bila-bila masa, jumpa ah.
Abdul Wahid: Rupa-rupanya orang hak terasa. Ada orang terasa.
Ahmad: Terasa apa, mung jahat. Muka je pakai songkok. Songkok fesyen apa gini, fesyen iblis.
Che Mat: Sila bertenang Yang Berhormat.
Ahmad: Kabar mung nak kat mana. Lepas ni, boleh jumpa lagi.
Abdul Wahid: Inilah Yang Berhormat, orang yang saya hadapi. Bercakap secara gentleman tapi nak ajak gocoh semacam.
Ahmad: Gentleman babi apa begitu, Yang Dipertua. Gentleman, cakap gentleman. Kata ikut dan sekali, benda apa ni. Mengarut sekali, bersajak, bersyair. Gila ni, Yang Dipertua.

RM kita 26 Sept - 24 Okt 2008

Bas Dakwah


Saya amat mengkagumi usaha ICNA (Islamic Circle of North America) membawa metod dakwah yang amat kreatif di bandaraya Chicago di Amerika Syarikat.

Gambar ini merupakan sebahagian daripada kempen mereka untuk membawa mesej Islam kepada para penduduk di kawasan sekitarnya. Malangnya negara kita ini yang sering diwar-warkan sebagai “negara Islam” yang dikira agak termaju di dunia Islam amat terkebelakang di dalam berdakwah dan memperkenalkan mesej Islam kepada mereka yang bukan Islam. Adakah JAKIM mampu melaksanakan inisiatif seperti ini dengan mempamerkan iklan hotline Islam di bas-bas RapidKL?

Bukan kerajaan pusat saja yang kena belajar cara ni, kerajaan Islam Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Kerajaan P.Pinang lebih-lebih lagi kena ikut.

Kasut Terbang Untuk BUSH




Akhirnya ada juga manusia yang memberikan kepada Penjenayah Amerika itu apa yang layak diterima olehnya….iaitu balingan kasut!

Jelas bahawa legasi yang Bush bakal tinggalkan kepada dunia adalah sebuah Iraq yang musnah disebabkan kerakusan beliau yang inginkan minyak mentah….dan balingan kasut ke arah mukanya. Sepatutnya mukanya dipalitkan dengan tahi unta juga.

Inilah nasib pemimpin yang dibenci oleh masyarakat dunia. Belum habis tempoh jadi presiden, dah kena hina. Nasib malang dipenghujung kuasa. Nasib baik tak kena ketuk kepala dengan kasut macam Namrud.

Pun begitu janganlah benda semacam ini terjadi terhadap pemimpin ku di negara Malaysia yang tercinta ini.

BULETIN UTAMA TV3 14 DIS 2008



KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Bernama) -- Peniaga getah sekerap, Isma Airfath Hassanuddin pada hari Ahad menawarkan diri bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan depan.

Isma, 38, yang berasal dari Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang, Kelantan mengisytiharkan untuk bertanding pilihan raya kecil itu, pada satu sidang media di Batu Burok, petang ini.

"Hobi saya (bertanding pilihan raya). Malah, saya terpanggil untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil ini kerana merasakan amalan demokrasi masih wujud di negara ini.

"Jangan terperanjat jika saya menang pada pilihan raya kecil tersebut, nanti," katanya yang telah mengambil borang penamaan calon di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu, pagi ini.

Isma yang juga merupakan peniaga makanan dan pakaian, berkata sebagai ahli persatuan skuter (Vespa), beliau memperoleh sokongan padu daripada rakannya di bandar Kuala Terengganu untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Mereka berjanji untuk berkempen secara agresif bagi memastikan saya menang pada pilihan raya kecil tersebut," katanya yang berada di sini sejak semalam bagi meninjau sentimen pengundi di kawasan berkenaan.

Isma turut terkejut apabila persatuan-persatuan kelab bermotor lain di Terengganu bersedia untuk memberi sokongan kepadanya dalam pilihan raya kecil itu.

"Daripada tinjauan awal, saya dapati saingan di sini pastinya sengit. Mungkin lebih daripada pertandingan tiga penjuru... kita tunggu dan lihat," katanya lagi.

Beliau berkata hasratnya bertanding kali ini ialah bagi membersihkan namanya yang dikaitkan menerima tajaan daripada beberapa anggota Umno Rantau Panjang ketika bertanding pada pilihan raya umum lepas.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau dan calon Barisan Nasional Mohd Afandi Yusof tewas dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Rantau Panjang yang dimenangi calon PAS Siti Zailah Mohd Yusof.

Isma yang lebih dikenali sebagai "Kosing" di kalangan rakannya, berkata beliau akan terus menggunakan "kepala harimau" sebagai lambangnya pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Bagi menghadapi pilihan raya kecil itu, Isma berkata beliau tidak perlu berceramah atau mendirikan markas, sebaliknya hanya keluar bertemu pengundi.

Bapa kepada lima anak, berusia antara 6 bulan dan 15 tahun itu berkata beliau tidak bimbang hilang wang pertaruhan kerana menganggap ia sebagai "adat" jika inginkan sesuatu.

Sunday, December 14, 2008

MUDAH-MUDAHAN BERJAYALAH AMBO


KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru apabila seorang peniaga getah sekerap dari Rantau Panjang, Kelantan menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas pada 17 Januari depan.

Isma Airfath Hassanuddin, 38, (gambar) berkata, beliau berbuat demikian kerana ingin berkhidmat kepada rakyat Kuala Terengganu selain membersihkan namanya yang tercemar akibat dakwaan ditaja pihak tertentu ketika menjadi calon bebas Parlimen Rantau Panjang, Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

''Saya ingin membuktikan dakwaan tersebut tidak benar dan dalam pilihan raya kecil kali ini, saya sekali lagi akan menggunakan kemampuan sendiri dari segi kewangan untuk bertanding," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Selain Isma, bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusuf, 89, turut berminat untuk bertanding dan jika beliau berjaya mendapat tajaan wang pertaruhan sebanyak RM10,000, pilihan raya kecil ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru dengan dua lagi calon masing-masing dari Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Maimun sudah mewujudkan laman blog sendiri sejak dua minggu lalu untuk mengumpul dana bagi membiayai wang pertaruhannya.

Dalam pada itu, Isma yang berasal dari Kampung Kok Pauh melahirkan keyakinan mampu menarik sokongan pengundi Kuala Terengganu.

''Walaupun saya kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-12 di tempat sendiri, saya tetap yakin dapat meraih sokongan.

''Ini kerana saya mempunyai personaliti yang akan dapat menawan pengundi Kuala Terengganu selain mempunyai ramai rakan di sini, baik dari segi perniagaan dan hobi iaitu melalui penyertaan dalam pelbagai kelab motosikal termasuk Vespa dan Volkswagen," ujarnya.

Beliau menambah, situasi dan keadaan politik sekarang juga akan memberikan beliau kelebihan dalam pilihan raya kecil tersebut.

Menurutnya, beliau tidak takut kalah atau kehilangan wang pertaruhan sebanyak RM10,000 seperti pilihan raya umum lalu, kerana berpegang kepada kata pepatah ahli perniagaan iaitu 'jika tidak keluarkan modal untuk berniaga, bagaimana hendak berjaya'.

Isma memberitahu, beliau merancang untuk bertemu semua rakyat Kuala Terengganu sepanjang tempoh berkempen untuk memperkenalkan diri.

''Saya akan tidur dalam van sepanjang berkempen di semua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Terengganu untuk berkenalan dengan penduduk," ujarnya.

Katanya, beliau akan mengekalkan penggunaan logo kepala harimau dalam pilihan raya kecil itu nanti seperti yang dilakukannya dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Ditanya mampukah beliau menandingi 'populariti' Maimun sebagai calon bebas, Isma berkata, biarlah pengundi menentukannya.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac lalu bagi Parlimen Rantau Panjang, Isma menerima 330 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Afandi Yusoff (14,858 undi) yang kalah kepada calon Pas, Siti Zailah Mohd. Yusoff yang memperoleh 19,344 undi.

TOK MUN MUNGKIN TAK BERTANDING

KUALA TERENGGANU 14 Dis. - Bekas calon bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, mewujudkan laman blog sendiri bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang pertaruhan bertanding merebut kerusi itu pada pilihan raya kecil kawasan itu 17 Januari depan.

Maimun yang lebih dikenali sebagai Tok Mun berkata, laman blog yang diwujudkan sejak dua minggu lalu, dijangka dapat membantunya mendapatkan tajaan yang diperlukan. Menurut warga emas itu, laman blog tersebut dihasilkan dengan bantuan seorang penyokongnya yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma.

''Saya memang berharap untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini, cuma masalah sekarang adalah faktor kewangan.

''Jadi dengan adanya laman blog ini, ia boleh membantu saya mendapatkan dana tersebut," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Gong Gemia dekat sini hari ini.

Menurutnya, selepas mendapat berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail pada 28 November lepas, dia menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi selepas berbuat demikian pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lepas.

Tok Mun akan mengupah dua orang untuk menjadi pencadang dan penyokongnya pada hari penamaan calon, 6 Januari depan.

''Buat masa ni saya sudah peruntukkan duit sendiri sebanyak RM1,000 untuk diberikan kepada mereka iaitu RM500 seorang kepada pencadang dan penyokong saya pada hari penamaan calon nanti," ujarnya.

Namun menurutnya, itu sekadar perancangan awal sahaja jika wang pertaruhan mencukupi.

Jelas warga emas itu, dia juga mempunyai strategi sendiri untuk menghadapi pilihan raya kecil ini.

''Jika pilihan raya lepas, saya menggunakan logo kunci namun kali ini saya akan gunakan lambang istana sebagai tanda penguasaan," tegasnya.

Pada pilihan raya umum lepas, Maimun memperoleh 685 undi manakala Razali (32,562 undi) dan calon Pas, Mohamad Sabu (31,934 undi).

MEREKA NAK UNDI SIAPA NI?

TAK MUSTAHIL



SKUAD REFORMIS BOGEL

KENANGAN LALU

ROYALTI MINYAK : KEPUTUSAN BETUL PADA MASA YANG SALAH

Apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan cek royalti minyak sebanyak RM408 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said, maka ramai yang berkata itu adalah keputusan politik menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu.

Kebenaran kenyataan tersebut diperkuatkan lagi apabila Berita Harian melaporkan "Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti."

Oh? Ada perjanjian antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalti?

Maka, orang bertanya sekiranya itulah perjanjian antara kedua-dua belah pihak, mengapakah Kerajaan Pusat menghentikan bayaran royalti kepada Kerajaan Terengganu apabila PAS memerintah negeri itu dulu?

Pengundi hari ini sudah bijak. Mereka memperolehi pendapat kedua (second opinion) dari pelbagai sumber. Oleh itu, sebarang keputusan hendaklah difikirkan semasak-masaknya supaya ia tidak dilihat sebagai memperlekehkan kebijaksanaan mereka (not to insult their intelligence).

Saya cukup yakin isu royalti minyak ini akan menjadi satu isu penting dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu nanti. PAS tentunya akan membuat dakwaan (1) royalti minyak adalah hak rakyat Terengganu, (2) Kerajaan Barisan Nasional menzalimi rakyat Terengganu apabila ia menghentikan pembayaran royalti sewaktu PAS memerintah, (3) pembayaran royalti minyak dibuat sekarang kerana BN ingin menang dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu, dan (4) atas perjuangan PAS, maka Kerajaan Pusat mengembalikan bayaran royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Entahlah, saya tidak yakin pembayaran royalti minyak yang dibuat sekarang akan mengalih sokongan pengundi daripada PAS kepada BN. Sebaliknya, kebimbangan saya ialah pengundi P36 Kuala Terengganu akan menganggap ini ialah sebahagian keputusan-keputusan Barisan Nasional yang dibuat untuk menang di situ.

Biar saya katakan bahawa keputusan mengembalikan royalti minyak adalah satu keputusan yang betul. Bagaimanapun, keputusan yang betul hendaklah dibuat pada masa yang betul. Barisan Nasional hendaklah membiasakan diri membuat keputusan yang betul sepanjang masa, bukannya hanya apabila tiba pilihanraya kecil.

Sementara kita memahami kesungguhan Barisan Nasional untuk memenangi pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu, saya berharap kerajaan dapat berhati-hati supaya tidak membuat keputusan hanya untuk memenuhi keperluan pengundi semata-mata. Keputusan berkaitan dengan isu-isu nasional juga hendaklah difikirkan semasak-masaknya dan tidak dibuat hanya untuk meraih populariti dalam pilihanraya kecil.

Usah untung sekarung, tetapi rugi seguni!

Pendapat Saya :
Royalti memang hak rakyat Terengganu. Bila dilihat menguntungkan, maka ia dipulangkan kepada kerajaan Terengganu. Jika merugikan maka tak akan diberikan. Untung rugi ni dah jadi pertimbangan penting dalam kehidupan. Harap-harap pada kali ini pengundi2 Kuala Terengganu akan pastikan mereka di BEBASkan daripada segala tipu daya permainan politik fulus ni.

BEBAS BAGUS UNTUK SEMUA

"
Demam prk dah mula terasa . Pemimpin umno/bn dah mula dah buat kenyataan-kenyataan memfitnah dan memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat. (Rujuk Harian Metro 12 Dis.08ms 23)


Terengganu dok bawah umno/bn leni dok leh wat apa doh. Doh lepas doh. Tapi prk K. Terengganu ni, kita kena buat perubahan. Kena undi PAS belaka! Tua muda, laki /perempuan, semua bangsa dan ugama, kena pakat sokong PAS belaka!

Sebab apa?? Undi PAS tu untuk siapa ??

Jawabnya untuk kita..untuk kebaikan kita rakyat Terengganu sendiri. Untuk masa depan anak-cucu kita sendiri. Untuk bagitau umno/bn yang kita ni cerdik ...bukannya bodoh & boleh terus diperbodohkan depa.



Kalau nak ditulis, memang tak cukup kertaslah..memang lengoh tangan sebab terlalu banyak keburukan, kelemahan ,pengkhianatan yang dilakukan umno/bn pada rakyat Malaysia ni. (jangan cari kat suratkabor atau saluran tv/ radio hok tadok kredibiliti...memang dok jupanya..tapi cari kat sumber2 yang kredible...Harakah, Suara Keadilan, TKO dan sumber internet lain. Dan jangan lupa, gi la ke ceramah2 PAS dan Pakatan Rakyat untuk maklumat2 semasa yang telus dan boleh dipercayai kebenarannya!!

Umno leni sedang nazak...tengokla masalah rasuah..riuh bergaduh berebut jawatan dalam mesyuarat parti...fitnah dan rasuah ..isskk..memalukan sungguh. Memang budaya depa lagu tu...tak dok hok molek yang kita boleh turut.

Pemimpin2 umno/bn kebanyakannya tercalar imejnya, bermula dari Pak Lah yang dah nak lepaskan kerusi PM, diikuti dengan najib yang baru nok duduk di kerusi tu...dan diikuti dengan yang lain dari isu kes salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah, skandal dll.

Tak dok menda doh yang boleh ditawarkan umno untyk rakyat Terengganu!! Setakat nok wat sekolah..pah tu, bumbung makmal sains runtuh...dok payoh la..( Dan tengok la apa jadi kat Malaysia ni...)


Isu ISA (sampai sekarang, walaupun ditentang rakyat terbanyak, termasuk geng bn sendiri! Tapi depa tetap dengan kezaliman depa), isu Maths & Sains dalam BI , penyelewengan, rasuah, pembaziran dan 1001 macam masalah rakyat berpunca dari kegagalan pimpinan umno/bn....ada depa kisah??? MP2 umno/bn bertepuk sorak dalam parlimen kerana seronok dapat naikkan harga minyak yang menambahkan beban hidup rakyat!!! (depa seronokla..kita dok bagi subsidi macam2 kat depa!!)

Siapa yang berjuang untuk rakyat?? Siapa yang ikhlas membela nasib rakyat- tanpa mengira bangsa dan agama ?? Jawabnya PAS ! Bukan umno.

Undi PAS kita bijak.

1. Wakil PAS yang amanah dari parti berwibawa akan membela hak kita supaya puok umno/bn tak lah boleh bertindak sesuka hati.

2. Tengoklah pembaziran selama ni..projek sana..projek sini..monsun cup la..masjid kristal lah..dok dang lama, bocor sana..bocor sini..jadi gajah puteh..hangus duit rakyat..yang puteh mata..kita jugok!

3. Sekarang tengok banjir kat kawasan sekitar lapangan terbang tu...apa kes..?? Yang susoh...kita jugok...

4. Tengok masalah sosial muda-muda mudi Terengganu Darul Iman. Apa jadik? Yang berpeleseran, yang rempit, yang dadah dan yang dedah, yang punk, terbaru..yang nak bunuh diri !!?? Alahai...Darul Iman...di bawah umno/bn.

5. Terengganu ni, kaya minyak . Kurnian Allah pada kita. Tapi tengok...saper gok yang pandai2 gi beri hok royalti minyok kita ni ke kerajaan pusat?? Dok umno terengganu ?? Pah tu..kita pulok...pakat undi geng perompak hok kita ni!! Kurang cerdik ke...kurang akal ke..guane??

6. Bukok mata hati kita...tengok apa jadi ngan Malaysia leni..dan apa akan jadi ngan negeri & negara kita nanti kalu kita tidak mulakan perubahan positif menolak umno sekarang.?

7. Projek besor2...belanja berbilion, hancurr...terbaru..tu lobi kompleks Pentadbiran Putrajaya "banjir" sebab bumbung bocor lagi ?? Isskk...camana tu?? Duit rakyat la hanyut banjir lagi..nok baiki tu..

8. Projek lereng bukit yang sepatutnya dah tak timbul lagi lepas trajedi Highland Towers dulu,...jadi lagi..dan mungkin lagi dan lagi nanti...pasal apa tu??

9. Kes kat Bukit Antara bangsa tu...(takziah pada yang jadi mangsa ) kalau saman mangsa tu depa menang, yang kena membayornya..samada kerajaan ngok umno/bn di Selangor dulu atau kerajaan harapan rakyat (yang terpaksa pikul beban lama leni) duit saper yang akan runtuh lagi tuu...??

Ini selain duit rakyat yang dah runtuh sebab kena sediakan tenaga, masa, makanan, peralatan , dan hotel untuk penginapan ?? (layanan hebat untuk gol elit) dll pembiayaan sebab trajedi hasil tangan pengkhianat yang terlibat meluluskan projek2 maut dulu tu..
....mana p khir toyo ??

Sepatutnya, dia ngan geng dia yg tadbir selangor dulu ler kena tanggung semua tu! Bukan rakyat!! ( si bingai la ni dok sebok berkokok cari silap pentadbiran baru lak..ada hati lagik tu nok jadi mb!! lawak antarabangsa!)

10. Dipendekkan cerita,...kalu kita nok anak cucu kita selamat dunia akhirat , cukup-cukuplah kita dok sokong umno/bn ni..

undilah BEBAS! Undilah BEBAS! Undilah BEBAS dalam prk ni!

Selamat mengundi sebagai pengundi yang bijak !!

Oleh trulyyour

Pendapat Saya :
Orang yang banyak dedah keburukan orang lain sebenarnya memiliki banyak keburukan berbanding dengan orang yang kena hentam. Yang pasti dua2 ada banyak masalah. Apa salahnya kalau prk kali ni ubah selera, citarasa, menu, minat dan undi.

HARIMAU VS BERUK

BERHATI-HATILAH

"INI BLOG PENYOKONG PEMBANGKANG YANG MENGHINA ISLAM

http://surind.blogspot.com
/2008/12/hajj-most-shameful
-journey-in-history.html


INILAH PADAHNYA BILA KITA TERLALU MENDOKONG PERANGAI ORANG BUKAN ISLAM INI TERUTAMA SEKALI BILA KETUA PEMBANGKANG MENYOKONG MAJLIS PEGUAM MENGENAI FORUM MEMELUK ISLAM...

MEREKA SUDAH SEMAKIN BERANI TUNJUK BELANG MEREKA APATAH LAGI JIKA I.S.A DIMANSUHKAN, INILAH PELUANG MEREKA UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DENGAN MENGAITKAN ISLAM DENGAN ISU2 NEGATIF SUPAYA TIADA LAGI BERMINAT MENDALAMI ISLAM..SEKURANG2NYA I.S.A YANG WUJUD SEKARANG DAPAT MEMBENDUNG MASALAH INI...BAGAIMANA PAS INGIN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM DENGAN UNDANG-UNDANG HUDUDNYA SEDANGKAN MEREKA MEMPERSENDAKAN HUKUM ISLAM YANG DIKATAKAN KEJAM. APAKAH MODAL PAS UNTUK MENUNDUKKAN MEREKA NANTI?

"
Oleh PAKATANKUASA

Pendapat Saya :
Segalanya bukannya datang daripada hati yang ikhlas. Pakat untuk ganyang orang lain sahaja. Lepas ganyang puak lawan, ganyang sama sendiri pula. Bebas tak macam tu.

BERITA BAIK UNTUK WARGA TERENGGANU



Berita 1 :-KUALA TERENGGANU 10 Dis. - Kerajaan Terengganu bakal menerima bayaran royalti minyak tambahan kira-kira RM400 juta yang akan disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Negeri di sini Sabtu ini - Utusan Melaya Online.

Berita 2 :- KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak berkata Kabinet secara prinsipnya sudah meluluskan cadangan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), dengan dana permulaan RM10 bilion untuk melabur di dalam dan luar negara - Bereta Harian Online.

Berita 1 + berita 2 = RM10.4 billion "secara prinsipnya" telah dijanjikan untuk Terengganu dalam masa 3 hari menjelang PRK P-036.

Sebelum ni aku tak de dengar pun berita-berita pasal keprihatinan KERAjaan pusat dekat Terengganu. apa yang aku nampak ialah selama ni Mat Said macam MB UMNO/BN cap KERA sumbang.

Oi rakyat Terengganu..! wang besar, wang besar, wang besar..! pesta wang besar sudah bermula...

Start akhir bulan ni, mana-mana rakyat Terengganu yang hidupnya tersepit-sepit dicelah penyepit UMNO/BN hidupnya akan terbela.

Yang berjalan kaki boleh mintak bantuan basikal.

Yang berbasikal boleh mintak bantuan motorsikal.

Yang bermotorsikal boleh mintak bantuan kereta.

Yang berkereta boleh mintak bantuan kalau nak upgrade kereta, boleh jugak cuba-cuba jengok ke Show Room Mercedes Benz... kot-kot boleh trade-in dengan Merce. Compressor.

Yang atap rumahnya bocor boleh mintak bantuan tukar atap.

Yang dapurnya tak berasap bakal dapat bantuan keperluan dapur.

Ibu-ibu tunggal bakal dapat bantuan untuk ibu tunggal, mungkin juga akan dapat tawaran jadi bini no-2 Wai Bi.

Mat-mat rempit bakal dapat minyak free.

Mat-mat rambut cacak bakal dapat bersosial sampai ke pagi.

Mat-mat togak bakal dapat Carlsberg & Stout percuma.

Mat-mat gian boleh standby... akan dapat upah sebagai tukang cabut bendera & poster bulan.

Awek-awek yang pusat & lidah bertindik bakal dapat baju merah jambu.

Pakcik-pakcik yang buta huruf bakal dapat masuk paper "isytihar keluar PAS masuk UMNO".

Makcik-makcik UMNO bakal dapat masuk UMNO sekali lagi (renew road-tax UMNO).

Rumah-rumah kosong bakal berpenghuni "warga Terengganu" tapi berbahasa Siam, Indon, Bangla, Filipina dan juga berbagai bahasa antarabangsa.

Hotel-hotel bakal penuh dengan "warga Terengganu" yang tinggal diluar Terengganu.

Kereta-kereta sewa bakal dapat tempahan untuk bawa pengundi dari "check point 1 ke pusat mengundi".

Bas-bas sewa diluar Terengganu bakal berpusu-pusu membawa "pelancong pilihanraya" ke Kuala Terengganu.

Keropok lekor habis.

Sata habis.

Otak-otak habis.

Ikan kering habis.

Yang tinggal cuma "maruah" warga Terengganu...

Berapa harga "maruah" warga Kuala Terengganu???

RM10.4 billion cukup untuk beli "maruah" warga Terengganu?

Fikir...

Oleh topeng_perak


Pendapat Saya :
Masa YB Datuk Razali jadi MP tak datang punbenda macam ni. Masa Syed Azman dulu pun lagi-lagilah tak muncul. Berita baik sebegini hanya dapat kita dengar bila waktu tak ada MP. Maknanya masa siapa sahaja jadi MP, pembangunan lebih kurang sahaja. Masa pilihanrayalah yang menentukan segalanya. Kalau pilih selain daripada keduanya mungkin akan ada perubahan lebih besar pada masa akan datang. Perubahannya pasti MINDA KITA.


CELUPARNYA ANWARBEGHAHING

BN di KT mana ada kuat ..calon yang terlalu bagus pun menang undi POS......BN MEMANG TELAH,SEDANG DAN AKAN KALAH ATAS DARAT KERING KATA ORANG TERENGGANU...

CARA ORANG KUALA TRG BERFIKIR BUKANNYA BERFIKIR MACAM ORANG AMERIKA..ORG KUALA TRG BERFIKIR MACAM ORG KUALA TRG yg negerinya tidak ada jalan keretapi (satu2nya negeri di pantai timur yang tidak termasuk dalam jaringan jalan keretapi tanah melayu sedangkan negeri TRG panjang hampir serupa bentuknya dengan semenanjung Malaysia).
Nampak terang lagi bersuluh TRG telah terlalu lama dianak tirikan.diperbodoh-bodohkan....bayangkan..sebuah negeri pengeluar hasil utama negara(petroleum)..tanpa kemudahan asas jalan keretapi,tanpa stesen NGV,tanpa royalti dan tanpa ada seorang pun menteri yang mengerti .

Arwah Dato' Razali Ismail sememangnya wakil parlimen terbaik BN setakat ini, dan lompang yang terlalu besar telah ditinggalkan oleh arwah ini hanya layak untuk wakil PAS yang sedia berjuang untuk perkara2 seperti keretapi,royalti,NGV dan biasiswa khas anak terengganu.

Aku berharap dan berdoa semoga Allah menggerakkan saudaraku DSAI , yang insyaAllah akan mengubah segalanya tidak lama lagi segala kepincangan ,kejelikan,ketinggalan,kezaliman,kebodohan...yang ditanam Mahathir,diteruskan Abdullah dan pastikan ia tidak diteruskan Najib....Undilah PR..PAS,PKR,DAP,PAKATAN RAKYAT KECUALI IBRAHIM ALI.


Ayuh beramai-ramai kita ke Kuala Terengganu. Bertindak dalam satu jemaah...istiqomah.

Harap IBRAHIM ALI RAJA KATAK tidak dibawa naik kepentas PAS kuala Terengganu kerana Fe'el perangainya amat teruk ,kehodohan mulutnya memang ditunggu media..boleh menikam PAS dan Pakatan Rakyat. RAJA KATAK pejuang nasionalis,licik dan akan mati sebagai munafik jika tidak bertaubat.

Oleh anwarbeghahing

Pendapat Saya :
Inilah antara contoh cara orang-orang parti tertentu menuduh dan melabel orang-orang yang beragama Islam seperti mereka dengan panggilan yang hodoh. Semacam mereka ini diajar untuk bercakap begitu. Betullah kalau mereka hanya menimba ilmu di tempat-tempat ceramah yang jelas tidak ilmiah langsung cuma sekadar menjadi medan umpat keji di antara satu sama lain. Ayuh kita tukar cara berfikir dan cara kita mengundi.

Senator Penggal Kedua

Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid semakin jelas tidak
dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan 2009.

Ini kerana beliau telah dilantik sebagai sebagai senator yang mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi lantikan kedua.



Sidang Dewan Undangan Negeri telah melantik dua orang Ahli Dewan Negara yang baru bagi mengisi kekosongan mengikut Perkara 45 (1A) Perlembagaan Malaysia untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu ke Dewan Negara.





Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini telah bersetuju melantik Wan Ahmad Farid dan Hajah Fatimah Hamad mewakili DUN Terengganu.

Dua yang dilantik ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh merupakan perlantikan kali kedua manakala Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Hajah Fatimah Hamad adalah lantikan pertama.

Nama Dato’ Wan Ahmad Farid dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Batu Rakit, YB Haji Khazan Che Mat dan disokong oleh YB Haji Ramlan Ali, Adun Jabi.

Manakala Hajah Fatimah dicadangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri yang juga Adun Telemong YB Rozi Mamat dan disokong oleh Adun Kuala Berang, YB Mohd. Zawawi Ismail.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang kemudiannya mengistiharkan Dato’ Wan Ahmad Farid dan Hajah Fatimah sebagai Ahli Dewan Negara setelah mendapat undian terbanyak ahli-ahli dewan.

Sementara itu satu sumber memaklumkan ketua sektor akademik jabatan Pelajaran Terengganu, Haji Zuber Embong telah dipersetujui oleh pemimpin tertinggi umno untuk ditaruhkan di dalam Pilihan raya tersebut.


Beliau yang tewas didalam pemilihan umno bahagian Kuala Terengganu baru-baru ini dilihat sebagai penyelamat agar tidak berlaku 'cas keting' sekira calon calon lain dari kem yang berbeza dipilih.

Namun, bagi pemerhati politik ini dilihat amat bercanggah dengan kenyataan Wan Ahmad Farid sebelum ini yang bertegas mahukan calon dari AJK Bahagian Kuala Terengganu.

“Orang yang hendak menjadi calon mesti mendapat sokongan daripada parti dan rakyat untuk menang dalam pilihanraya.

‘Peluang BN cerah’
“Pengundi Kuala Terengganu ini lain sedikit, mereka hendak orang yang ada jawatan dalam bahagian,” katanya.[sumber Malaysiakini]

Pendapat Saya :
Calon yang akan menang ialah calon yang mendapat undi terbanyak daripada pengundi yang keluar mengundi pada hari pengundian. Yang bakal mengundi nanti bukan semuanya ahli parti yang bertanding sahaja, malah tidak kurangnya juga pengundi-pengundi yang tak menjadi ahli kepada mana-mana parti. Mereka bebas memilih termasuk calon bebas. PRU 12 yang lalu membuktikan ramai ahli parti tidak mengundi calon parti mereka sendiri. Inilah politik generasi baru rakyat Malaysia yang kian matang berdemokrasi dan memilih wakil mereka ke dewan rakyat untuk membicarakan isu-isu rakyat dan menjiwai naluri dan perasaan rakyat.

AMBO DI KUALA TERENGGANU

PRESS CONFERENCE
DI BATU BURUK
JAM 5 PETANG INI.

Friday, December 12, 2008

22 tanda QIAMAT semakin hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Wallahualam

Thursday, December 11, 2008

Dalam Pertimbangan Serius

Sebagai membuktikan amalan demokrasi masih subur di Malaysia, maka saya sekali lagi sedang mempertimbangkan secara serius untuk bertanding sebagai calon bebas di kerusi P36 Kuala Terengganu. Pertandingan adalah sihat, lebih banyak pilihan adalah lebih baik kepada pengundi. Jangan menuduh sembarangan. Pemimpin memang telah dilahirkan dan berjuang untuk memimpin serta mendidik, bukan untuk kesulitan, kepayahan, kesusahan, keserabutan dan kontroversi.

P36 Kuala Terengganu


Tuesday, December 9, 2008

Apa Khabar Cawangan? Apa Khabar Bahagian?

  • Apa khabar cawangan?
  • Apa khabar bahagian?
  • Sudah lama selesai pemilihan
  • Dah pun ada ketua gagah perkasa
  • Dah ada pemuda penuh tenaga
  • Dah ada wanita serikandi bangsa
  • Puteri pun tak kurang cantik jelita.

  • Sudahkah dibuat program penyatuan?
  • Sudahkah dibuat penambahbaikan?
  • Sudah adakah agenda perpaduan?
  • Sudah adakah tambahan keahlian?
  • Atau kerap meninggalkan kawasan
  • Untuk menghitung nilai sebuah pertemuan
  • Bagi memenuhi tuntutan si tuan
  • Yang asyik masyuk dibuai mimpi pemilihan.

  • Untuk apa sebenarnya cawangan ini?
  • Untuk apa sebenarnya bahagian ini?
  • Untuk apa sebenarnya pertubuhan ini?
  • Untuk siapa sebenarnya parti ini?
  • Kepada siapa sebenarnya perkhidmatan ini?

  • Siapa yang peduli semua ini
  • jika bergerak tanpa wang tanpa sokongan
  • tanpa bantuan tanpa perancangan
  • tanpa agenda parti yang menjadi nadi
  • tanpa bangunan milik sendiri
  • dan hanya bising di kedai kopi.

  • Hentikanlah kesibukan dek pemilihan
  • kembalilah ke pangkal jalan
  • bukannya ke pangkal lengan
  • dengan meletakkan keutamaan
  • kepada parti yang menjadi nadi
  • yang tanpanya lebih baik mati.

  • Inginku ulang sebuah pertanyaan
  • Setelah berbulan selesai pemilihan
  • Di peringkat cawangan mahupun bahagian
  • Sudah bertambahkah ahli-ahli kita?
  • Sudah kukuhkah perpaduan kita?
  • Sudah eratkah persaudaraan kita?
    Atau
  • Sudah penuhkah kocek-kocek kita?

  • Nukilan Abd Bashid Harun

Saturday, December 6, 2008

Eiduladha


Send this eCard !

AINUL MARDHIAH - Unic

TAKBIR HARIRAYA

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

INSAN ISTIMEWA - Dehearty

TIKA DINIHARI - Devotees

MENANTI DI BARZAKH - Far East

VIDEO TRAGEDI

TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA









Friday, December 5, 2008

Ibadah Korban Mengikut Sunnah

Oleh MOHD. YAAKUB MOHD. YUNUS

ULAMA ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh Allah. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima oleh Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba') sunnah Nabi SAW.

Firman Allah SWT: Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat). (al-Mulk: 2).

Menurut Fudhail bin 'Iyaadh r.h: "Maksud amalan yang lebih baik ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin 'Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin 'Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah". - Dinukil daripada kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, Darul Qalam, Jakarta 2002, jilid 2, ms. 258.

Betapa ramai umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mengerjakan suatu amalan yang dianggap baik serta ikhlas kerana Allah. Namun, realitinya ia tidak menepati sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah- sunnah Nabi seperti berikut:

Waktu pelaksanaan ibadah korban

Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha.

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sabda Rasulullah SAW: "Seluruh hari Tasyriq merupakan waktu penyembelihan". (riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, no: 16151).

Haiwan korban tersebut tidak memiliki kecacatan

Kita hendaklah pastikan bahawa haiwan yang hendak kita korbankan tersebut adalah dari jenis baka yang baik serta tidak memiliki kecacatan seperti buta, tempang, kurus, tanduk patah, telinga terkoyak, lemah dan penyakit lain.

Sabda Rasulullah SAW: "Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus)". (riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 2420).

Tidak menggunting rambut dan memotong kuku

Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dia tidak boleh menggunting rambut dan memotong kukunya semenjak tarikh 1 Zulhijjah sehingga dia melaksanakan ibadah korban tersebut.

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1977).

Larangan memotong rambut ini termasuk juga mencabut mahupun mencukur atau apa-apa cara yang boleh menghilangkan segala jenis rambut dan bulu di badan.

Menurut Imam al-Nawawi r.a: "Yang dimaksudkan dengan larangan memotong kuku dan rambut adalah larangan menghilangkan kuku dengan memotong, mencabut atau dengan cara lain (secara sengaja). Termasuk juga larangan menghilangkan rambut baik sama ada mencukur, memendek, mencabut, membakar, menggunakan sesuatu untuk menghilangkan rambut dan apa jua cara sama ada pada bulu ketiak, misai, bulu ari-ari, rambut atu bulu-bulu lain di bahagain anggota badan yang lain". (Rujuk Kitab Syarh Muslim karya Imam al-Nawawi, jil. 13, ms. 138-139. Dinukil dari kitab Ahkaam al-'Iedain fis Sunnah al-Muthaharah karya Syeikh 'Ali bin Hassan al-Halabi al-Atsari, Pustaka Imam asy-Syafie, Jakarta (2005), ms. 98).

Bagi mereka yang sengaja atau tidak sengaja memotong kuku ataupun rambut sebelum melaksanakan ibadah korban, memadai dia memohon keampunan kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Dia tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda).

Seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian

Jabir r.a berkata: Kami pernah menyembelih (haiwan korban) bersama Rasulullah ketika di Hudaibiyah. Seekor unta untuk tujuh orang dan menyembelih lembu untuk tujuh orang bersama-bersama Rasulullah SAW. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1318).

Boleh berkorban untuk diri sendiri serta ahli keluarganya

Seseorang dibenarkan berkorban serta berkongsi pahalanya bagi dirinya sendiri serta bagi pihak keluarganya sekalipun jumlah yang ramai dan hanya dengan seekor kambing atau sebahagian dari tujuh bahagian itu.

Atha' bin Yassar pernah bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansori tentang cara berkorban pada zaman Rasulullah lalu Abu Ayyub menjawab: "Dulu seseorang berkorban seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya lalu mereka memakannya dan membahagikannya kepada orang lain". (riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 1425).

Ibadah korban dilaksanakan di musolla

Menurut sunnah Nabi SAW solat sunat Aidiladha mahupun Aidilfitri dilaksanakan di musolla, tempat terbuka (seperti padang) sehingga khatib dapat melihat semua hadirin.

Dalil disunnahkan solat sunat hari raya di musolla adalah sebuah hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a, dia berkata: Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah keluar menuju musolla. Ketika itu yang pertama baginda lakukan adalah solat hari raya. (riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya, no: 956).

Sunnah menyembelih sendiri haiwan korban

Sunnah dan afdal mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban tersebut agar menyembelih haiwan korban dengan tangannya sendiri.

Anas r.a berkata: Nabi pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Namun, dibolehkan juga bagi mereka yang ingin berkorban mewakilkan penyembelihan kepada orang Islam yang lain.

Menyembelih haiwan korban mengikut sunnah

Hendaklah menyembelih haiwan korban menggunakan objek yang tajam seperti pisau dan dilakukan dengan cepat agar haiwan tersebut mati dengan serta-merta.

Sebelum upacara menyembelih diadakan, baringkan haiwan korban tersebut pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri. Ketika menyembelih hendaklah membaca Bismillahir Rahmanir Rahim. Anas r.a berkata: Nabi SAW pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri dengan menyebut nama Allah dan bertakbir seraya meletakkan kaki baginda pada lambung kedua-duanya. (riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 5565).

Ketika menyembelih kita hendaklah mengerat salur udara, kerongkong dan saluran darah leher haiwan tersebut tanpa mengerat gentian saraf di dalam tulang belakang. Darah dari anggota badan haiwan korban tersebut hendaklah dialirkan keluar sepenuhnya sebelum melapahnya.

Daging korban tersebut boleh dimakan, disedekah dan dihadiahkan

Sunnah bagi keluarga yang melakukan ibadah korban turut memakan sebahagian daging, menghadiahkan sebahagiannya kepada orang lain dan menyedekahkan sebahagian yang lain. Malah, mereka juga boleh menyimpan daging tersebut. Sabda Nabi SAW: Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu). (riwayat al-Muslim di dalam Sahihnya, no: 1971).

Tidak boleh mengupah tukang sembelih dengan daging korban

Menjadi lumrah bagi masjid-masjid di Malaysia memberi tukang sembelih daging korban tersebut sebagai upah bagi kerjanya. Perbuatan ini bertentangan dengan syarak dan dilarang keras oleh Rasulullah.

Upah kepada tukang sembelih hendaklah diberikan menggunakan harta sendiri dan bukannya dari hasil daging binatang korban itu.

Ali r.a berkata: Nabi SAW pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1317).

Sukarkah memahami ketuanan Melayu?

Oleh Asri Salleh dan Ahmad Suffian Mohd. Zahari

Konsep ketuanan Melayu dan kontrak sosial merupakan konsep yang telah lama menjadi sasaran sebilangan pemimpin dan parti politik di Malaysia untuk diperdebat. Polemik mengenai konsep ini memberi petunjuk, pertama kurangnya pemahaman sebilangan rakyat Malaysia tentang konsep berkenaan.

Kedua, kurangnya usaha untuk memberi kefahaman kepada seluruh rakyat tentang konsep tersebut. Ketiga, salah faham tentang konsep itu dan keempat salahnya usaha untuk menerangkan konsep tersebut.

Tiada kamus yang mendefinisikan terma 'Ketuanan Melayu.' Namun, berdasarkan pemahaman umum, terma tersebut jika diertikan secara harfiah atau literal merujuk kepada 'dominasi bangsa Melayu' (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Malay Supremacy atau Malay Dominance). Ia merupakan elemen paling penting dan paling asas dalam apa yang dipanggil 'kontrak sosial.'

Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.

Hubungan ini tidak berbentuk feudalisme di mana melalui hak kelahiran, bangsa Melayu menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba atau orang suruhan.

Ringkasnya, ia merujuk kepada satu bentuk manifestasi hubungan simbiosis, walaupun tidak sama rata, tetapi tetap memberikan faedah dua hala.

Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara, terma ketuanan Melayu - dalam perspektif hubungan pelbagai kaum bermaksud satu keadaan di mana bangsa Melayu merupakan pemegang kuasa dan penerima hak istimewa utama dalam pemerintahan, pentadbiran dan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Perbincangan konsep ketuanan Melayu dan kenegaraan Malaysia memerlukan pemahaman empat perkara asas berikut:

1. Timbal Balas (Quid Pro Quo)

Dari segi sejarahnya, Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan kawasan geografi yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu. Kehadiran pemastautin bangsa lain bermula pada era penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun-20. Ketika ini British membawa masuk ramai tenaga buruh asing seperti rakyat China dan India untuk menampung kekurangan pekerja dalam industri perlombongan bijih timah dan perladangan getah.

Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, ramai daripada buruh ini diberi pilihan sama ada untuk terus menetap di Malaya atau kembali ke negara asal mereka. Ramai yang memilih untuk tinggal di sini. Tidak kurang juga yang memilih untuk kembali.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22). Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.

Aturan timbal balas atau quid pro quo penerimaan syarat-syarat ini dikenali sebagai 'kontrak sosial.' Kontrak inilah yang dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan penubuhannya sebagai sebuah negara. Kontrak ini turut dipanjangkan kepada penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang membabitkan status dan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

2. Artikel 153

Secara ringkas artikel ini menyebut mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara Malaysia, untuk melindungi kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan penduduk asal Sabah dan Sarawak (secara kolektif dipanggil bumiputera) dalam hal ehwal seperti perkhidmatan awam, pendidikan, biasiswa, latihan, kemudahan dan perniagaan tanpa menjejaskan peluang dan hak kaum lain.

Artikel 153, di samping status Yang di-Pertuan Agong itu sendiri sebagai orang Melayu dan Raja Melayu adalah asas kepada kemutlakan ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Pemaktuban Artikel 153 ini sama sekali tidak menjadikan kaum bukan Melayu warganegara kelas kedua. Salah faham mengenai Artikel ini, jika ada, sebenarnya adalah sesuatu yang sengaja diada-adakan demi mencapai cita-cita politik dan peribadi songsang.

3. Kehilangan Singapura

Singapura diterima masuk ke dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sebelum ia kemudiannya disingkir pada 9 Ogos 1965. Kemasukan Singapura menyebabkan populasi kaum Cina meningkat sehingga 35.7 peratus berbanding kaum Melayu iaitu 38.4 peratus (In-Won Hwang, Personalized Politics; The Malaysian State Under Mahathir, ISEAS, Singapore, 2003, pg.54).

Dominasi kaum Cina dan pengenalan polisi bukan pro-Melayu di Singapura mendorong kepada meletusnya beberapa rusuhan kaum di pulau tersebut. Ketidakstabilan Singapura akhirnya mendorong kepada penyingkirannya daripada Persekutuan Malaysia.

Episod rusuhan kaum di Singapura dan kesanggupan Kerajaan Malaysia untuk kehilangan sebuah 'tanah Melayu' merupakan sesuatu yang amat sukar tetapi terpaksa dilakukan. Demi keharmonian dan keamanan Malaysia keseluruhannya, kepentingan penduduk asal dan pulau Singapura terpaksa 'diketepikan.'

Bagi kebanyakan orang Melayu, episod Singapura adalah lambang kegagalan ketuanan Melayu. Justeru, ini juga adalah antara faktor utama sehingga kini, mengapa orang Melayu begitu sensitif apabila konsep ketuanan Melayu dipersoalkan.

Agenda

4. Malaysian Malaysia

Democratic Action Party (DAP) antara lain, meneruskan agenda Malaysian Malaysia (selepas pengharaman PAP di Malaysia) secara terbuka ke seluruh negara. Kempen berkaitan agenda ini menjadi amat popular terutama menjelang pilihan raya tahun 1969. Keputusan pilihan raya 1969 yang tidak memihak kepada Kerajaan Perikatan (kehilangan Pulau Pinang, Perak dan Kelantan dan 2/3 majoriti di Parlimen) memburukkan lagi suasana. Ketidaktentuan keadaan politik semasa akhirnya menyebabkan terjadinya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Rusuhan tersebut menyebabkan Kerajaan Malaysia memperkenalkan beberapa polisi affirmative yang merupakan sebahagian daripada usaha melindungi agenda atau konsep ketuanan Melayu. Antaranya ialah pindaan Perlembagaan yang mengharamkan sebarang perdebatan (termasuk dalam Parlimen) ke atas hak dan kedudukan istimewa bumiputera, penambahan skop dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, pengukuhan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, pemaktuban kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan pengenalan Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan.

Langkah sosio-ekonomi yang paling utama pasca tragedi 13 Mei yang dilancarkan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan, memansuhkan penyamaan identiti kaum dengan peranan ekonomi, merapatkan jurang ekonomi antara kaum dan meluaskan kek ekonomi.

Antara Kesamarataan dan Keadilan

Salah faham tentang ketuanan Melayu berpunca daripada pemahaman serong bahawa orang Melayu, melalui hak kelahirannya sebagai bangsa Melayu mesti dianggap dan dilayan sebagai tuan dan di mana orang bukan Melayu pula adalah sebagai hamba. Fahaman ini adalah kefahaman sesat.

Memahami konsep ketuanan Melayu sebenarnya adalah mudah. Ia mendokong gagasan bahawa hak-hak dan status kaum Melayu sebagai penduduk asal Malaysia mesti sentiasa dilindungi melalui cara yang adil dan saksama; tanpa menghalang hak kaum bukan Melayu. Ia menjamin bahawa tanah-tanah orang Melayu tidak akan dirampas untuk diberikan kepada orang lain yang tidak bertanah semata-mata atas dasar dan hak sama rata sebagai warganegara Malaysia.

Ia juga menjamin bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu, adat istiadat Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi negara Malaysia tidak akan ditidakkan.

Ia sekali gus mengesahkan bahawa kedudukan ekonomi dan politik orang Melayu tidak sesekali disisihkan.

Teras politiking sesetengah parti di negara ini mengunjurkan kesamarataan hak rakyat Malaysia. Namun kesamarataan tidak semestinya membawa kepada keadilan. Sesungguhnya, keadilan adalah lebih penting daripada kesamarataan.

Semua agama menganjurkan bahawa keadilan adalah tunjang kehidupan. Dalam Islam, keadilan ditakrifkan sebagai usaha meletakkan sesuatu pada tempatnya atau pada haknya. Sebab itu zakat hanya diberi kepada orang miskin. Justeru, biasiswa pendidikan hanya layak untuk pelajar miskin. Kerana itu cukai pendapatan hanya dibayar oleh rakyat yang berpendapatan tinggi.

Polisi pemberian biasiswa pendidikan kepada pelajar kurang mampu atau miskin mencerminkan polisi yang adil meskipun tidak sama rata. Di Malaysia, kaum Melayu dan bumiputera adalah kaum yang paling miskin. Lantas, adalah adil melihat orang Melayu sebagai penerima terbesar biasiswa tersebut.

Harus diingat bahawa dasar pemberian biasiswa ini sama sekali tidak menafikan hak kaum bukan Melayu yang juga miskin dan berhak. Contohnya biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada masa kini dinisbahkan pada 55:45 di mana kaum Melayu (yang majoritinya miskin) diperuntukkan 55 peratus biasiswa manakala bukan Melayu (yang majoritinya mampu) mendapat 45 peratus.

Kelangsungan ketuanan Melayu

Polemik mengenai ketuanan Melayu sebenarnya mempunyai beberapa agenda tersusun. Antaranya pertama, penguasaan politik oleh gagasan yang menolak ketuanan Melayu. Kedua, penyingkiran parti politik yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan ketiga, pindaan Perlembagaan untuk mewujudkan 'ketuanan Rakyat' atau Malaysian Malaysia.

Ada banyak sebab mengapa usaha menghapuskan ketuanan Melayu ini wajar ditentang. Antaranya, sistem politik Malaysia adalah berteraskan kepada sistem Parlimen Beraja (Constitutional Monarchy) di mana Raja atau Sultan merupakan tulang belakang penubuhan Malaysia. Agong sebagai Ketua Negara Malaysia dan Ketua Perlembagaan Malaysia yang terdiri daripada Sultan atau Raja Melayu. Justeru, Malaysia sebagai sebuah negara adalah diasaskan kepada konsep ketuanan Melayu - yang mana Raja atau Sultan Melayu adalah 'Ketua' atau 'Tuan' kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Usaha menidakkan atau menggantikan ketuanan Melayu dengan sesuatu yang lain akan membabitkan pindaan Perlembagaan keseluruhannya, jika bukan pembentukan perlembagaan baru. Ia seperti menubuhkan sebuah negara baru.

Usaha ke arah ini tidak mudah. Banyak masalah dan 'bencana politik' dapat dielakkan dengan cara memahami dan seterusnya mengakui bahawa ketuanan Melayu (terutama sekali sejak tahun 1969) telah menjadi tonggak pemerintahan Malaysia yang berjaya menyusun atur dengan baik fabrik sosial, politik dan ekonomi negara ini.

Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang sangat mustahak. Malaysia mesti tidak menghadapi satu lagi tragedi '13 Mei.' Caranya mudah, rakyat Malaysia mesti faham konsep ketuanan Melayu.

Masih sukarkah memahami apa itu ketuanan Melayu?